omniture

Huawei Enterprise Business Group Terajui ICT Baharu: Kecerdasan, Ketersambungan dan Platform Digital

Huawei
2019-04-17 23:11 554

SHENZHEN, China, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- Huawei memulakan Sidang Kemuncak Penganalisis Global (HAS) tahunan kali ke-6 semalam di Shenzhen, China. Di acara ini, Huawei Enterprise Business Group (Huawei Enterprise) bersama-sama Vanke dan Shenzhen Big Data Research Institute of Smart City, selain penganalisis-penganalisis global dan pemimpin-pemimpin pendapat bersama-sama membincangkan tentang kepentingan ketersambungan dan kecerdasan ketika perusahaan dan kerajaan berhasrat untuk mempercepatkan peralihannya kepada platform digital.

Dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk "Menerajui ICT Baharu – Kecerdasan, Ketersambungan dan Platform", Qiu Heng, Presiden Pemasaran Global, Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Kedudukan baharu Huawei Enterprise adalah untuk menyediakan ketersambungan merata dan kecerdasan pervasif kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan, bersama-sama rakan kongsi kami. Dengan mencipta platform digital yang menyepadukan ICT baharu, kami komited untuk membina asas ICT yang kukuh untuk dunia digital, lalu membantu pelanggan menyelesaikan transformasi digital mereka."

Dalam ketersambungan, bidang yang dipimpin oleh Huawei, Qiu Heng menonjolkan AirEngine, Wi-Fi 6 AP yang disokong oleh teknologi 5G Huawei dan juga CloudEngine, rangkaian pusat data paling pantas untuk era AI. Qiu Heng menjelaskan bahawa Huawei mendayakan kecerdasan pervasif dengan menggabungkan AI ke dalam produk, penyelesaian awan dan industrinya. Beliau memperkenalkan Kamera AI Tentuan Perisian pertama dunia, seraya menunjukkan bahawa kekuatan Huawei terletak bukan sahaja pada fungsi-fungsi kamera telefon bimbit, tetapi juga dalam kamera tahap-perusahaan. Qiu Heng turut berkongsi bagaimana All-Flash OceanStor Dorado Huawei menyertakan keupayaan pintar dan merupakan penyelesaian storan Kilat-Sepenuhnya (All-Flash) yang terpantas di dunia.

Platform digital Huawei percepatkan transformasi digital industri-industri vertikal 

Platform digital Huawei menangani cabaran teras dalam transformasi digital, iaitu bagaimana untuk menghubungkan dunia fizikal dan digital bagi mengaktifkan data dorman dalam dunia fizikal. Platform pendayaan industri menghubungkan data IT dan OT, mengagregatkan keupayaan pelbagai industri dan terus mengumpul pengetahuan industri berdasarkan keperluan industri. Ia juga menghubungkan pembangun industri dengan lancar untuk mempercepatkan inovasi dan memudahkan pembangunan pesat industri-industri vertikal.

Simon Li, Pengurus Besar Bersekutu, Wanyi Technology, Vanke, berkongsi bagaimana platform digital Huawei membolehkan Vanke mengalami transformasi secara digital. Beliau berkata: "Model berbilang perniagaan, berbilang lokasi dan berbilang perkhidmatan meletakkan keperluan baharu untuk pendigitan Vanke. Huawei menyediakan platform digital yang menyepadukan teknologi-teknologi seperti Data Raya, IoT dan AI bagi membantu kami membangunkan pelbagai perniagaan luar talian dan Vanke dalam talian seragam melalui kampus digital pintar. Hasilnya, kami dapat mencapai fungsi-fungsi berasaskan perkhidmatan, perkhidmatan berasaskan produk, produk berasaskan platform dan platform berasaskan ekosistem."

Chen Dongping, Presiden, Shenzhen Big Data Research Institute of Smart City, turut menghadiri sidang kemuncak ini. Beliau menyatakan harapan beliau untuk masa depan: "Perbezaan antara platform digital bagi era digital dan platform pengmaklumatan era perindustrian terletak pada hakikat bahawa platform digital menyokong seluruh bandar, manakala platform pengmaklumatan hanya menyokong sebuah industri. Tanpa platform digital peringkat-bandar yang seragam, tidak akan wujud bandar pintar atau kerajaan digital yang sebenar."

AirEngine, Wi-Fi 6 AP disokong oleh teknologi 5G Huawei, pacu ketersambungan dan kecerdasan

Produk-produk unggulan Huawei Enterprise menerajui pasaran dalam bidang ketersambungan dan kecerdasan. Hal ini jelas dengan AirEngine Huawei, Wi-Fi 6 AP komersial pertama dunia, yang memanfaatkan teknologi 5G Huawei untuk mencapai kadar daya pemprosesan tertinggi dalam industri. Menurut laporan ujian daripada Tolly, makmal ujian bebas yang terkemuka, Wi-Fi 6 Huawei adalah 1 Gbps lebih pantas berbanding tawaran kompetitif yang paling hampir. Dengan bergantung pada teknologi Radio Pintar 5G, kawasan liputan Wi-Fi 6 Huawei adalah 40% lebih besar berbanding standard Wi-Fi 6 industri. Dengan mengaplikasikan teknologi pemecutan, Wi-Fi 6 Huawei mempunyai kadar kependaman serendah 10ms, iaitu lebih rendah berbanding standard Wi-Fi 6 industri sebanyak 50%, seraya tiada getaran dialami apabila menggunakan Realiti Maya (VR) mahupun Realiti Imbuhan (AR). Dengan mengaplikasikan teknologi mudah alih selular 5G kepada Wi-Fi, Wi-Fi 6 Huawei dapat mencegah Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) daripada kehilangan paket data semasa pensuisan AP dan boleh mengelilingi sekitar kampus dengan prestasi tinggi.

Strategi "Platform + AI + Ekosistem" Huawei Enterprise menumpu pada kerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan fungsi ketersambungan merata dan kecerdasan pervasif kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan. Di samping itu, Huawei menyediakan platform digital yang menyepadukan pelbagai ICT baharu untuk membantu pelanggan menyelesaikan transformasi digital mereka. Pada masa kini, lebih 700 bandar di seluruh dunia dan 211 syarikat Fortune Global 500 termasuk 48 daripada 100 yang teratas, memilih Huawei Enterprise sebagai rakan kongsi mereka dalam transformasi digital.

Sidang Kemuncak Penganalisis Global Huawei 2019 berlangsung mulai 16 hingga 18 April menerusi pelbagai sesi selari. Para hadirin melibatkan pakar-pakar industri dari seluruh dunia, kesemuanya memberikan pandangan unik terhadap pelbagai topik dan juga trend. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi: https://www.huawei.com/en/press-events/events/has2019

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment