![]() |
Charlie Yamada sertai Diversified sebagai Pengarah Jualan, pimpin pejabat Tokyo milik syarikat
KENILWORTH, New Jersey, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- Diversified, penyedia global terkemuka bagi penyelesaian teknologi inovatif, mengumumkan bahawa Charlie Yamada telah menyertai pasukan tersebut sebagai Pengarah Jualan di Jepun. Dengan kehadiran yang semakin meningkat di rantau APAC susulan pembukaan pejabat Seoul Diversified, lokasi Tokyo bersedia untuk membantu meningkatkan lagi perkhidmatan dalam rantau berkenaan di bawah kepimpinan Yamada.
"Saya berbesar hati dan teruja untuk menyertai syarikat bereputasi setinggi Diversified," kata Charlie Yamada, Pengarah Jualan (APAC), Diversified. "Lebih-lebih lagi, saya berasa gembira untuk meluaskan penawaran dan kualiti kerja yang dibawakan oleh Diversified secara lebih mendalam ke dalam pasaran Jepun, yang mana saya percaya terdapatnya permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kami."
Dengan adanya rangkaian pelanggan yang sudah meluas di seluruh dunia, usaha meluaskan jejak global Diversified secara lebih mendalam ke dalam bidang-bidang aktiviti projek yang amat tertumpu membolehkan syarikat menyediakan perkhidmatan tambahan dan memperkenalkan lebih banyak portfolio penyelesaian komprehensif Diversified kepada pasaran global. Pernah mengurus beberapa akaun multinasional dan perkongsian menerusi jawatan terdahulu, pengalaman Yamada akan membantu mengukuhkan hubungan pelanggan di rantau tersebut.
"Strategi pertumbuhan Diversified adalah hasil langsung daripada pelanggan kami yang tercari-cari rakan kongsi untuk membantu menangani cabaran yang semakin berkembang dalam mengurus disrupsi teknologi di peringkat global," ulas Kevin Collins, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Diversified. "Tatkala kami terus meluaskan jejak geografi kami dalam pasaran APAC, kami lebih mampu berkhidmat sebagai rakan kongsi yang benar-benar bersifat global kepada pelanggan perusahaan kami, berupaya memberikan hasil yang andal daripada penyelesaian media yang rumit di seluruh rantau berkenaan."
Latar Belakang Diversified
Diversified ialah penyedia penyelesaian teknologi global terkemuka yang menyediakan suit komprehensif penyelesaian yang direka untuk menghubungkan perusahaan utama hari ini dengan pasaran global. Pasukan pakar-pakar industri kami yang luas lagi unik bekerjasama dengan pelanggan daripada pelbagai pasaran untuk membantu mereka mencapai tahap prestasi tertinggi, meningkatkan operasi mereka, meningkatkan produktiviti serta memacu ROI.
Ditubuhkan pada tahun 1993, Diversified muncul sebagai rakan kongsi global yang mempunyai lebih 30 pejabat yang menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global yang dinamik serta pelbagai. Sama ada menghubungkan organisasi-organisasi dengan kolaborasi yang berkesan, rangkaian media dengan penonton, peminat dengan permainan, jenama dengan audiens, kemudahan dengan ketenangan minda mahupun perusahaan dengan infrastruktur teknologi yang andal, Diversified merupakan rakan kongsi penyelesaian teknologi khusus anda untuk menghubungkan anda dengan kesemua objektif teknologi organisasi anda. Terokai lebih lanjut di www.diversifiedus.com.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/848142/Diversified_Charlie_Yamada.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/713415/Diversified_Logo.jpg