omniture

Bolehkan Cadangan Kontekstual dalam Beberapa Minit dengan Enjin Cadangan Baharu CleverTap

CleverTap
2019-03-28 18:00 1298

Ciri baharu manfaatkan model-model sains data proprietari sediakan cadangan boleh diambil tindakan berdasarkan pola penggunaan yang berubah-ubah  

SAN FRANCISCO, 28 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Platform pengautomatan pemasaran mudah alih CleverTap hari ini mengumumkan pelancaran produk baharu mereka, Enjin Cadangan, memberikan pemasar-pemasar dengan cara yang dipacu sains data untuk mendekati pelanggan dengan kandungan yang tepat pada masanya dan relevan, terbukti dapat memacu penukaran sehingga 70 peratus1. Ciri ini merupakan yang terkini dalam senarai yang pesat berkembang melibatkan keupayaan pengurusan kitar hayat pelanggan CleverTap.

Dengan ciri baharu ini, pasukan-pasukan pertumbuhan dapat menggabungkan taktik penglibatan yang dahulunya bertindak berasingan. Sebagai contoh, apabila pelanggan menambah sesuatu ke dalam troli mereka, pemasar boleh memberikan satu pesanan dalam aplikasi secara automatik dengan cadangan item-item bermargin tinggi yang kerap dicari dan dibeli bersama-sama.

Pasukan-pasukan pertumbuhan boleh menyasarkan pelanggan menerusi cadangan melalui tolakan, dalam aplikasi, webhook, SMS dan peti masuk aplikasi.  Manfaat utama enjin cadangan CleverTap adalah:

  • Memasang Cadangan dalam Beberapa Minit, bukan Beberapa Bulan: Enjin Cadangan CleverTap boleh dipasang dalam beberapa minit berbanding beberapa bulan, dan tidak memerlukan sokongan daripada pasukan pembangunan.  Oleh sebab ia direka untuk pemasar, tiada pengetahuan teknikal yang diperlukan untuk memasang cadangan dan menggunakannya.
  • Bertumpu Konteks: Cadangan berbeza-beza dalam masa nyata berdasarkan tahap pengguna dalam kitaran belian.  Seorang pengguna akan melihat cadangan berbeza apabila beliau menyemak imbas, menyenarai pendek, dan juga ketika semak keluar.  Sebagai contoh, jika seseorang mencari kasut, mereka akan melihat jenama kasut yang berbeza ketika menyemak imbas; di peringkat menyenarai pendek mereka akan melihat jenis-jenis kasut yang berbeza daripada jenama yang disenarai pendek, dan ketika menyemak keluar, mereka akan melihat cadangan seperti beg kasut, atau kit pembersihan kasut.
  • Meningkatkan Purata Nilai Pesanan: Cadangan 1:1 yang relevan, berdasarkan tingkah laku pembelian, pola membeli dan trend penggunaan meningkatkan nilai pesanan daripada produk yang mungkin pelanggan terlepas pandang.
  • Optimumkan Penemuan Produk: Menggunakan sains data, CleverTap mencadangkan produk baharu yang mungkin diminati oleh pelanggan, yang menjadikan item-item kiraan rendah menarik perhatian mereka dan mengedarkan jualan produk dengan lebih baik.  
  • Tingkatkan Pengekalan dengan Pengaturan Omnisaluran: Menggunakan bidang tersuai untuk memperibadikan komunikasi pemasaran termasuk media beraneka seperti video, imej, pautan mendalam atau luaran, cadangan adalah lebih interaktif dan relevan bagi meningkatkan pengekalan jangka panjang.
  • Mempengaruhi Penggunaan dan Membina Tabiat: Cadangan yang relevan memastikan pelanggan kembali semula untuk mendapatkan lebih lagi dengan mendorong mereka untuk mengambil tindakan terbaik yang seterusnya seperti menonton video lain, membeli produk lain atau membaca artikel lain.

"Pasukan-pasukan pertumbuhan dan pengekalan bersungguh-sungguh memberikan pengalaman relevan yang turut mencetuskan impak jangka panjang terhadap pertumbuhan perniagaan. Dengan menggabungkan terus cadangan dipacu sains data ke dalam kempen-kempen pemasaran, pelanggan kami berupaya memperibadikan interaksi pelanggan mereka. Ini akhirnya menghasilkan pendapatan dan kesetiaan jenama yang lebih baik," kata Sunil Thomas, Ketua Pegawai Eksekutif di CleverTap.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap membantu jenama-jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Pasukan-pasukan pertumbuhan menggunakan keupayaan pengautomatan, AI/ML dan pemperibadian CleverTap untuk mengurus dan meningkatkan kitar hayat pelanggan dengan memberikan pengalaman yang paling tekal dalam seluruh titik sentuh. Menerusi kombinasi unik pada platform data yang seragam, segmentasi dan pandangan automatik serta penglibatan omnisaluran, CleverTap membolehkan jenama-jenama mengoptimumkan pengalaman pelanggan pada waktu nyata dan secara meluas.  

Lebih 8,000 aplikasi dan laman sesawang global, termasuk Vodafone, SonyLiv, Domino's Pizza, DC Comics, Go-Jek, Cleartrip, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk mencipta pengalaman yang dapat mendorong nilai seumur hidup pengguna yang lebih tinggi. Untuk melihat bagaimana perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan.

CleverTap beroperasi dari San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga yang terkemuka termasuk Accel dan Sequoia. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

Hubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics New products/services Data Analytics