omniture

Aset-aset bersih Ontario Teachers' pada $191.1 bilion pada penghujung-tahun 2018

Ontario Teachers' Pension Plan
2019-04-03 19:46 780

Pelan dibiayai sepenuhnya untuk tahun keenam berturut-turut 

TORONTO, 3 April 2019 /PRNewswire/ -- Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') hari ini mengumumkan aset-aset bersih sebanyak $191.1 bilion setakat 31 Disember 2018, meningkat $1.6 bilion daripada 31 Disember 2017. Jumlah pulangan bersih dana adalah 2.5% bagi tahun tersebut.

"Pada tahun 2018, kami berupaya untuk menjana pulangan positif meskipun tatkala kami menavigasi beberapa pasaran yang paling tidak menentu selama bertahun-tahun, hasil daripada usaha yang kami lakukan untuk membina portfolio pelaburan pelbagai yang dapat menunjukkan prestasi dalam senario-senario pasaran," kata Ron Mock, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif. "Dalam masa yang sama, kami dengan sukacitanya melaporkan bahawa setakat 1 Januari 2019, kami dibiayai sepenuhnya selama enam tahun berturut-turut, dengan 100% perlindungan inflasi disediakan untuk semua pencen."

Setakat 31 Disember 2018, Pelan ini mempunyai jumlah pulangan bersih dana tahunan 9.7% sejak diperkenalkan. Pulangan bersih lima dan sepuluh tahun, juga setakat 31 Disember 2018, masing-masing mencecah 8.0% dan 10.1%.

Semasa tahun tersebut, ketidaktentuan pelan adalah terkawal berbanding apa akan yang dialami oleh peruntukan aset yang lebih tradisional. Pempelbagaian portfolio – merentas kelas aset, geografi dan faktor-faktor lain – menyebabkan Dana tersebut mengatasi penanda arasnya sebanyak 1.8% atau $3.5 bilion, memperlihatkan nilai yang direalisasikan oleh ahli-ahli Ontario Teachers' menerusi pengurusan aktif.

"Masa seperti ini menunjukkan betapa usaha untuk terus mengimbangi semula portfolio bagi tujuan kestabilan adalah berbaloi," kata Ziad Hindo, Ketua Pegawai Pelaburan. "Pada tahun 2018, aset-aset persendirian kami menunjukkan hasil. Meskipun berada dalam persekitaran yang lebih sukar, kami berupaya untuk menyelesaikan beberapa transaksi yang signifikan dan rumit sepanjang tahun tersebut."

Gabungan Aset Terperinci 





2018




2017



Pelaburan
Bersih Berkesan
pada Nilai Saksama
 

(Kanada $
bilion)
 



Gabungan Aset

% 


Pelaburan
Bersih Berkesan
pada Nilai Saksama

(Kanada $
bilion)



Gabungan Aset 

%

Ekuiti 











Dagangan awam


$

31.6



17%


$

35.2



19%


Bukan dagangan awam


33.4



18


31.9



17




65.0



35


67.1



36













Pendapatan tetap 











Bon


58.2



31


41.4



22


Produk kadar nyata


19.5



10


20.0



11




77.7



41


61.4



33













Sensitif inflasi 











Komoditi


10.6



6


11.1



6


Sumber asli


8.1



4


6.6



3


Lindung nilai inflasi


8.7



5


8.9



5




27.4



15


26.6



14













Aset sebenar 











Hartanah


27.5



15


25.5



14


Infrastruktur


17.8



9


18.7



10


Produk kadar nyata


4.3



2


1.5



1




49.6



26


45.7



25













Kredit 


15.2



8


13.6



7


Strategi pulangan mutlak


12.6



7


10.7



6


Tindanan 


(0.4)



—


(0.3)



—


Pasaran wang 


(59.5)



(32)


(39.4)



(21)


Pelaburan Bersih1 


$

187.6



100%


$

185.4



100%


 

1 Pelaburan bersih, yang mencakupi pelaburan kurang liabiliti berkaitan pelaburan setakat 31 Disember 2018, Penyata Kedudukan Kewangan Disatukan, tidak termasuk semua aset dan liabiliti lain.

 

Jumlah pulangan tempatan dana ialah 1.3%. Pelan ini melabur dalam 35 mata wang global dan di lebih 50 negara, namun melaporkan aset serta liabilitinya dalam dolar Kanada. Pada tahun 2018, mata wang memberi impak +1.5% yang positif ke atas jumlah dana, menghasilkan perolehan sebanyak $2.8 bilion yang sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan nilai dolar A.S. Impak positif ini adalah susulan impak mata wang negatif pada tahun 2017 dan 2016.

Latar Belakang Ontario Teachers'  

Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') ialah pelan pencen satu pekerjaan yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih sebanyak $191.1 bilion setakat 31 Disember 2018. Ia memegang pelbagai portfolio aset global, kira-kira 80% daripadanya diurus sendiri dan telah memperoleh jumlah pulangan bersih dana tahunan sebanyak 9.7% sejak pelan ini mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ontario Teachers' ialah sebuah pertubuhan bebas yang beribu pejabat di Toronto. Pejabat rantau Asia Pasifiknya terletak di Hong Kong manakala pejabat Eropah, Timur Tengah & benua Afrika terletak di London. Pelan faedah tertakrifnya, yang dibiayai sepenuhnya, melabur dan mengurus pencen bagi 327,000 guru aktif dan guru bersara wilayah Ontario. Untuk maklumat lanjut, layari otpp.com dan ikuti kami melalui Twitter @OtppInfo.

Hubungi: 

Kanada
Pav Jordan
Telefon: +1 416 228 6862
Emel: pav_jordan@otpp.com

Eropah
Oliver Mann | Anelia Fikiina
Telefon: +44 203 7551 607| +44 203 7551 629
Emel: Oliver.Mann@kekstcnc.com | anelia.fikiina@kekstcnc.com   

Catatan untuk Editor: Sila Lihat Lampiran: 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/844904/Ontario_Teachers_Pension_Plan_Logo.jpg

 

Source: Ontario Teachers' Pension Plan
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Earnings