omniture

Microsoft tingkatkan pembayaran karbon sambil umum komitmen untuk kukuhkan lagi kemampanan

Microsoft Corp.
2019-04-17 21:37 286

Dimaklumkan oleh kajian baharu daripada PwC UK yang menunjukkan AI dapat merangsang KDNK global sehingga 4.4% dan mengurangkan emisi sebanyak 4% menjelang tahun 2030, Microsoft memberi komitmen kepada pendekatan mengutamakan teknologi bagi mendorong kemajuan merentas operasi, produk, pelanggan dan sains data  

REDMOND, Washington, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, Presiden Microsoft Brad Smith berkongsi wawasan syarikat untuk lagi aspek kemampanan, menerusi satu hala tuju yang akan menjadikan kemampanan sebagai tumpuan utama dalam segenap bahagian perniagaan dan teknologi bagi memberikan hasil yang mampan.

Microsoft company logo. (PRNewsFoto/Microsoft Corp.)
Microsoft company logo. (PRNewsFoto/Microsoft Corp.)

"Magnitud dan kepantasan perubahan alam sekitar dunia menjadikannya semakin jelas bahawa kami perlu melakukan lebih lagi dan hari ini Microsoft mengambil langkah untuk melaksanakannya," kata Smith. "Kami mengambil tindakan untuk mengatur urusan kami sendiri dan dalam masa yang sama semakin menangani cabaran kemampanan di seluruh dunia dengan melibatkan aset-aset kami yang paling kukuh sebagai sebuah syarikat – kakitangan dan teknologi kami."

Memimpin komitmen ini melibatkan peningkatan ketara terhadap pembayaran karbon dalaman syarikat kepada $15 setiap tan metrik untuk semua emisi karbon. Cukai dalaman Microsoft diwujudkan tujuh tahun lalu bagi memastikan semua divisyen perniagaan bertanggungjawab dari segi kewangan bagi mengurangkan emisi karbon. Dana daripada peningkatan bayaran ini akan mengekalkan keneutralan karbon Microsoft selain membantu Microsoft mengambil pendekatan mengutamakan teknologi yang akan menjadikan kemampanan sebagai tumpuan utama dalam setiap aspek perniagaannya.

Komitmen-komitmen penting yang lain termasuk:

  • Membina kampus-kampus dan pusat-pusat data mampan, termasuk kampus "sifar-karbon" di Puget Sound dan menginovasi bagi mengurangkan karbon di kampus-kampus seluruh dunia. 
  • Mempercepatkan kajian melalui sains data dalam program AI untuk Bumi (AI for Earth) dengan set data baharu serta API sumber terbuka untuk aplikasi alam sekitar.
  • Bekerjasama dengan pelanggan sedia ada dan baharu bagi memacu transformasi mampan dengan awan, peranti dan penyelesaian rendah-karbon.
  • Menyokong perubahan dasar alam sekitar, termasuk menyertai Majlis Kepimpinan Karbon bagi menyokong rangka kerja untuk harga karbon negara.

Di samping itu, Microsoft mengumumkan bersama PricewaterhouseCoopers UK (PwC UK) tentang kajian baharu yang menunjukkan potensi AI untuk mendayakan pertumbuhan ekonomi sekaligus mengurangkan emisi gas rumah hijau. Dengan memberi tumpuan kepada empat sektor utama iaitu pertanian, tenaga, air dan pengangkutan, laporan kajian mendapati bahawa kemajuan menggunakan AI dapat menghasilkan peningkatan setinggi 4.4% dalam KDNK global dan pengurangan 4% dalam emisi gas rumah hijau global di samping mencipta sebanyak 38 juta peluang pekerjaan baharu di seluruh dunia.

Pengumuman ini dibuat berdasarkan lebih sedekad usaha terhadap isu ini termasuk mengurangkan emisi karbon dan membeli lebih 1.5 GW tenaga boleh diperbaharui selain bekerjasama dengan pelanggan bagi memacu transformasi mampan dan juga komitmen sebanyak $50 juta kepada AI untuk Bumi.

Tulisan blog dengan butiran tambahan boleh didapati di sini. Laporan penuh PwC boleh dilihat di sini.

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan pintar dan pinggir pintar. Matlamatnya adalah untuk memperkasa setiap individu dan setiap organisasi di seluruh dunia untuk mencapai lebih banyak kejayaan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Conservation/Recycling Canadian Federal Government