omniture

Collectcent Lancar Meja Bantuan Khusus bagi Pelaksanaan App-ads.txt Untuk Penerbit Aplikasi dan OTT

Collectcent
2019-04-17 13:16 294

GURUGRAM, India dan NEW YORK, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- Bagi memerangi masalah penipuan iklan dalam pengiklanan secara dalam talian, Interactive Advertising Bureau (IAB) Tech Lab - badan Industri Pengiklanan yang membangunkan piawaian teknikal untuk mendorong pertumbuhan ekosistem media digital yang berkesan - melancarkan App-ads.txt untuk Penerbit Aplikasi pada Mac awal tahun ini. Pelaksanaannya akan menghasilkan ketelusan yang lebih tinggi dan meningkatkan kualiti pasaran dalam persekitaran pengiklanan aplikasi.

Hal ini selari dengan piawaian industri ads.txt yang diperkenalkan oleh IAB pada tahun 2017 untuk penerbit Web yang membantu memantau penipuan iklan dalam domain programatik web dan menghasilkan keuntungan lebih tinggi untuk penerbit web sebenar.

Kesan paling penting dalam menerima pakai App-ads.txt oleh Penerbit Aplikasi adalah tidak lama lagi, DSP hanya akan membeli inventori yang mempunyai fail App-ads.txt. Pembangun yang tidak melaksanakan App-ads.txt berkemungkinan akan disingkirkan daripada kumpulan media sasaran DSP. Justeru itu, pengisytiharan penjual-penjual sah akan membantu penerbit menerima perbelanjaan jenama yang lebih besar daripada pengiklan yang sebaliknya mungkin akan menjadi milik pengusaha yang tidak baik dalam pasaran.

Dengan App-ads.txt, penerbit sebenar kini akan berupaya menjana keuntungan daripada CPM yang lebih tinggi, harga yang kompetitif untuk inventori mereka dan menjangkakan pulangan yang lebih baik.

Untuk Collectcent, pengguna awal App-ads.txt, ketelusan adalah aspek utama dalam model perniagaannya. Syarikat bekerja keras secara kolektif dengan penerbit-penerbitnya bagi penerimaan pantas App-ads.txt untuk iklan-iklannya yang disahkan.

Somnath Karmokar, Pengarah - Perkongsian Penerbit di Collectcent berkata,"Penerbit merupakan elemen utama perniagaan kami dan kami ingin bersama-sama berusaha ke arah ekosistem yang lebih telus. Menurut laporan Industri, pengiklanan programatik dalam-aplikasi Mudah Alih mempunyai kadar IVT 23% pada suku tahun keempat. Justeru itu, untuk pelaksanaan App-ads.txt yang lebih pantas, kami menggunakan secara aktif meja bantuan khusus sepanjang masa untuk menyediakan perkhidmatan kepada penerbit merentas zon waktu yang mungkin mendapati pelaksanaannya sukar."

Latar Belakang Collectcent: 

Syarikat kini meraih keuntungan dan menghasilkan pendapatan untuk ribuan penerbit aplikasi dan web serta melaksanakan lebih 3.5 bilion impresi Paparan, Natif dan Video sehari di seluruh dunia. Teknologi dioptimumkan secara automatik yang unggul menyokong semua kaedah penyepaduan penerbit utama seperti Tag-based, Header Bidding, API dan SDK.

Perhubungan Media: hello@collectcent.com 

LOGO: https://mma.prnewswire.com/media/827810/Collectcent_Logo.jpg

 

Source: Collectcent
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research