OTTAWA, Ontario, 5 April 2019 /PRNewswire/ -- Sentiasa bersemangat menonjolkan bakat Kanada, Royal Canadian Mint berkolaborasi dengan jurugambar terkenal dan penulis blog video Peter McKinnon untuk menghasilkan siri syiling inovatif yang menampilkan tiga landskap paling terkenal di Kanada. Siri ini bermula dengan Tasik Moraine Alberta, diambil gambarnya dengan warna penuh pada syiling perak halus 2 auns, dikelilingi oleh ukiran tepi dengan bilah apertur daripada lensa kamera. Peminat-peminat fotografi sememangnya akan dapat mengenali tetapan apertur "hentian-f" yang terukir pada salah satu bilah. Syiling ini yang memaparkan tandangan jurugambar dan bukannya singkatan klasik, kini sedia untuk dijual.
Bulan ini, Mint turut mempunyai beberapa ciptaan hebat yang tersedia untuk pembeli barangan boleh kumpul yang paling eksklusif, bermula dengan Syiling Emas Tulen $250 2019 – Her Majesty Queen Elizabeth II's Sapphire Tiara. Dua puluh lapan berlian dan empat butir nilam menghiasi syiling 99.99% emas tulen yang menonjolkan kemegahan kepingan barang kemas diraja yang terkenal.
Barisan syiling mewah tersebut diteruskan dengan Syiling Platinum Tulen $300 2019 – Maple Leaf Forever, menampilkan rekaan Celia Godkin dengan peningkatan gaya kemewahan menerusi enamel merah lut cahaya. Akhir sekali, ulang tahun ke-40 bulion Daun Mapel Emas diraikan menerusi syiling 99.99% emas tulen 5 auns yang menampilkan reka bentuk daun mapel gula unggulan pada pruf belakang: kemasan cemerlang pada daun, dikelilingi oleh bahagian satin.
Syiling-syiling boleh kumpul lain yang disediakan bulan ini termasuk:
Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" www.mint.ca. Imej duit syiling boleh dilihat di sini.
Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.
Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah sebuah kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.
Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca