omniture

Kaneka Americas Holding, Inc. umum penubuhan Bahagian Biopolimer baharu beribu pejabat di Houston, Texas untuk mula jual sebatian plastik boleh urai berasaskan tumbuhan di Amerika Syarikat

Kaneka Americas Holding, Inc.
2019-04-24 19:21 291

HOUSTON, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Kaneka Americas Holding, Inc. dengan bangganya mengumumkan penubuhan Bahagian Biopolimer baharu di Houston. PHBH Kaneka ialah produk berasaskan tumbuhan yang menawarkan ciri kefleksibelan dan rintangan haba. Ia dihasilkan melalui proses bio-penapaian baharu yang menggunakan minyak tumbuhan boleh diperbaharui seperti stok makanan ternakan. Produk-produk kami bukan sahaja berasaskan bio dan boleh dijadikan kompos secara biologi dalam persekitaran aerobik, anaerobik atau marin, ia juga sangat kalis haba dan boleh bertindak sebagai penghalang kepada wap air.

Gred-gred kami stabil di bawah keadaan penggunaan harian. Dalam keadaan yang sesuai, di bawah suasana aerobik, anaerobik atau marin dalam persekitaran semula jadi, produk-produk ini akan mula terbiodegradasi.

PHBH telah diberikan Kelulusan Sentuhan Makanan oleh FDA dan sesuai untuk semua produk pempakejan makanan. PHBH boleh dibentuk menjadi banyak produk seperti cawan, kutleri, dulang makanan, pinggan dan sebagainya.

Kaneka telah mengeluarkan PHBH sejak tahun 2011 dan kini meluaskan kemudahan-kemudahannya di Takasago, Jepun. Kaneka berharap dapat mencari penyelesaian alternatif kepada produk-produk plastik guna sekali masa kini memandangkan syarikat menyedari adanya keperluan untuk membawa ke pasaran produk berasaskan tumbuhan yang akan membantu mengurangkan Pencemaran Lautan dan Tapak Pelupusan. Kini, dianggarkan bahawa kira-kira 8 Juta tan plastik berakhir di Lautan setiap tahun yang telah mencetuskan isu alam sekitar yang besar terhadap Lautan dunia.*

Untuk maklumat lanjut tentang PHBH Kaneka, sila hubungi:

Christiane Waldron
Pengarah Pembangunan Perniagaan
Kaneka Americas Holding, Inc.
Bahagian Biopolimer
Christiane.waldron@kaneka.com

Sumber Rujukan
* https://news.nationalgeographic.com/news/2015/02/150212-ocean-debris-plastic-garbage-patches-science/

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/524922/Kaneka_Americas_Holding_Inc___Logo.jpg

Source: Kaneka Americas Holding, Inc.
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Food/Beverages Organic Food Corporate Expansion