omniture

Infinitus ambil bahagian dalam kempen Earth Hour untuk tahun ke-10 berturut-turut

Syarikat tumpu pada karbon rendah dan perlindungan alam sekitar
Infinitus (China) Company Ltd.
2019-04-04 02:07 684

GUANGZHOU, China, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada 30 Mac 2019, kempen Earth Hour tahun ini bermula di seluruh dunia. Sebagai penyokong perlindungan alam sekitar, Infinitus (China) Company Ltd. mengambil bahagian dalam kempen tersebut buat tahun ke-10 berturut-turut, menyokong kesemua kakitangannya untuk mengambil bahagian dalam kempen Earth Hour, Connect to Earth. Menjelang malam, Infinitus memadamkan lampu dalam banyak bangunan pejabatnya, termasuk Pusat Infinitus, antara jam 8:30 malam hingga 9:30 malam. Kakitangan syarikat aktif terlibat dalam kempen tersebut, sebagai sokongan kepada inisiatif-inisiatif "Lakukan perkara kecil untuk membuat perubahan hebat, bermula sedikit demi sedikit!" dan "Jimatkan tenaga dan pilihlah rendah karbon dalam perjalanan anda". Mereka turut mengambil tindakan praktikal sebagai respons kepada seruan berkenaan.

Earth Hour bukan sekadar acara selama satu jam sekali setahun, sebaliknya merupakan manifesto tahunan terhadap alam sekitar. Infinitus sedia maklum bahawa dalam usaha membangunkan dan mengembangkan perniagaannya, syarikat perlu mencapai keharmonian dengan alam sekitar untuk benar-benar mencapai pembangunan mampan. Syarikat berpegang teguh terhadap perlindungan alam sekitar dalam operasi hariannya.

Bekas boleh kitar semula Infinitus
Bekas boleh kitar semula Infinitus

Pada tahun 2018, Infinitus secara rasminya melancarkan bekas boleh kitar semula dalam kesemua 21 pusat pengedarannya di seluruh negara, menandakan pelancaran satu lagi usaha syarikat yang menyokong dan mengambil tindakan praktikal bagi menyokong tingkah laku yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Penggunaan satu bekas boleh kitar semula dapat mengelakkan penggunaan lebih 70 bekas guna sekali dan hampir menyingkirkan sepenuhnya penggunaan gam perekat dan busa udara berisi, seterusnya dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak hampir 20,000 tan setahun.

Dalam masa yang sama, laluan penghantaran antara pusat pengedaran dan kedai di kesemua wilayah dan bandar seluruh China dioptimumkan berdasarkan algoritma saintifik bagi meningkatkan kecekapan jaringan pengedaran dan mengurangkan jarak perjalanan semasa membawa barangan sebanyak kira-kira 30 peratus. Ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan tenaga, tetapi turut memudahkan pelaksanaan logistik dan pengedaran dalam seluruh syarikat.

Pusat Logistik Infinitus agihkan produk ke kedai
Pusat Logistik Infinitus agihkan produk ke kedai

Infinitus turut memberi perhatian yang besar terhadap perlindungan alam sekitar dalam persekitaran pejabat harian dan melancarkan kempen amal untuk "mengolah semula pakaian, kasut dan beg yang tidak lagi digunakan oleh pemiliknya" dalam kalangan kakitangan sejak Oktober 2018 dan memulihkan lebih 1000 item dalam tempoh hanya tiga bulan. Dengan kerjasama organisasi-organisasi pihak ketiga, Infinitus mendermakan sekitar 300 item kepada mereka yang memerlukan manakala kira-kira 800 item lagi dikitar semula.

Kawasan kitar semula untuk pakaian terbuang
Kawasan kitar semula untuk pakaian terbuang

Langkah yang kecil dalam usaha perlindungan terhadap alam sekitar boleh menjurus kepada langkah yang besar di bumi. Selama bertahun-tahun. syarikat aktif dalam memenuhi tanggungjawab sosialnya dalam enam bidang: kesihatan, kualiti, kakitangan, rakan kongsi, alam sekitar dan masyarakat, sebagai tindak balas kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Infinitus percaya bahawa kuasa yang besar terletak pada tingkah laku individu dan menyeru setiap seorang daripada kita untuk mengambil tindakan yang dapat menyumbang kepada gabungan kekuatan untuk melindungi tempat kediaman kita – bumi kita – sekarang.

Earth Hour:

Kempen Earth Hour ialah acara seluruh dunia yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (World Wide Fund for Nature, WWF) pada tahun 2007 dan diadakan mulai jam 8:30 malam hingga 9:30 malam pada Sabtu terakhir dalam bulan Mac setiap tahun, menggalakkan isi rumah, masyarakat, syarikat dan kerajaan memadamkan lampu yang tidak penting selama sejam sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan melindungi bumi dan menginspirasikan orang ramai untuk berfikir tentang perubahan iklim dan isu-isu alam sekitar yang lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418718-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418718-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418718-1-c

 

 

Source: Infinitus (China) Company Ltd.
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Corporate Social Responsibility