STOCKHOLM, 28 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Beberapa jenama menunjukkan kepimpinan daripada segi kemampanan dengan memperakui komputer buku dan komputer meja berdasarkan kriteria yang lebih ketat dalam TCO Certified, generasi 8. Organisasi yang ingin membeli produk IT yang berada dalam barisan hadapan kemampanan kini mempunyai lebih banyak pilihan.
TCO Certified, generasi 8 telah dilancarkan pada Disember 2018. Kriteria baharu dan dikemas kini itu memacu kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam rantaian bekalan serta menghendaki produk IT supaya bersifat tahan lasak, boleh dinaik taraf dan boleh dikitar semula, yang membolehkan ekonomi pusingan berlaku. Pensijilan itu juga membantu organisasi yang membeli untuk menyumbang kepada matlamat kemampanan di peringkat kebangsaan dan global.
"Ini merupakan langkah terbesar kami setakat ini ke arah kitar hayat mampan bagi produk IT. Kriteria dalam generasi 8 adalah menyeluruh dan mencabar, dan jenama yang memiliki produk yang mematuhinya menunjukkan bahawa mereka serius tentang cita-cita mereka dalam bidang kemampanan", kata Sören Enholm, Ketua Pegawai Eksekutif TCO Development, organisasi yang menggerakkan TCO Certified.
Banyak isu kemampanan yang dihadapi oleh industri IT mempunyai kaitan dengan jangka hayat singkat produk IT dan cara pengendalian produk IT tersebut apabila dibuang. Dengan merangkumkan kriteria kemampanan dalam perolehan, organisasi dapat memacu pembangunan penyelesaian yang lebih bersifat pusingan.
"Sebagai pembeli, anda benar-benar berupaya membawa kelainan. Permintaan anda mempunyai kesan langsung terhadap cara industri bertindak dan dapat memacu pembangunan produk yang lebih mampan dalam pasaran", kata Sören Enholm.
Beliau menambah bahawa menggunakan pensijilan lengkap adalah lebih mudah dan mempunyai kesan yang lebih besar berbanding dengan merangka kriteria anda sendiri.
"TCO Certified merangkumi kriteria yang dikemas kini dan bersifat memacu, meliputi kitar hayat produk IT, dan merupakan pengesahan bebas bahawa kriteria itu benar-benar dipenuhi. Perkara ini menjimatkan masa dan sumber bagi organisasi yang membeli."
"Selain itu, perubahan berlaku dengan lebih pantas apabila banyak organisasi menggunakan set kriteria yang sama. Pensijilan membantu pembeli di seluruh dunia untuk menghantar mesej yang kuat dan padu kepada industri IT", Enholm membuat kesimpulan.
Cari lebih daripada 3,500 produk yang diperakui dalam Pencari Produk.
Toward sustainable IT products
Dengan 25 tahun pengalaman, TCO Certified adalah pensijilan kelestarian terkemuka di dunia untuk produk IT. Kriteria komprehensif kami direka bagi memacu tanggungjawab sosial dan alam sekitar di sepanjang kitaran hayat produk . Meliputi lapan kategori produk termasuk paparan, komputer dan peranti mudah alih, pematuhan disahkan secara bebas, untuk kedua-dua pra dan pos pensijilan. Sertai kami bagi memacu kemajuan ke arah kelestarian produk IT.
Perhubungan media:
Gabriella Mellstrand
+46-706-35-83-51
press@tcodevelopment.com
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/842083/TCO_Development.jpg