Pada tahun 2019, Aperol meraikan ulang tahun keseratusnya dengan beberapa aktiviti yang menghidupkan jenama dan sejarahnya
PADOVA, Itali, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Aperol, aperitif pahit manis berwarna jingga ikonik Itali yang menduduki tempat ke-9 dalam senarai koktel[1] yang paling laris terjual di dunia, mengumumkan perayaan ulang tahun keseratusnya dalam satu sidang akhbar di Padova, tempat terciptanya jenama ini. Diiktiraf di seluruh dunia kerana mendorong hubungan yang ceria dan mencipta pengalaman dikongsi yang tidak dapat dilupakan, Aperol meraikan 100 tahun keriangan.
Dilancarkan pada tahun 1919 di Pameran Antarabangsa Padua, Aperol dicipta oleh Barbieri bersaudara, Luigi dan Silvio, yang mencipta nama 'Aperol', diambil inspirasi daripada istilah Perancis untuk apéritif, 'Apéro'. Diperbuat dengan minyak sitrus yang diseduh dengan herba dan akar istimewa bagi menghasilkan gabungan yang diimbangi dengan sempurna, resipi asal masih dikekalkan dan menjadi rahsia sehingga ke hari ini. Aperol Spritz, sajian terkenal minuman ini, dikenali dan dinikmati di seluruh dunia, menciptanya sendiri dan menerajui kategori spritz di seluruh dunia, selayaknya mendapat tempat dalam senarai International Bartender Association (IBA), sebagai bahan penentu utama Spritz Veneziano. Sebagaimana ia pada hari ini, Aperol Spritz dinikmati secara tradisi di seluruh Veneto, di bar-bar Venice yang dikenali sebagai 'bàcari, yang melambangkan 'cara hidup Venice' yang mempromosi budaya untuk kekal bersama-sama, menikmati snek saiz gigitan seperti 'cicchetti' tradisional dan menghayati detik aperitif.
Bagi menandakan pencapaian seratus tahun berkenaan, Aperol memulakan beberapa perayaan di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2019, bagi mendorong hubungan yang ceria, menggunakan wadah komunikasi sejagat seperti seni, muzik dan Aperol Spritz yang menyatukan orang ramai di mana jua mereka berada.
EDISI TERHAD APEROL
Dari masa ke masa, Aperol menunjukkan pemahaman sebenar terhadap estetika moden yang diperlihatkan bukan sahaja pada warna jingga terang minuman ini, tetapi juga melalui botol ikoniknya. Bagi menandakan tahun yang penting itu, Aperol melancarkan label-label edisi terhad untuk diletakkan pada botolnya, yang setiap satunya benar-benar unik sifatnya, hasil daripada formula kromatik canggih yang akan mencipta semua variasi tunggal tak terhingga pada reka bentuk ikonik oleh artis Itali Lorenzo Mattotti (1990), yang memaparkan pasangan muda berdansa sambil memegang botol Aperol dan dua gelas penuh minuman yang jelas sifatnya ini.
GRAZIE VENETO (Terima Kasih Veneto)
Diberi nama operasi 'Grazie Veneto', Aperol ingin mengucapkan terima kasih kepada wilayah yang menyumbang kepada penyebaran global ritual Itali sosial 'tiada tolok bandingnya' ini, dengan meletakkan tiga karya seni bandar yang tidak dapat ditiru di Central Cavour Square di Padova, yang dijangka untuk diperkenalkan pada 28 Jun ini di tempat segala-galanya bermula 100 tahun lalu.
Melambangkan bagaimana ritual Veneto telah menerobos sempadan, tiga artis dari Itali, England dan AS, berhimpun untuk menafsirkan peranan jenama ini dalam mendorong hubungan yang ceria melalui seni moden dan ilustrasi pada objek harian, sofa. Sofa tersebut bukan sahaja menggambarkan sejarah dan warisan Aperol, tetapi juga menonjolkan nilai-nilai kukuh perkongsian dalam mantra jenama ini, 'Bersama Kita Bergembira' ('Together We Joy').
Syarikat reka bentuk terkemuka, Kartell, ditubuhkan di Itali 70 tahun lalu dan bersama-sama menyebarkan kebolehan Itali ke serata dunia, berganding bahu dengan Aperol, bagi menyediakan setiap artis dengan sofa luar Bubble ikonik mereka untuk diusahakan. Produk-produk yang telah siap akan diletakkan di luar untuk dinikmati oleh para peminat, bertujuan untuk mendorong hubungan yang ceria sesama orang ramai apabila mereka berkongsi detik-detik yang tidak dapat dilupakan, beriringan.
NOVEL GRAFIK
Aperol berkolaborasi dengan penulis buku komik ternama Tito Faraci, pengilustrasi Sergio Gerasi dan (Itali) Publishing House Gribaudo, bagi mencipta buku berilustasi tempahan khas yang dipenuhi dengan kisah-kisah menyeronokkan yang menghidupkan senario-senario hubungan yang ceria sejak jenama tersebut mula muncul 100 tahun lalu. Menceritakan kisah Aperol dengan cara kontemporari, novel grafik ini terdiri daripada tujuh kisah dalam bentuk lerang komik yang berlatarbelakangkan dekad-dekad serta pelosok dunia yang berbeza, bermula dari Padova ke New York, yang mana artis-artis mencipta susunan cerita, bermula dengan komedi kepada suspen dengan sentuhan romantis berserta warna jingga sebagai motif utama untuk menawan keajaiban hubungan manusia sepanjang tempoh seratus tahun lamanya. Orange Chronicles yang diterbitkan oleh Gribaudo akan tersedia untuk tujuan pembelian mulai Julai di rangkaian Feltrinelli dan perpustakaan bebas di seluruh Itali, secara dalam talian di Amazon dan laman sesawang Gribaudo bermula pada harga EUR 16.90 dalam bahasa Itali dan bahasa Inggeris.
JELAJAH MUSIM PANAS APEROL
Sepanjang musim panas, Aperol akan menjalankan Jelajah Musim Panas Aperol (The Aperol Summer Tour) di seluruh Itali dan negara-negara Pantai Eropah, termasuk Greece dan Malta, yang mana mereka akan memberi kejutan kepada pengguna dengan aperitif klasik di pantai tatkala kenderaan Amfibia berwarna jingga digunakan untuk mencipta bar-bar unik yang akan ditempatkan separuh di darat dan separuh lagi di laut. Aktiviti ini akan bermula di Tel Aviv, Israel, pada Mei ini. Bar-bar sementara spontan ini turut menyediakan stesen DJ, medium yang sempurna untuk mendorong hubungan yang ceria. Menyebarkan warna jingga yang menular merata-rata dan menakluki selera penggemar Aperol baharu di peringkat antarabangsa, ribuan individu akan menyertai perayaan ini.
Sergio Giordani, Datuk Bandar Padova berkata; "Hebat rasanya mempunyai jenama yang telah lama berakar umbi di bandar kita dan warisan wilayah ini begitu bersemangat untuk menyumbang kembali kepada kampung halamannya. Kami benar-benar tidak sabar untuk memperkenalkan hasil ciptaan artistik yang dibawakan oleh Aperol kepada Padova untuk menghimpunkan orang ramai – kesemuanya disediakan untuk musim panas menyeronokkan dengan hubungan ceria yang menjelang tiba. Kami berasa gembira kerana sambutan menyeronokkan ini akan berlaku serentak dengan sambutan seratus tahun Pameran Antarabangsa Padua, yang mana Aperol mula dilancarkan oleh Barbieri bersaudara 100 tahun lalu."
Andrea Neri, Pengarah Urusan Ikon-ikon Itali Campari Group, mengulas: "Aperol ialah jenama yang bertujuan untuk menghimpunkan orang ramai dari seluruh dunia menggunakan wadah komunikasi sejagatnya. Dalam tahun yang begitu istimewa, kami berasa amat gembira untuk mengusahakan sebuah projek global sebesar ini yang akan terngiang-ngiang di telinga peminat-peminat Aperol mahupun pengguna baharu di empat pelosok dunia. Sebagai ikon Itali yang sebenar, Aperol berjaya menyebarkan falsafah dan cara hidupnya merentas sempadan – kami dapat melihat musim panas berwarna jingga yang menjelang tiba!"
Awal tahun ini, Aperol turut melancarkan kempen baharu mereka, 'Together We Joy', mengunjurkan 100 tahun jenama lama itu menuju masa depan, menerusi video yang memaparkan keterkaitan Aperol dan semangat ceria yang mengalir dari jenama ini.
https://www.aperol.com/
https://www.facebook.com/AperolSpritz/
@aperolspritzofficial
#aperol100 #aperolspritz
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/871974/Aperol.jpg
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/871975/Aperol.jpg
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/871976/Aperol.jpg
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/871977/Aperol.jpg
Photo - https://mma.prnewswire.com/media/871978/Aperol.jpg