omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

YSL Beauty Station: Kembara Jalanan Muzik yang Unik di Tengah-tengah Palm Springs bersama Kaia Gerber & Tom Pecheux

2019-04-15 16:27

PALM SPRINGS, California, 15 April 2019 / PRNewswire / - Gambar lembah padang pasir California yang disimbahi mentari, di mana pencinta muzik berhimpun. Jalan berdebu, dibarisi pohon palma; sebuah stesen gas kelihatan dalam jerebu panas dari kejauhan. Namun apa yang terlihat itu bukanlah apa yang sebenarnya.

Kaia Gerber 1
Kaia Gerber 1

Untuk pertama kalinya pada tahun 2019, YSL Beauté menerobos sempadan dengan pengembaraan kecantikan ciptaan khas yang hebat tidak seperti yang lain, yang terletak di tengah-tengah Palm Springs; pelayaran ke fantasi muzikal jadi kenyataan.

Ikuti duta solek kami Kaia Gerber dan Tom Pecheux, Pengarah Kecantikan Global untuk YSL Beauté, apabila mereka membawa kita ke kembara perjalanan yang berani, Wira kami merentasi padang pasir dalam kembara yang hanya boleh diwujudkan oleh semangat YSL Beauté. Ketahui pengembaraan mereka dan dua penampilan menggegarkan yang dicipta khusus di saluran media sosial kami:

YouTube : https://youtu.be/Njj4NHdw2DI
Instagram : https://instagram.com/yslbeauty?utm_source=ig_profile_share&igshid=16ro6v1o1luvo

Hentian pertama, memandu melalui Cathedral City di Laluan 111, berhenti di YSL BEAUTY STATION, di mana papan tanda lipstik Rouge Volupte Shine tersergam tinggi, kereta bumbung terbuka dan bas pelancongan menunggu, di samping pam gas merah jambu yang mengejutkan dan lapangan yang dipenuhi belon berbentuk hati merujuk kepada hati balsam hitam asimetri Volupte Plump-in-color baharu.

Di belakang YSL BEAUTY STATION, masuklah ke POP-UP STORE (kedai sementara) untuk merasakan bahan solekan baharu dan terlaris jenama tatkala meneroka kempen-kempen Kaia Gerber.

Anda akan menikmati 4 ruang yang dikhususkan untuk:

  • Touche Eclat Radiant Touch, pena ikonik dan Touche Eclat High Cover, penutup cela tinggi yang kelihatan semula jadi
  • Rouge Volupte Shine, gincu pelembab yang legenda dan Volupte Plump-in-color, gincu baharu dengan hati balsam hitam dan keras yang subversif yang membuat bibir kita berasa lebih tebal
  • MAKE IT YOURS peluang eksklusif untuk menyesuaikan lipstik YSL kegemaran anda
  • Solekan Palm Springs Tom Pecheux Palm

Selain produk, pelawat akan mengalami detik-detik interaktif yang unik seperti mesin penjual solekan eksklusif, cermin maya untuk mencuba lebih daripada 50 warna serta merta, sekaligus meneroka penampilan yang menggemparkan oleh Pengarah Kecantikan Global, Tom Pecheux:

Editorial Look 1 "Watch Me Glow", Volupte Plump-in-color 1, Touche Eclat High Cover Dan pembayang mata Touche Eclat Shimmer Stick Meet Dazzling Sequin Sequin Crush 1, 4 dan 7, digabungkan untuk seri wajah yang terunggul.

Editorial Look 2 "Feel My Beat", di mana All Hours Foundation Dan Mascara Volume Effet Faux Cils Membintangi Di samping Rouge Pur Couture The Slim 1 dan 8 untuk kesempurnaan matte yang hebat, menjadikan solekan yang sempurna untuk malam.

Tinggalkan kenanganmu, cipta keistimewaanmu: jalan berdebu menanti di depan mata.

Kini hanya pesta yang menanti ...

#yslbeautystation
#yslbeauty

POP-UP STORE - CATHEDRAL CITY - ALLEN / ROUTE 111
WAKTU PEMBUKAAN:
12 April : 3PM8PM
13 April : 10AM8PM
14 April : 10AM8PM
 

LATAR BELAKANG YVES SAINT LAURENT BEAUTE 

Yves Saint Laurent Beauty memberikan jasad dan jiwa kepada gaya. Bebas sepenuhnya, ia menegaskan dirinya sebagai koleksi ikon, dengan setiap penciptaan didorong oleh keberanian, keremajaan dan avant garde. Dengan kebangkitan jiwa Saint Laurent, yang mempamerkan semangat berzaman selama hampir 40 tahun, YSL Beauty meneruskan hubungan cinta yang tanpa sekatan dengan wanita untuk mencipta, membentuk dan membangunkan kemodenan. Tiada kompromi. Peraturan anda sendiri. Sekarang.

http://www.yslbeauty.com 

generated by system

Kaia Gerber 2
Kaia Gerber 2

 

Kaia Gerber 3
Kaia Gerber 3

 

Kaia Gerber 4
Kaia Gerber 4

 

Still 1
Still 1

 

Still 2
Still 2

 

Hubungi:
Lars Seifert
Lars.SEIFERT@loreal.com

Source: YSL Beauty
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Art

Cosmetics & Personal Care

Entertainment

Household/Consumer/Cosmetics

Music

Retail

New products/services

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us