omniture

Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat ke-9 Rangsang Pembangunan Xi'an Sebagai Hab Logistik Sepanjang Jalur dan Jalan

Xi'an Municipal Government
2019-04-20 04:14 475

XI'AN, China, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat kali ke-9 (Ekspo), perhimpunan ulung dalam kalangan pemimpin dan pakar dalam industri pengangkutan serta logistik di China, dan juga Minggu Logistik Antarabangsa China kali ke-16, memulakan satu dialog bagi menjadikan bandar raya Xi'an di wilayah Shaanxi China sebagai hab pengangkutan dan logistik antarabangsa sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China. Acara selama seminggu itu, dianjurkan dengan kerjasama Qingdao Harbor, bertujuan untuk menyumbang bagi pembinaan platform, saluran dan rangkaian logistik untuk bandar raya tersebut dengan menghubungkan negara-negara Eurasia melalui projek-projek infrastruktur pengangkutan dan logistik baharu.

Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat ke-9 Rangsang Pembangunan Xi'an Sebagai Hab Logistik Sepanjang Jalur dan Jalan
Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat ke-9 Rangsang Pembangunan Xi'an Sebagai Hab Logistik Sepanjang Jalur dan Jalan

Peserta-peserta di Ekspo tersebut melibatkan perniagaan-perniagaan dalam bidang logistik dan pengangkutan pintar, membawakan sepuluh sektor seperti teknologi, peralatan dan platform, pembangunan pelabuhan, pembinaan landasan kereta api dan pengangkutan pintar.

Pembangunan perdagangan, logistik dan perkhidmatan pembantu memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial mampan Xi'an dalam kerangka BRI. Acara tersebut, yang menumpu pada sumber dan peluang global, mendedahkan saling sambungan yang cekap antara China dan syarikat-syarikat logistik antarabangsa, dengan topik-topik yang berbeza-beza bermula dengan pengoptimuman laluan pengangkutan kepada penyelarasan global dan zon ekonomi dikongsi.

"Kami dapat melihat potensi yang besar untuk bandar-bandar Cina seperti Xi'an dalam pembangunan logistik dan pengangkutan bermula dengan infrastruktur kepada keupayaan perkhidmatan. BRI menawarkan peluang yang unik buat kami," kata pegawai Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat. "Ekspo ini menghimpunkan ahli-ahli profesional dan syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman mereka dalam berganding bahu untuk memanfaatkan faedah-faedah yang ditawarkan oleh BRI serta mempromosikan faedah-faedah berkenaan kepada rakan-rakan kongsi kami dalam perniagaan dan dasar."

Tatkala pasaran domestik berkembang, peluang-peluang perniagaan meningkat dalam segmen-segmen. Setelah menangani struktur kos dan isu-isu pengangkutan berbilang mod sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bandar raya tersebut berminat untuk mempromosikan kerjasama berasaskan BRI dalam bidang logistik dengan meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan dan menstrukturkan semula sistem logistik serta dengan menggunakan pendekatan praktikal bagi mewujudkan persekitaran pasaran yang adil dan telus untuk pengusaha-pengusaha bagi membentuk rantaian bekalan mereka.

Pendekatan yang dibincangkan semasa Ekspo tersebut juga melibatkan pengaplikasian teknologi logistik pintar. Dengan memanfaatkan pembangunan negara dalam tempoh 10 tahun akan datang, industri logistik bandar raya berkenaan dapat membantu membentuk sistem di China dan sepanjang BRI yang dapat mencapai peruntukan sumber dan kualiti perkhidmatan yang optimum, mengurangkan kos sosial dan transaksi dalam saluran, hab serta rangkaian logistik menggunakan teknologi pintar termasuk IoT, 5G, kecerdasan buatan dan juga pengkomputeran awan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara tersebut, sila kunjungi http://www.xa.gov.cn/ptl/index.html 

Latar Belakang Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat

Dicipta oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Xi'an pada tahun 2010 lantaran keutamaan yang dikemukakan oleh Majlis Negeri serta Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China, Ekspo Industri Logistik Antarabangsa China Barat (Ekspo) merupakan perhimpunan ulung dalam kalangan pemimpin dan pakar dalam industri pengangkutan serta logistik di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190418/2440233-1

Source: Xi'an Municipal Government
Related Links:
Keywords: Transportation Trade show news