omniture

Gürol Law Office Umum Keputusan Mahkamah Turki Menyebut Kecacatan Kilang dalam Kes Jaguar Land Rover

Gürol Law Office
2019-03-30 00:32 1225

ISTANBUL, 29 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Mahkamah Pengguna ke-8 Istanbul memerintahkan pengeluar kereta mewah British, Jaguar Land Rover Company untuk membayar ganti rugi dalam kes mahkamah berkaitan dengan SUV model Range Rover Vogue milik syarikat tersebut. Mahkamah Turki memutuskan bahawa bahaya keselamatan enjin merupakan sebahagian daripada kecacatan pengilangan.

Kes ini pertama kali dibawa ke mahkamah pada tahun 2013 apabila pemilik kenderaan Range Rover serba baharu memfailkan aduan selepas SUV beliau mengalami masalah enjin dan terbakar. Gürol Law Office memfailkan tuntutan mahkamah bagi pihak klien mereka, Engin Yakut, di Mahkamah Pengguna Pertama Istanbul dengan nombor fail 2014/1334. Rentetan daripada tuntutan mahkamah ini, menurut keputusan yang diputuskan dalam perbicaraan bertarikh 28/02/2019 berhubung fail 2016/1029 dalam Mahkamah Pengguna ke-8 Istanbul, telah diputuskan bahawa 'tuntutan mahkamah diterima' dan 'kenderaan Jaguar Land Rover Range Rover Vogue 4.4 berwarna hitam dengan nombor casis SALGA2JF4DA104851/nombor enjin 0021762448DT dibuktikan telah dikeluarkan dengan kecacatan dalam kilang'.

Kes-kes pengekalan kesaksian dan penggantian barangan rosak dibuka pada tahun 2013, disusuli dengan penarikan balik kenderaan rosak pada tahun 2014. Semua tindakan undang-undang telah disatukan dalam satu kes pada tahun 2016. Berikutan beberapa urusan surat menyurat antara Kementerian Keadilan dan Hal Ehwal Luar Turki dan Kedutaan British, Jaguar Land Rover menghantar perwakilan sah bagi menghadiri perbicaraan mahkamah Turki.

Selepas menjalankan pelbagai siasatan di pengedar rasmi Land Rover, panel yang terdiri daripada sembilan orang profesor daripada Yildiz dan Istanbul Technical Universities mengemukakan tiga laporan pendapat pakar.

Dr. Candas Gürol, Peguam dengan Gürol Law Office, berkata dalam perbicaraan: "Kami ingin ditanya tentang kes berkaitan Pengedar kenderaan ini di Turkey, Borusan A.Ş., dengan memorandum ditulis berhubung model yang sama bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa rayuan lanjut tentang kenderaan berkenaan."

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

Latar Belakang Gürol Law Office

Gürol Law Office telahpun berkhidmat di Fenerbahçe Kadıköy sejak tahun 2011. Bidang-bidang aktivitinya termasuk Undang-undang Jenayah, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Harta Intelek dan Perindustrian, Undang-undang Pelaksanaan dan Kebankrapan, Undang-undang Asing dan penyelesaian Strategik luar negara. Gürol Law Office, yang menyediakan khidmat guaman dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Itali, menjalankan kerja-kerja bersama banyak pejabat guaman, ilmuwan, penasihat kewangan dan firma audit di Turki dan luar negara.

Butiran perhubungan:

GUROL LAW OFFICE
Nombor Telefon: 00902163361216
Alamat e-mel: info@gurolhukuk.com

(Logo: https://mma.prnewswire.com/media/843086/Gurol_Logo.jpg )

Source: Gürol Law Office
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation Legal issues Legal Services