omniture

ZEE5 Bawakan Allu Ramaendran, Auto Shankar, Fakir of Venice dan Banyak Lagi kepada Penonton Globalnya

ZEE5
2019-04-17 13:10 305

Barisan bintang handalan termasuk Kunchacko Boban, Sarath Kumar, Farhan Akhtar dan Emraan Hashmi  

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- Selepas tayangan perdana digital bertaraf global untuk rancangan sensasi blokbuster seperti SimbaaUriNamaste England dan Veere Di WeddingZEE5 memperkenalkan satu lagi barisan tayangan perdana digital dan rancangan asal padat dengan drama dan dibarisi bintang handalan untuk penonton antarabangsanya.

Archana_Anand_ZEE5_Global
Archana_Anand_ZEE5_Global

Membawakan yang paling baik daripada hiburan desi kepada penonton serata dunia, barisan rancangan ZEE5 untuk bulan April termasuk Tayangan Perdana Digital Dunia The Fakir of Venice dibintangi oleh Farhan Akhtar, Why Cheat India dibintangi oleh Emraan Hashmi serta Blokbuster Selatan Boomerang (Tamil) dan Allu Ramaendran (Malayalam). Kesemua ini digandingkan dengan pelbagai Rancangan Asal ZEE5 seperti musim akhir bagi Karenjit Kaur – The Untold Story of Sunny Leone dan POISON, yang dibintangi oleh Arbaaz Khan dalam penampilan sulung digital beliau.

Rancangan Asal ZEE5 Akan Datang juga termasuk;

  • Siri Tamil Auto Shankar, yang berdasarkan kisah benar yang mengerikan tentang pembunuh bersiri Gowri Shankar dan kumpulannya yang melakukan enam pembunuhan antara tahun 1988 dan 1989. Dibintangi oleh Sarath Kumar, siri ini akan ditayangkan julung kalinya pada 23 April. 
  • High Priestess , kisah mendebarkan dengan kuasa sakti Telugu yang mengikuti kehidupan pembaca kad tarot yang menggunakan kelebihannya bagi menyelamatkan kliennya. Dibintangi oleh Amala Akkineni, Varalaxmi Saratkumar, siri ini akan ditayangkan julung kalinya pada 25 April.

Di samping itu, Rancangan Asal Hindi The Final Call (Arjun RampalAbhay (Kunal Khemu) dan The Sholay Girl kini turut tersedia dalam bahasa Tamil, Telugu, Bangla, Kannada, Marathi dan juga Malayalam.

Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan – ZEE5 Global , berkata, "Di ZEE5, seluruh tumpuan kami adalah untuk menghidupkan kisah-kisah hebat dan berkongsi kisah-kisah tersebut bersama penonton kami di seluruh negara. Kami mempunyai barisan cerita yang hebat untuk bulan April yang merentas genre dan juga tema, kesemuanya disokong oleh barisan pelakon yang cemerlang. Saya berasa gembira untuk berkongsi kisah-kisah ini bersama penonton ZEE5 kami di seluruh dunia." 

ZEE5 disediakan melalui Google Play Store, iOS App Store,www.ZEE5.com serta Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Perhubungan Akhbar: 
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com  
+91-98202-98575

Cik Louane Simone Rodrigues
Louane.Rodrigues@zee.esselgroup.com  
+91-78754-98111

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/808397/ZEE5_Logo.jpg  
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/818490/Archana_Anand_ZEE5_Global.jpg  

Source: ZEE5
Related Links:
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Telecommunications Television New products/services