omniture

Modul SC66 Kecerdasan Buatan Quectel Masuki Peringkat Sampel Kejuruteraan

Era IoT Kecerdasan Buatan Bakal Bermula, Apabila Benda Mula Berfikir!
Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-04-11 02:33 533

SHANGHAI, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, vendor modul selular yang utama di dunia, mengumumkan bahawa modul Kecerdasan Buatan (AI) SC66 miliknya telah memasuki peringkat Sampel Kejuruteraan menjelang ISC West 2019. Pelanggan dan Rakan Kongsi Ekosistem digalakkan untuk menghubungi pengurus julan serantau bagi mendapatkan sampel atau dengan mengunjungi reruai ISC West Quectel #34072 untuk maklumat lanjut pada 10-12 April di Las Vegas.

Selain apa yang ditawarkan oleh Quectel dalam siri terdahulu Modul Pintar (SC20 and SC600T/Y), SC66 dilengkapi khususnya dengan Enjin Pemprosesan Neural berdasarkan cip set Qualcomm SDM660. SC66 mempunyai 8 teras Kryo260 (reka bentuk tersuai, dengan keupayaan 64-Bit) yang dibahagikan kepada dua kluster: kluster pantas dengan empat teras sehingga 2.2GHz dan kluster kecekapan penjimatan kuasa sehingga 1.8GHz. Selain 8 teras CPU, SC66 menyepadukan GPU 512 Adreno dengan pengawal memori LPDDR4X (dwi-saluran 1866 MHz). Perkakasan Enjin AI termasuk Pemproses Vektor Hexagon, GPU (Unit Pemprosesan Grafik sebagai unit utama AI) Adreno dan CPU Kryo. 

AI memerlukan algoritma perisian rumit dan kuasa pengkomputeran yang amat tinggi, yang dahulunya adalah sangat intensif sumber yang menjadikannya di luar kemampuan untuk banyak aplikasi AI. Walau bagaimanapun, sebagai produk revolusioner, SC66 bakal mengubah paradigma dengan menawarkan "AI Terbenam". Ini membawakan trend baharu, iaitu apa yang dikenali sebagai 'Awan kepada Pinggir' atau 'Pengkomputeran Pinggir/Kabus' yang bermaksud mengalihkan sebahagian atau seluruh proses kepada peranti dan bukannya kepada Awan. SC66 bakal menyerlahkan peluang-peluang berterusan dalam industri AI-IoT.

Siaran penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/480.htm  

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions 

Quectel Wireless Solutions ialah pembekal global yang utama bagi modul-modul 5G, LTE-A, LTE, LPWA, Modul Pintar berasaskan AI, GSM/GPRS, UMTS/HSPA(+) dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun diaplikasikan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Quectel menganggarkan bahawa di seluruh dunia, lebih 100 juta peranti sekurang-kurangnya mempunyai satu modul Quectel di dalamnya dan sebagaimana gelarannya, telahpun Dipercepatkan oleh Quectel (Accelerated by Quectel).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjung laman sesawang Quectel, halaman LinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk pertanyaan media:

Ashley Liu
media@quectel.com

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Trade show news