TORONTO, 30 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Ataccama—penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian kurasi data dikuasakan AI—telah disenaraikan dalam Gartner Magic Quadrant untuk Instrumen Kualiti Data 2019.1
Platform Ataccama ONE menggabungkan Penemuan & Pemprofilan Data, Katalog Data & Glosari Perniagaan, Pengurusan Kualiti Data, Pemprosesan Data Raya & Penyepaduan Data serta Pengurusan Data Induk & Rujukan. Ia memberi anda pilihan untuk bermula dengan apa yang anda perlukan dan melanjutkan dengan lancar sebagaimana yang diperlukan oleh perniagaan anda.
"Kami terus memanfaatkan asas produk mantap kami dan menginovasi platform kami bagi menawarkan pelanggan dengan penyelesaian Kualiti Data dan MDM termaju dan bersepadu sepenuhnya. Kami teruja kerana diiktiraf sebagai berwawasan dalam Gartner Magic Quadrant untuk Instrumen Kualiti Data dalam Gartner Magic Quadrant untuk Penyelesaian Pengurusan Data Induk 2018," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Ataccama, Michal Klaus.2
Pengurusan Kualiti Data Ataccama ONE membolehkan organisasi-organisasi meningkatkan kualiti data mereka bagi memanfaatkan potensi penuh data mereka. Ia sesuai dengan sebarang infrastruktur IT, bertindak balas kepada keperluan perniagaan tertentu dengan enjin bahagian belakang yang mantap dan fleksibel serta antara muka berorientasi perniagaan yang mudah digunakan.
"Tujukan pada titik optimum antara kematangan dan inovasi produk," lapor Ketua Pengurusan Maklumat untuk pelanggan Ataccama dalam industri kewangan. Terokai kajian semula Gartner Peer Insights yang lain bagi mendapatkan pengalaman sendiri pengguna Ataccama ONE. "Kami bertuah kerana mempunyai pelanggan hebat yang menginspirasikan kami untuk terus mempertingkat dan menginovasi," simpul Klaus.
1 Gartner, Inc., "Magic Quadrant for Data Management Tools" oleh Melody Chien dan Ankush Jain, 27 Mac 2019.
2 Gartner, Inc., "Magic Quadrant for Master Data Management Solutions" oleh Michael Moran, Bill O'Kane, Simon Walker, Sally Parker, Alan Dayley, 12 Disember 2018.
Penafian Gartner
Kajian semula Gartner Peer Insights mengandungi pendapat-pendapat subjektif daripada pengguna akhir individu tentang pengalaman mereka sendiri dan tidak mewakili pandangan Gartner mahupun rakan-rakan sekutunya.
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya, dan tidak memberi nasihat kepada pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.
Latar Belakang Ataccama
Ataccama menyediakan kurasi data dikuasakan AI dengan Ataccama ONE. Platform mantapnya menyepadukan Penemuan & Pemprofilan Data, Katalog Data & Glosari Perniagaan, Pengurusan Kualiti Data, Pemprosesan Data Raya & Penyepaduan Data serta Pengurusan Data Induk & Rujukan. Ataccama ONE memberi anda pilihan untuk bermula dengan apa yang anda perlukan dan meluaskannya mengikut keperluan syarikat anda dengan lancar. Langkah pertama adalah percuma - cubalah pemprofilan data satu-klik kami yang dipercayai oleh 35,000 pengguna seluruh dunia di one.ataccama.com.
Untuk pertanyaan media hubungi:
Benua Amerika: Pamela Valerio, pamela.valerio@ataccama.com
EMEA & APAC: JoEllen Koester, joellen.koester@ataccama.com