![]() |
Konsortium Rakan-rakan Kongsi Perkhidmatan Profesional Seluruh Asia Tenggara Sediakan Reka Bentuk, Pelaksanaan, Sokongan dan Latihan Rentas Rantau untuk Penyelesaian Ivanti
SALT LAKE CITY, 22 April 2019 /PRNewswire/ -- Ivanti, syarikat yang menyatukan IT untuk mengurus dan menjamin tempat kerja digital yang lebih baik, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian dengan Tritanium, konsortium yang terdiri daripada penjual semula dan rakan kongsi perkhidmatan profesional di Asia Tenggara, bagi menyokong reka bentuk, pelaksanaan, perkhidmatan dan latihan rentas sempadan untuk produk-produk Ivanti. Konsortium ini, yang kini meliputi negara-negara Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura, menawarkan pelanggan dengan titik hubungan tunggal untuk perkhidmatan profesional di seluruh rantau berkenaan tanpa pelbagai perjanjian dan kontrak.
"Tatkala kami terus meluaskan capaian kami ke seluruh Asia, penting untuk mendayakan perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh pelanggan kami, dengan ciri kesederhanaan rentas desa," kata Jerry Tng, Naib Presiden, APAC, Ivanti. "Melalui jalinan kerjasama dengan Tritanium, kami mampu menawarkan perkhidmatan perundingan bertaraf dunia, termasuk pelaksanaan dan penggunaan, selain pendidikan dan latihan yang diperakui Ivanti untuk pelanggan yang kami hargai di rantau Asia Tenggara."
Konsortium Tritanium terdiri daripada rakan-rakan kongsi penyelesaian dan perkhidmatan bertauliah di Asia Tenggara, termasuk Crossroad Solution Consulting Inc.; Impact Business Solutions Sdn Bhd; Innovads Sdn Bhd; dan PT Jesem Solusi. Setiap organisasi ini merupakan rakan-rakan kongsi sedia ada Ivanti, yang menyertai ekosistem rakan kongsi syarikat susulan pemerolehan HEAT Software oleh Ivanti pada Januari 2017.
"Kami bertuah kerana diundang oleh Ivanti untuk membentuk satu konsortium yang menyediakan sokongan perkhidmatan profesional kepada pelanggan Ivanti di seluruh Asia Tenggara," kata Steve Wong, Pengarah, Crossroad Solution Consulting Inc. "Kami mengharapkan hubungan yang saling menguntungkan apabila kami berkolaborasi untuk perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan bersama kami."
Ivanti: Kuasa IT Seragam.
Ivanti menyatukan Operasi-operasi IT dan Keselamatan untuk mengurus dan menjamin tempat kerja digital yang lebih baik. Bermula dengan komputer peribadi (PC) kepada peranti mudah alih, VDI dan pusat data, Ivanti menemui aset-aset IT di premis dan dalam infrastruktur awan, meningkatkan penyerahan perkhidmatan IT dan mengurangkan risiko dengan pemahaman dan pengautomatan. Syarikat juga membantu organisasi-organisasi memanfaatkan teknologi moden di gudang dan dalam seluruh rantaian bekalan bagi menambah baik penyerahan tanpa mengubah sistem bahagian belakang. Ibu pejabat Ivanti terletak di Salt Lake City, Utah serta mempunyai pejabat-pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.ivanti.com dan ikuti @GoIvanti.
Hak Cipta © 2019, Ivanti. Hak cipta terpelihara.
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/613276/IvantiLogo_Logo.jpg