omniture

SuperTurbo Technologies Bakal Bentang di Kongres Dunia SAE Dengan Isuzu Motors

SuperTurbo Technologies Inc.
2019-04-05 02:25 1387

LOVELAND, Colorado, 5 April 2019 /PRNewswire/ -- SuperTurbo Technologies Inc. mengumumkan bahawa ia bakal membentangkan kertas kajian di Kongres Dunia SAE dengan Isuzu Motors yang bertajuk "Mengoptimumkan Kecekapan dan Emisi Diesel Keadaan Tetap menggunakan SuperTurbo pada Enjin Isuzu 7.8L."

Large SuperTurbo
Large SuperTurbo

Pembentangan ini akan menyediakan maklumat berhubung simulasi dan ujian enjin selama bertahun-tahun yang menumpu untuk meningkatkan kecekapan keadaan tetap enjin diesel 7.8L. Keputusan yang ditunjukkan akan melibatkan impak terhadap emisi melalui prestasi keadaan tetap yang berubah-ubah dan perbandingan ke atas pengecas turbo geometri boleh ubah dan pengecas turbo 2 keadaan.

SuperTurbo™ ialah pengecas turbo pacuan mekanikal penuh yang menyediakan faedah-faedah pengecasan super, pengecasan turbo dan penyebatian turbo dalam satu peranti. SuperTurbo™ termasuk pacuan tarikan berkelajuan tinggi yang memindahkan tork dwihala antara aci turbin dan transmisi boleh ubah berterusan yang kemudiannya mendayakan kawalan nisbah keseluruhan antara turbo dan aci engkol. Memandangkan kelajuan aci turbin dikawal, kebimbangan berhubung laju lampau atau perlahan dapat disingkirkan, mendayakan reka bentuk turbin lebih berat dengan kecekapan lebih tinggi. Pengecas turbo pacuan memberikan kebolehan untuk mengawal dengan tepat dan mengimbangi tekanan rangsangan serta nisbah bahan api udara. Kawalan boleh digunakan untuk mengoptimumkan kecekapan dan emisi bahan api mengikut objektif OEM di titik-titik operasi yang berbeza.

SuperTurbo™ terus menunjukkan banyak faedah langsung dan pemungkin yang berharga untuk pengurangan emisi serta produkviti yang lebih baik. Kebolehan untuk mengoptimumkan nisbah bahan api udara dan mengelakkan pengisian bahan api berlebihan melalui transien menunjukkan ia dapat menyediakan sehingga 10% penambahbaikan kecekapan bahan api dan pengurangan CO2. SuperTurbos™ dilengkapi dengan pintasan turbin boleh diprogram yang dapat menghalakan ekzos enjin untuk rawatan susulan bagi tujuan penukaran pesat demi mengurangkan emisi NOx yang berbahaya semasa permulaan sejuk di samping masih mengekalkan kebolehpanduan kenderaan. SuperTurbo Technologies telahpun melengkapkan beberapa pusingan kajian Should Cost dengan FEV bagi mengesahkan kos dan ekonomi banyak proposisi nilai berbeza yang dapat diberikan oleh SuperTurbo™.

Latar Belakang SuperTurbo Technologies Inc.

SuperTurbo Technologies Inc. mengkhusus dalam reka bentuk, pembangunan dan pengkomersialan SuperTurbos™ untuk kenderaan komersial bagi pasaran-pasaran lebuh raya dan pembinaan. SuperTurbo™ ialah pengecas turbo pacuan mekanikal yang membolehkan OEM enjin mengawal rangsangan dan aliran udara ke enjin bagi membolehkan pengoptimuman prestasi dan juga emisi di kesemua titik operasi. Faedah-faedah lain termasuk kecekapan kitar transien, Mula Sejuk/Rendah NOx, pengecilan saiz enjin dan penurunan kelajuan serta brek enjin yang lebih baik. Large SuperTurbo direka untuk menyokong enjin-enjin daripada 7-16 liter dengan 90% pempiawaian komponen dalam aplikasi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.superturbo.net.

info@superturbo.net 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/846425/SuperTurbo_Technologies_Large_SuperTurbo.jpg  

Source: SuperTurbo Technologies Inc.
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Transportation Survey, Polls & Research Trade show news Future Events