SINGAPURA, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Festival Koktel Singapura (SGCF) tahunan muncul semula mulai 10 hingga 18 Mei 2019, dengan Perkampungan Festival tahun ini kembali ke Empress Lawn dengan barisan bar sementara, kelas induk, pengalaman jenama, persembahan hiburan langsung yang menarik dan banyak lagi.
Disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, Festival Koktel Singapura kini memasuki tahun kelimanya dan sekali lagi akan menonjolkan budaya koktel bandar ini ke persada dunia. Festival ini membawakan himpunan mengagumkan melibatkan lebih 100 bakat pelayanan bar terbaik dunia di Perkampungan Festival; diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi bersama organisasi The World's 50 Best Bars bagi memperkenalkan '50 Minutes with 50 Best', siri kelas induk koktel eksklusif, buat julung kalinya. Anugerah untuk 50 Best Bars 2019 Asia akan berlangsung di Singapura pada 9 Mei 2019, malam menjelang pembukaan SGCF.
Apa yang baharu di Perkampungan Festival?
Dibuka pada 10 hingga 12 Mei mulai 4 hingga 11 malam, Perkampungan Festival di Empress Lawn merupakan acara tumpuan sambutan koktel berkenaan. Sorotan utama termasuk:
Tiket-tiket Perkampungan Festival berharga daripada $35 untuk setiap pas satu-hari, termasuk minuman sambutan. Untuk senarai lengkap kategori dan harga tiket, kunjungi www.singaporecocktailfestival.com.
Pengalaman koktel di sekitar bandar
Mulai 10 hingga 18 Mei 2019, anda boleh mengharapkan pelbagai himpunan pengalaman koktel di sekitar bandar merentas 45 tempat yang mengambil bahagian. Sorotan utama dalam kalendar Festival termasuk:
Untuk jadual lengkap pengalaman koktel di sekitar bandar ini, kunjungi www.singaporecocktailfestival.com.
Latar Belakang Festival Koktel Singapura
Festival Koktel Singaoura bertujuan untuk meletakkan Singapura sebagai bandar koktel utama di Asia, menawarkan platform untuk pertukaran pengetahuan dan bakat di samping mencipta peluang-peluang bagi tujuan penglibatan antara pengguna dan perdagangan. Acara ini mempamerkan kalendar pengalaman koktel yang imersif di seluruh pulau ini dan perkampungan koktel berbilang deria.
Laman Sesawang & Jualan Tiket Festival: www.singaporecocktailfestival.com
Instagram dan Facebook: @SGCocktailFest