omniture

Carousell Peroleh Pelaburan daripada Naspers Wujudkan Pengalaman Iklan Kecil Terbaik-dalam-kelas di Asia Tenggara

Carousell
2019-04-16 13:00 441

Pasaran dalam talian peroleh OLX Philippines susulan pelaburan  

SINGAPURA, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Carousell, salah satu pasaran iklan kecil yang terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia menerima pelaburan daripada Naspers, melalui cabang perniagaan iklan kecilnya, OLX Group. Perjanjian ini turut menyaksikan Carousell memperoleh OLX Philippines, dengan matlamat bersama untuk menawarkan perkhidmatan kepada komuniti Filipina bagi membeli dan menjual secara dalam talian dengan ciri kemudahan dan kefleksibelan yang lebih hebat. Jumlah nilai perjanjian ini bernilai US$56 juta dan memberikan OLX Group kira-kira 10% kepentingan dalam Carousell.

Pelaburan daripada Naspers, salah satu pelabur teknologi yang terbesar di dunia, memberi nilai kepada Carousell mencecah lebih US$550 juta dan merupakan bukti kebolehan Carousell untuk membangunkan penyelesaian pasaran iklan kecil dalam talian yang bertaraf dunia di Asia Tenggara. Setakat ini, Carousell mencatatkan kadar penglibatan dan masa diperuntukkan yang tertinggi antara kesemua pengusaha pasaran dalam talian. Selain itu, kemajuan Carousell dalam produk dan teknologi inovatif, digandingkan dengan pengalaman tempatan OLX Philippines dalam mengurus iklan kecil dalam talian akan memberikan pengalaman pengguna yang lancar pada platform tersebut.

OLX Philippines, sebahagian daripada OLX Group, mempunyai kepakaran selama 13 tahun dalam bidang iklan kecil dalam talian. Syarikat tersebut kini merupakan laman iklan kecil dalam talian yang terbesar di negara berkenaan, dengan lebih 6 juta pengguna unik bulanan.

"Pelaburan oleh Naspers akan membolehkan kami mempercepatkan usaha pengukuhan kepimpinan kami di Asia Tenggara dan juga kadar inovasi kami. Kami akan terus memperdalam kepakaran kami dalam bidang teknologi dan AI untuk memberi nilai, kepercayaan dan kemudahan yang lebih besar kepada pengguna kami. Kami bersyukur atas sokongan padu daripada pelabur-pelabur baharu dan sedia ada, dan keyakinan mereka terhadap keupayaan, semangat terhadap misi dan visi produk kami," kata Quek.

"Kami teruja untuk mengukuhkan kehadiran kami di Asia melalui syarikat yang pantas berkembang seperti Carousell yang mempunyai pengetahuan mendalam di seluruh rantau. Kami berharap dapat belajar daripada mereka dan berkongsi pengalaman kami sendiri dalam mengendalikan pasaran yang mengalami kadar pertumbuhan tinggi merentas lima benua. Kami bersama-sama percaya bahawa kami dapat menawarkan pengalaman iklan kecil yang paling baik kepada pasaran tempatan," kata Martin Scheepbouwer, Ketua Pegawai Eksekutif OLX Group.

Carousell akan menyepadukan operasi dan subsidiari-subsidiari OLX di Filipina dengan kerja-kerja penyepaduan dibuat secara berperingkat-peringkat sepanjang tahun tersebut. Raffy Montemayor, Pengurus Besar OLX Philippines, akan mengurus operasi Carousell dalam pasaran dan akan memimpin peralihan pelanggannya kepada platform baharu.

Source: Carousell
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Financing agreements