omniture

Autodesk Lantik Pemimpin Perniagaan Baharu Percepat Pertumbuhan di ASEAN

Autodesk
2019-03-28 11:11 1506

SINGAPURA, 28 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Autodesk, peneraju bagi perisian reka bentuk 3D, kejuruteraan dan hiburan, hari ini mengumumkan pelantikan Paul Wilson sebagai Pengarah Jualan Serantau untuk rantau ASEAN.

Paul Wilson, Pengarah Jualan Serantau, ASEAN, Autodesk
Paul Wilson, Pengarah Jualan Serantau, ASEAN, Autodesk

Wilson bertanggungjawab terhadap hala tuju strategik dan keuntungan keseluruhan perniagaan Autodesk dalam semua pasaran ASEAN.

"ASEAN ialah rantau pelbagai yang mengalami pertumbuhan tinggi dalam berbagai-bagai sektor. Industri 4.0 dan bandar-bandar lebih pintar yang sedang membangun serta infrastruktur menjadi agenda utama untuk semua negara dan saya berasa teruja kerana berpeluang memimpin pasukan ASEAN di Autodesk bagi memenuhi dan melangkaui keperluan pelanggan kami," kata Wilson.

"Paul mempunyai pengetahuan luas dalam industri perisian dan rekod prestasi terbukti dalam mendorong kejayaan pelanggan serta perniagaan dalam pasaran-pasaran baru muncul dan matang di seluruh rantau ini. Kami berasa gembira untuk mengalu-alukan beliau ke dalam pasukan dan untuk bekerjasama dengan beliau bagi mendorong fasa pertumbuhan Autodesk yang seterusnya di Asia Tenggara," kata Haresh Khoobchandani, Naib Presiden Jualan (Asia), Autodesk.

Wilson membawa bersama beliau pengalaman selama 25 tahun dalam jualan, pengurusan rakan kongsi, perundingan dan keusahawanan dalam kerajaan, keselamatan negara, industri penjagaan kesihatan dan pendidikan di Asia Pasifik. Beliau menyertai Autodesk daripada Amazon Web Services (AWS) yang mana beliau memimpin perniagaan Sektor Awan ASEAN. Seorang veteran dalam industri IT Asia Pasifik, Wilson turut menghabiskan masa selama bertahun-tahun dalam kerjaya beliau di Myanmar dan Korea.

Latar Belakang Autodesk

Autodesk menghasilkan perisian untuk individu yang membuat barangan. Sekiranya anda pernah memandu kereta berprestasi tinggi, mengagumi bangunan pencakar langit yang menjulang tinggi, menggunakan telefon pintar mahupun menonton filem yang hebat, anda berkemungkinan mengalami sesuatu yang dilakukan oleh berjuta-juta pelanggan Autodesk dengan perisian kami. Autodesk memberi anda kuasa untuk membuat apa sahaja. Untuk maklumat lanjut kunjungi autodesk.com atau ikuti @autodesk.

Autodesk ialah tanda dagangan berdaftar Autodesk, Inc., dan/atau subsidiarinya dan/atau rakan sekutu di AS dan/atau negara-negara lain. Semua nama jenama, nama produk atau tanda dagangan lain merupakan kepunyaan pemilik masing-masing. Autodesk berhak mengubah tawaran produk dan perkhidmatan serta spesifikasi dan harga pada bila-bila masa tanpa notis dan tidak bertanggungjawab terhadap kesilapan tipografi atau grafik yang mungkin terdapat dalam dokumen ini. 

© 2019 Autodesk, Inc. Semua hak cipta terpelihara.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190325/2412738-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190325/2412738-1logo

 

 

 

Source: Autodesk
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements