DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 28 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur milik Emaar Properties PJSC, mengumumkan pakej-pakej perhentian bermalam Dubai dengan nilai luar biasa di Address Hotels + Resorts dan Vida Hotels and Resorts. Pakej ini juga boleh digunakan di Rove Hotels, satu usaha sama antara Emaar Properties dan Meraas.
Para pengunjung yang singgah selama 12 jam di Dubai menerima pakej termasuk dua tiket percuma ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo dan At The Top, Burj Khalifa, berserta pemindahan lapangan terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan kadar harga istimewa di hotel-hotel yang mengambil bahagian. Pengunjung juga boleh menginap selama 24 jam di Dubai di salah sebuah bilik mewah sebagai tambahan untuk menikmati sarapan percuma dan mengakses destinasi-destinasi yang mengujakan.
Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Sama ada anda terbang ke Dubai atau hanya singgah sebentar, manfaatkanlah pakej-pakej perhentian bermalam kami. Alami tempat-tempat tarikan hiburan dan libur terkenal menerusi pakej-pakej perhentian bermalam Dubai dengan penginapan 12 jam, 24 jam, 48 jam dan 72 jam."
Tempahlah pengalaman persinggahan 48 jam untuk penginapan selama dua malam di Dubai. Masuklah dengan mudah melalui lapangan terbang ke hotel yang ditempah selama dua malam di bilik deluxe termasuk sarapan. Terokai hidupan laut dengan dua tiket ke Dubai Aquarium & Underwater Zoo. Berhubunglah dengan sisi liar anda dengan pengalaman deria yang luar biasa dan dua tiket ke Taman Tema VR. Melangkah keluarlah ke dek pemerhatian yang tertinggi di dunia di mercu tanda ikonik dengan dua tiket At The Top, Burj Khalifa.
Luangkanlah beberapa hari menerokai Dubai sebelum menyambung perjalanan seterusnya dan singgahlah selama 72 jam untuk penginapan selama tiga malam yang eksklusif di bilik deluxe dengan sarapan. Nikmatilah akses percuma ke pantai persendirian dan pelbagai pilihan menarik ke tempat-tempat tarikan berhampiran yang harus dikunjungi seperti Dubai Aquarium & Underwater Zoo, At The Top, Burj Khalifa dan Teman Tema VR untuk dua orang.
Pakej-pakej perhentian bermalam ini sah mulai 1 April hingga 25 Disember 2019 di Address Downtown, Address Dubai Mall, Address Dubai Marina, Address Montgomerie, Address Boulevard, Palace Downtown, dan Address Fountain Views serta Address Sky View yang bakal dibuka tidak lama lagi; Vida Downtown, Manzil Downtown dan Vida The Hills serta Vida Harbour Point yang bakal dibuka tidak lama lagi dan juga Rove Hotels termasuk Rove Downtown, Rove City Centre, Rove Healthcare City, Rove Trade Centre, Rove Dubai Marina serta Rove At The Park yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Tempah melalui addresshotels.com, vidahotels.com atau rovehotels.com.
Hubungan media:
Kelly Home
ASDA'A BCW
T: +9714-450-7600
kelly.home@bcw-global.com
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/841974/Dubai_Stopover_with_Emaar_Hospitality_Group.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/841973/Dubai_Stopover_with_Emaar_Hospitality_Group__2.jpg