omniture

inwi Lancar win, Jenama Digital 100%

inwi
2019-04-11 23:09 317

CASABLANCA, Maghribi, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- Suatu revolusi bakal muncul dalam lanskap telekomunikasi Maghribi apabila inwi melancarkan win, jenama digital 100% yang pertama.

"win bukanlah satu tawaran baharu daripada inwi, sebaliknya merupakan cara baharu melaksanakan telekomunikasi yang telah kami usahakan selama bertahun-tahun. Ia merupakan pengalaman unik yang membolehkan kami memikirkan semula sepenuhnya perniagaan kami," kata Nadia Fassi-Fehri, Ketua Pegawai Eksekutif inwi, seraya menambah, "Ia merupakan demonstrasi jelas terhadap kepimpinan inwi dalam transformasi digital dan komitmennya untuk kekal mendepani inovasi dan meramalkan keperluan dan juga keinginan pelanggan kami."

win ialah suatu persekitaran yang inovatif dan berkembang yang mana seluruh pengalaman pelanggan dan kesemua perkhidmatan, bermula dengan langganan kepada sokongan pelanggan, bersifat digital. Ia merupakan jenama yang menawarkan kebolehcapaian dan kedermawanan yang belum pernah disediakan sebelum ini dan membolehkan pelanggan, buat julung kalinya di Maghribi, untuk mengkonfigurasi tawaran mereka pada bila-bila masa.

win ialah suatu pengalaman baharu dan suatu cara baharu dalam melakukan sesuatu. Ia merupakan gambaran sempurna penyesuaian dan kefleksibelan yang dijayakan oleh transformasi digital yang dipimpin oleh inwi. Hari ini, inwi menawarkan semua pelanggan dengan peluang untuk menjadi pengendali mereka sendiri. Daripada aplikasi pada telefon pintar mereka atau melalui laman sesawang win, pelanggan dapat berinteraksi terus dengan sistem IT inwi. Mereka boleh melakukan segala-galanya sendiri, tanpa perlu ke kedai atau menghubungi bahagian khidmat pelanggan, mereka boleh mengkonfigurasi tawaran mereka, melanggan dalam talian, menerima kad SIM dan mendapat sokongan sepanjang masa melalui robot sembang (chatbot).

Pasukan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan persekitaran ini telah berinteraksi secara langsung dengan pelanggan sasaran mereka bagi mendapatkan gambaran harapan mereka, tabiat digital mereka selain aspirasi dan keinginan dari segi digital dan telekomunikasi.

Matlamat win adalah untuk menawarkan setiap orang dengan pengalaman unik, intuitif dan mudah dengan harga tiada tandingan serta kefleksibelan lengkap untuk mengkonfigurasi tawaran data dan suara mereka. Selain itu, pelanggan win mendapat manfaat daripada kecemerlangan rangkaian inwi, tersenarai sebagai rangkaian data terbaik di Maghribi bagi tahun 2017 dan 2018 oleh nPerf.

Bagi menjayakannya, inwi bekerjasama dengan peneraju-peneraju dunia dalam transformasi digital serta dalam pengurusan serta pembangunan hubungan pelanggan iaitu Salesforce, Vlocity dan Mirum-wpp.

"win ialah persekitaran digital natif yang bergantung pada sistem Salesforce dan Vlocity. Inilah yang menjadikan win sebagai penampilan sulung di seluruh dunia dalam sektor telekomunikasi," kata Matthieu Dumont, Naib Presiden Kanan Serantau Salesforce.

Menerusi pelancaran win, inwi telahpun menjadi pengendali telekomunikasi masa depan - pengendali yang sanggup dan bersedia menyokong dan meramalkan evolusi penggunaan serta tingkah laku penggunaan rakyat Maghribi.

https://win.ma/ 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/869954/win_inwi_Logo.jpg

Source: inwi
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Wireless Communications New products/services