omniture

CLiQQ 7-Eleven bersama CleverTap Bakal Dorong Penglibatan Pelanggan Berkesan untuk Aplikasi Pembayaran Digital

CleverTap
2019-04-17 23:42 330

Syarikat gergasi jualan menggunakan platform pengurusan kitaran hayat pelanggan CleverTap untuk mendorong strategi penglibatan dan pengekalan pengguna dalam talian dan dalam kedai yang berjaya   

SAN FRANCISCO, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform pengurusan kitaran hayat pelanggan, hari ini mengumumkan bahawa 7-Eleven Philippines, sebuah subsidiari rantaian jualan global, memilih platformnya bagi mendorong penglibatan dan pengekalan pengguna untuk CLiQQ, aplikasi pembayaran digital mereka.

CLiQQ ialah aplikasi mudah alih 7-Eleven Philippines rasmi untuk WiFi, Ganjaran dan Pembayaran. Menerusi keupayaan WiFi CLiQQ, pelanggan-pelanggan 7-Eleven mendapat akses mudah kepada internet menggunakan mata yang diperoleh ketika membeli di mana-mana kedai mereka di seluruh Filipina.

"Aktiviti aplikasi ini adalah amat penting buat kami di 7-Eleven kerana ia membantu membina hubungan digital langsung bersama pelanggan," kata Jason Jan Ngo, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat di Philippine Seven Corporation. Jan Ngo seraya menambah, "Kami melihat aplikasi ini sebagai satu penyelesaian sehenti; yang mana pelanggan kami mendapat mata apabila membuat pembelian di kedai dan membayar menggunakan aplikasi 7-Eleven sekaligus menjadikannya mudah untuk membayar bil mereka, memuatkan e-wang, memindahkan wang dan banyak lagi. Kami dapat melihat kumpulan pengguna kami berkembang dengan ketara pada tahun lalu. Dengan CleverTap, kami teruja kerana berupaya membina penglibatan waktu nyata bersama pelanggan merentas saluran termasuk aplikasi 7-Eleven, selain POS dalam kedai, kios dan juga laman sesawang."

"Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan 7-Eleven Philippines yang sinonim dengan transformasi digital. Kami dapat melihat peluang yang amat besar dalam pasaran Asia Tenggara dan komited untuk membantu jenama-jenama mengekalkan pengguna mereka sepanjang hayat. Matlamat kami adalah untuk menyediakan 7-Eleven dengan sumber kebenaran tunggal dengan menyatukan data daripada pelbagai sumber serta membantu mereka membina hubungan pelanggan jangka panjang secara meluas," kata Anand Jain, Pengasas Bersama CleverTap. Beliau seterusnya menambah, "Perniagaan CLiQQ berkedudukan unik memandangkan ia memiliki nilai jenama kukuh yang berpunca daripada konglomerat 7-Eleven. Walaupun tidaklah menghairankan bahawa ia menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun di wilayah tersebut sejak kebelakangan ini, ia banyak menyumbang kepada pertumbuhan kumpulan pengguna 7-Eleven. Dengan CleverTap, mereka akan berupaya mengoptimumkan seluruh kitaran hayar pelanggan, bermula dengan pergaulan kepada pengekalan dan memaksimumkan nilai sepanjang hayat pelanggan - menjurus kepada kesetiaan jenama dan peningkatan penembusan pasaran."

Latar Belakang CleverTap

CleverTap ialah platform pengurusan kitaran hayat pelanggan yang membantu jenama-jenama membawakan pengalaman pelanggan yang menarik secara meluas. Lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, Domino's Pizza, GO-JEK, Cleartrip dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga utama termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

Perhubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Mobile Entertainment Retail Telecommunications Licensing/marketing agreements