omniture

Persidangan Kerjasama Media Asia seru penumpuan lebih hebat

China Media Group
2019-04-01 13:43 1100

BOAO, China, 1 April 2019 /PRNewswire/ -- Wakil media dari 20 negara Asia berkongsi perspektif mereka mengenai peranan media dalam tadbir urus global dan kerjasama media Asia dalam era "omnimedia" semasa salah satu perbincangan meja bulat di Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019, yang dimulakan oleh China Media Group dan kini sedang dijalankan di Boao, Wilayah Hainan China selatan.

Wakil media dari 20 negara Asia berkumpul di Persidangan Kerjasama Media Asia yang diadakan semasa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019. [Foto Oleh: Li Jin]
Wakil media dari 20 negara Asia berkumpul di Persidangan Kerjasama Media Asia yang diadakan semasa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019. [Foto Oleh: Li Jin]

Persidangan Kerjasama Media Asia, yang telah diadakan setiap tahun sejak enam tahun lalu, membagi kepercayaan bahawa di era omnimedia, teknologi baharu mempromosikan transformasi industri media, mengubah ekologi media tradisional dan mempengaruhi corak komunikasi antarabangsa.

Guo Weimin, naib menteri Pejabat Penerangan Majlis Negeri China, membuat ucaptama pada Persidangan Kerjasama Media Asia semasa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019 di Boao, Wilayah Hainan China selatan, 29 Mac 2019. [Foto Oleh : Li Jin]

Guo Weimin, naib menteri Pejabat Penerangan Majlis Negeri China, membuat ucaptama di persidangan pada hari Jumaat. Guo berkata kemunculan teknologi baharu seperti AI dan 5G telah membawa perubahan revolusiner kepada landskap media.

Beliau menegaskan bahawa kebangkitan media digital tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada media tradisional, tetapi merupakan dorongan untuk kemakmuran bersama.

Yan Xiaoming, naib presiden China Media Group, menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kerjasama Media Asia semasa Forum Boao untuk Persidangan Tahunan Asia 2019 di Boao, Wilayah Hainan China Selatan, 29 Mac 2019. [Foto Oleh: Li Jin]

Yan Xiaoming, naib presiden China Media Group, berkata dalam masa hanya satu tahun, teknologi canggih seperti AI dan 5G telah beralih daripada alatan yang media laporkan menjadi alat yang digunakan oleh media.

Dalam era baharu ini, terdapat keperluan mendesak bagi negara-negara Asia untuk meningkatkan suara mereka di persada dunia, untuk dipadankan dengan kecekapan ekonomi mereka.

Wakil lain menyuarakan bahawa media Asia harus merebut peluang dan bekerjasama untuk menentukan suara dan pembanguanan media Asia dalam komuniti antarabangsa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418740-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418740-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418740-1-c

Source: China Media Group
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service