omniture

GCash dan Excelity Global Umum Perkongsian di Filipina

Excelity Global
2019-04-08 22:23 676

SINGAPURA dan MANILA, Filipina, 8 April 2019 /PRNewswire/ -- Excelity Global, salah satu penyedia Daftar Gaji yang terbesar di rantau Asia Pasifik, hari ini mengumumkan pelancaran kolaborasinya dengan syarikat dompet digital yang utama Filipina, GCash. Ia menawarkan majikan dan kakitangan dengan perkhidmatan HCM serta pembayaran gaji dan pembayaran balik dalam akaun GCash mereka. Gabungan teknologi Excelity dan GCash memberikan pengguna dengan pengalaman lancar bermula dengan keperluan daftar gaji mereka kepada pembayaran gaji serta pengalaman membeli belah mereka di tempat pasaran dompet dengan perjalanan satu sentuhan.

GCash seterusnya menawarkan kakitangan dengan faedah tambahan seperti promosi, wang tunai dikembalikan, diskaun, akses kepada tempat pasaran dompet, membeli belah kepada khidmat kewangan untuk pinjaman, insurans dan banyak lagi. Pengguna memberikan pujian tinggi kepada perkhidmatan ini memandangkan rakan kongsi daftar gaji mereka kini tidak terhad kepada arena profesional mereka (daripada daftar gaji kepada kehadiran), tetapi juga melangkaui perkhidmatan ini yang seterusnya membantu mereka memenuhi keperluan dengan satu sentuhan pada telefon mereka serta memberikan mereka faedah-faedah tambahan daripada rakan kongsi dompet digital.

"Dengan dua daripada tiga warga Filipina yang tidak mempunyai akaun bank dan tanpa akses formal kepada kredit, GCash menawarkan penyelesaian yang memberikan negara tersebut kemudahan kewangan, sama ada hanya membeli barangan, kepada penghantaran wang di serata tempat di Filipina, malah dengan membeli belah secara dalam talian atau menggunakan kod QR. Ciri-ciri ini disepadukan terus dengan pelanggan daftar gaji Excelity melalui GCash App dan GCash Mastercard," kata Anthony Thomas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mynt. "Kami berasa amat gembira kerana Excelity Global bekerjasama dengan kami," tambah beliau. Mynt ialah syarikat operasi GCash.

GCash akan turut menawarkan platform HR/Daftar Gaji berasaskan SaaS Excelity kepada semua pelanggan perusahaan mereka untuk mendayakan program Daftar Gaji kepada Bayar Balik secara meluas. Pengalaman Excelity dalam menyediakan perkhidmatan kepada 1.2 juta kakitangan sebulan kini akan mampu digunakan oleh setiap PKS di Filipina.

Jeya Kumar, Pengarah Eksekutif, Excelity Global, berkata, "Kami telah banyak melabur dalam teknologi tersebut untuk mencipta persekitaran yang digemari oleh majikan dan kakitangan. Tahun lalu, kami melancarkan ExcelityHCM berasaskan awan yang menerima respons yang amat baik daripada industri. Kini, kami berhasrat untuk melanjutkan pengalaman ini seterusnya kepada pengguna tatkala dunia beralih daripada luar talian kepada dalam talian serta mengalihkan tumpuan kami daripada UX kepada EX. Kami dan rakan kongsi kami, GCash percaya bahawa hal ini akan mengubah sejauh mana daftar gaji dilaksanakan sebelum ini dan bukan sahaja buat pengguna, tetapi majikan juga cenderung untuk mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini memandangkan ia menambah proposisi nilai kepada kakitangan. Excelity Global berbangga kerana dapat menjadi syarikat pertama di Asia Pasifik yang melancarkan program daftar gaji dan pembayaran.

Kumar menambah bahawa kini Excelity akan memperkenalkan tawaran Daftar Gaji kepada Pembayaran mereka di Jepun, Korea, Thailand, Hong Kong, Malaysia, Singapura, Indonesia dan India dalam tiga suku tahun berikutnya.

Latar Belakang GCash 

GCash ialah dompet wang mudah alih yang pertama dan utama di Filipina. Melalui GCash App, pelanggan boleh membeli masa berkomunikasi pra bayar dengan mudah; membayar bil di lebih 400 pengebil rakan kongsi seluruh negara; menghantar dan menerima wang di serata tempat di Filipina; membayar menggunakan kod QR di lebih 40,000 peniaga rakan kongsi; serta melabur wang di dana pasaran wang melalui kemudahan telefon pintar mereka.

GCash memimpin industri perkhidmatan teknologi kewangan sejak ditubuhkan pada tahun 2015. Kemajuan ini dapat dijayakan oleh budaya inovatif syarikat dan komitmen tidak berbelah bahagi olehnya untuk menyediakan pembiayaan buat semua. GCash ialah subsidiari milik Mynt (Globe Fintech Innovations, Inc).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.gcash.com. Untuk media sosial dan promosi, kunjungi facebook.com/gcashofficial, twitter.com/gcashofficial dan instagram.com/gcashofficial.

Latar Belakang Excelity Global  

Beribu pejabat di Singapura, Excelity Global Solutions ialah penyedia perkhidmatan penyelesaian HCM yang terbesar di Asia dengan pengalaman selama lebih 20 tahun, bekerjasama dengan hampir 500 pelanggan di 20 negara di rantau Asia Pasifik. Rakan kongsi penyumberan HR yang utama di rantau ini, Excelity Global mempunyai pusat-pusat penyerahan gaji yang ditubuhkan di Singapura, India, China, Malaysia dan Filipina; serta berbangga kerana dapat menyerahkan lebih 1.2 juta slip gaji sebulan. Excelity Global mengendalikan platform daftar gaji proprietarinya di 14 negara di rantau Asia Pasifik, diserahkan melalui model-model Perkhidmatan Terurus dan Platform-sebagai-satu-Perkhidmatan (PaaS).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.excelity.com.

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/698357/Excelity_Logo.jpg  

 

 

 

Source: Excelity Global
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Workforce Management/Human Resources Contracts Financial Technology