PORTO, Portugal, 29 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, bertempat di stadium Dragão di Porto, Duta-duta Muda bagi program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom "Bola Sepak untuk Persahabatan" menyampaikan anugerah utama program tersebut – Piala Sembilan Nilai – kepada pasukan bola sepak kebangsaan Brazil. Trofi unik ini melambangkan Sembilan Nilai Bola Sepak untuk Persahabatan – persahabatan, kesaksamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan kehormatan. Upacara penyampaian anugerah berlangsung di ambang perlawanan bola sepak persahabatan antara Panama dan Brazil.
Duta-duta Muda bagi Bola Sepak untuk Persahabatan yang berikut telah menghadiri upacara penyampaian anugerah berkenaan: Swan Drame (13 tahun, Perancis), Catarina Barata (13 tahun, Portugal), Miguel Borges (19 tahun, Portugal), Denis Aladev (13 tahun, Rusia). Mereka menceritakan kepada Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Brazil, En. Walter Feldman dan Pengurus Pembangunan Teknikal dan Tanggungjawab Sosial Pasukan En. Diogo Netto tentang sejarah dan makna di sebalik trofi yang istimewa ini.
Pemain-pemain Muda dan Wartawan-wartawan Muda dari 211 negara dan wilayah di dunia mengambil bahagian dalam undian terbuka yang memutuskan bahawa pasukan bola sepak kebangsaan Brazil layak menerima Piala Sembilan Nilai. Peserta-peserta Bola Sepak untuk Persahabatan mengiktiraf pasukan kebangsaan Brazil sebagai yang paling bertanggungjawab secara sosial dalam kalangan 32 pasukan bola sepak kebangsaan, yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil ialah pemenang kelima Piala Sembilan Nilai. Dari tahun 2015, trofi berkenaan telahpun disampaikan kepada pasukan-pasukan bola sepak Barcelona (Sepanyol), Bayern Munich (Jerman), Al Wahda (Syria) dan Real Madrid (Sepanyol).
Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan ini dilaksanakan oleh Gazprom sejak tahun 2013. Nilai-nilai utama yang dipromosikan oleh peserta-peserta program ialah persahabatan, kesaksamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan kehormatan. Peserta-pesertanya merupakan Pemain-pemain Muda (kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berkelainan upaya dan berkeperluan khas) serta Wartawan-wartawan Muda yang membuat liputan acara Bola Sepak untuk Persahabatan di Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa. Acara-acara peringkat akhir bagi program Bola Sepak untuk Persahabatan akan berlangsung di Madrid mulai 28 Mei hingga 2 Jun 2019.
"Piala Sembilan Nilai ialah trofi yang serba baharu dan benar-benar luar biasa yang disampaikan hasil pematuhan terhadap nilai-nilai program seperti keadilan, kesetiaan dan tradisi. Ini merupakan pencapaian penting yang amat dekat dengan semua orang termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa di seluruh dunia. Tahun ini, buat julung kalinya sebuah pasukan dari Amerika Latin dianugerahkan trofi ini – dan ia merupakan satu lagi bukti bahawa tiada sempadan untuk bola sepak dan persahabatan!" ulas En. Walter Feldman, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Brazil.
"Saya berasa amat gembira kerana program Bola Sepak untuk Persahabatan memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan ahli-ahli pasukan kebangsaan malah menganugerahi mereka dengan Piala Sembilan Nilai secara peribadi! Saya berpendapat bahawa seseorang tidak dapat menjadi individu berjaya tanpa mengikuti nilai-nilai insan sejagat. Lebih ramai orang di dunia yang akan berbincang dan menarik perhatian terhadap nilai-nilai ini, maka kehidupan kita akan bertambah baik. Piala Sembilan Nilai merupakan lambang persahabatan, perpaduan dan sikap bertanggungjawab terhadap masyarakat setempat kita demi kanak-kanak di serata dunia," kata Catarina Barata, Wartawan Muda Bola Sepak untuk Persahabatan.
Sumber-sumber Internet Rasmi untuk program:
Foto dan bahan video untuk media: http://media.footballforfriendship.com
Saluran Facebook rasmi: https://www.facebook.com/FootballForFriendship/
Saluran YouTube rasmi: https://www.youtube.com/user/FOOTBALL4FRIENDSHIP
Halaman Wikipedia rasmi: https://en.wikipedia.org/wiki/Football_for_Friendship
Akaun Instagram rasmi: https://www.instagram.com/footballforfriendship
Akaun Twitter rasmi: https://twitter.com/football4f
Laman sesawang rasmi: https://www.gazprom-football.com/en/home.htm
Anda boleh menemui kami di Instagram dengan mengimbas Tanda Nama