omniture

Liquid Group jalin kerjasama dengan Changi Airport perkenal Platform Pembayaran dan Pemasaran QR bersepadu pertama dunia untuk peniaga

Liquid Group
2019-04-04 08:31 818

  • Platform pembayaran QR terbuka Liquid Group akan membolehkan penerimaan seragam aplikasi pembayaran QR domestik dan antarabangsa utama, selain skim pembayaran QR negara dan rentas sempadan.
  • Didayakan untuk menyokong (i) aplikasi patuh SGQR seperti Grab Pay, Liquid Pay, SingTel Dash, Ezi Wallet (ii) aplikasi bank QR PayNow[1], (iii) aplikasi QR pembayaran antarabangsa seperti WeChat Pay, UnionPay QR dan Alipay, selain (iv) pelbagai rangkaian pembayaran QR rentas sempadan, peniaga akan mendapat platform moden yang tidak lama lagi akan menerima rancangan seterusnya melibatkan aplikasi pembayaran QR domestik dan serantau yang ketara tanpa tambahan infrastruktur, penyepaduan atau latihan juruwang.
  • Selain pembayaran, platform ini menyepadukan diskaun dan promosi peniaga yang dapat disesuaikan secara dinamik kepada aplikasi masing-masing dengan lancar, menyediakan platform pemasaran automatik yang hebat buat peniaga.

SINGAPURA, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Liquid Group dengan sukacitanya mengumumkan hari ini bahawa ia telah memeterai satu perjanjian dengan Changi Airport Group bagi memperkenalkan penerimaan bersepadu berbilang aplikasi pembayaran QR utama oleh peniaga yang terletak di keempat-empat terminal di Lapangan Terbang Changi.

Platform pembayaran bersepadu oleh Liquid Group akan membolehkan penjual di Lapangan Terbang Changi menerima e-dompet seperti aplikasi pembayaran bank QR GrabPay, Liquid Pay, Singtel Dash, Ezi Wallet dan PayNow selain rakan-rakan kongsi aplikasi pembayaran antarabangsa seperti WeChat Pay, UnionPay dan Alipay.

Platform pembayaran Liquid Group akan memperkenalkan titik jualan (POS) seragam untuk pembayaran QR yang membolehkan peniaga menerima pelbagai aplikasi pembayaran QR tempatan dan antarabangsa menggunakan peranti tunggal. Selain itu, dengan aliran kerja peniaga yang seragam, penjual-penjual Lapangan Terbang Changi yang mengambil bahagian boleh menerima pelbagai aplikasi pembayaran QR tanpa infrastruktur, penyepaduan atau latihan juruwang tambahan apabila Liquid Group dan Lapangan Terbang Changi meluaskan jaringan bagi menyertakan aplikasi pembayaran QR tempatan, luar negara dan skim kad tambahan.

Platform ini juga membolehkan Lapangan Terbang Changi melancarkan pelbagai kempen pemasaran dengan aplikasi pembayaran yang mengambil bahagian tanpa memerlukan latihan juruwang tambahan atau pengesahan semasa daftar keluar. Ini memberikan pengalaman pengguna tanpa fabrikasi.

"Lapangan Terbang Changi berusaha untuk terus meningkatkan pengalaman membeli belah penumpang kami. Menerusi peningkatan dalam pembayaran QR, pelancaran platform pembayaran QR seragam daripada Liquid Group bukan sahaja menyediakan pengalaman pembayaran tanpa fabrikasi, ia akan turut menyediakan lebih banyak peluang perkongsian dengan pengeluar-pengeluar e-dompet tempatan dan luar negara. Selain itu, platform pembayaran QR seragam akan meningkatkan produktiviti penyewa kami dalam aspek-aspek latihan kakitangan, pelaporan dan penyelesaian untuk pembayaran QR. Kami berasa gembira kerana dapat bekerjasama dengan Liquid Group untuk memperkenalkan pilihan pembayaran yang mudah ini di Lapangan Terbang Changi." - Cik Teo Chew Hoon, Naib Presiden Kanan Kumpulan di Changi Airport Group

"Alipay mengalu-alukan inisiatif ini dan berharap dapat terus meningkatkan pengalaman pengguna untuk pengguna kami di Lapangan Terbang Changi." - Cik Cherry Huang, Pengurus Besar, Alipay Asia Selatan & Asia Tenggara

"Di Grab, kami menumpu untuk menyediakan pilihan sebenar dan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan kami. Memandangkan perjalanan menjadi semakin luas di Asia Tenggara, kami berasa gembira apabila GrabPay dapat diterima di semua peniaga di Lapangan Terbang Changi. Pengguna kami dari seluruh rantau yang telahpun menggunakan GrabPay untuk membayar pengangkutan, makanan dan keperluan harian lain, kini dapat menikmati pengalaman pembayaran lancar yang sama di lapangan terbang ini dan mempunyai lebih banyak peluang untuk mengumpul mata GrabRewards untuk mendapat faedah dan manfaat." – En Gary Wong, Ketua GrabPay Singapura

Changi ialah lapangan terbang ketujuh paling sibuk di dunia bagi lalu lintas antarabangsa dengan lebih 65 juta pergerakan penumpang. Menerusi perkembangan pesat aplikasi pembayaran mudah alih QR di seluruh ASEAN, Asia Utara dan Asia Selatan, platform pembayaran Liquid Group akan membolehkan Lapangan Terbang Changi menerajui penerimaan lancar aplikasi ini dan menawarkan tawaran kepada pembeli belah dari negara-negara berbeza. Penjual dan pengguna boleh mengharapkan perjalanan e-pembayaran yang menarik dan inovatif lebih awal di Lapangan Terbang Changi.

Hal ini juga selari dengan objektif Negara Pintar Kerajaan untuk menyediakan infrastruktur e-pembayaran negara yang bersifat terbuka, boleh diakses dan saling beroperasi, serta penerimaan SGQR sebagai kod QR tunggal dan seragam untuk e-pembayaran di Singapura.

"Sebagai salah sebuah lapangan terbang yang terkemuka di dunia, WeChat Pay teruja dan berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha Lapangan Terbang Changi untuk meningkatkan pengalaman pembayaran peniaganya. Kami percaya bahawa inisiatif ini akan membantu peniaga di Changi memperoleh akses yang lebih luas untuk berbilion-bilion pengguna yang aktif di platform WeChat." - Pasukan WeChat Pay, Asia Tenggara

"Kami teruja apabila Dash diterima oleh banyak peniaga di Lapangan Terbang Changi, membawakan lebih banyak pilihan menjamu selera dan jualan kepada pelanggan kami. Ini merupakan padanan yang amat sempurna buat kami tatkala kami terus meluaskan pakatan pembayaran mudah alih rentas sempadan VIA kami dan menghubungkan lebih banyak peniaga kepada pengembara. Pelanggan-pelanggan luar negara yang merupakan sebahagian daripada VIA akan berpeluang untuk menikmati kemudahan, kebiasaan dan kesenangan menggunakan dompet tempatan mereka di Lapangan Terbang Changi, lalu meningkatkan pengalaman jualan mereka." - En Gilbert Chuah, Ketua mCommerce di Singtel

"Penggunaan Kod QR untuk pembayaran semakin mendapat tempat di Singapura dan di seluruh Asia. Menurut Kajian Masa Depan Pembayaran (The Future of Payments Study) yang dijalankan oleh UnionPay International dan Nielsen tahun lalu, QR merupakan kaedah pembayaran mudah alih yang paling banyak diterima pakai antara pengguna Singapura, dengan dua pertiga daripada rakyat Singapura pernah menggunakannya sekurang-kurangnya sekali sejak tiga bulan lalu. Dengan Platform QR dan Pemasaran bersepadu untuk peniaga di semua terminal Lapangan Terbang Changi, kami percaya bahawa lebih banyak pengembara mahupun penduduk Singapura akan berpeluang menikmati kemudahan yang lebih hebat dan kelancaran pembayaran dengan Kod QR UnionPay, untuk terus meningkatkan pengalaman membeli belah mereka di lapangan terbang yang terbaik di dunia." -En Wenhui Yang, Pengurus Besar, UnionPay International Asia Tenggara

Jeremy Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquid Group, berkata: "Mempromosi kebolehoperasian perkhidmatan pembayaran mudah alih merupakan bahagian penting dalam memajukan masyarakat tanpa tunai. Kami gembira memperkenalkan platform pembayaran QR terbuka yang terbesar di Lapangan Terbang Changi, yang menyediakan titik-jualan seragam untuk pelbagai aplikasi pembayaran QR yang tersedia. Visi kami adalah untuk meluaskan rangkaian ini di seluruh rantau dan mencipta platform rentas sempadan bagi memudahkan transaksi pembayaran QR berskala luas dan mempercepatkan penggunaan aplikasi pembayaran QR."

Pelancaran platform pembayaran baharu ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat, dengan fasa pertama dijadual bermula pada separuh pertama tahun 2019.

[1] Kod QR PayNow seterusnya akan disepadukan kepada SGQR.

Latar Belakang Liquid Group 

Liquid Group ialah kumpulan perkhidmatan pembayaran mudah alih serantau yang beribu pejabat di Singapura, dan turut berada di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Source: Liquid Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Passenger Aviation Retail Travel Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology