omniture

MGID Menang Dua Anugerah Perak Stevie® dalam Anugerah Stevie® Asia-Pasifik 2019

MGID
2019-04-25 00:30 273

SINGAPURA, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- MGID dinamakan sebagai pemenang dua Anugerah Perak Stevie® dalam Anugerah Stevie® Asia-Pasifik tahunan keenam. MGID memenangi Anugerah Perak Stevie® bagi Inovasi dalam Pembangunan Teknologi (bahagian Industri Perkhidmatan Lain) dan Anugerah Perak Stevie® untuk Kecemerlangan bagi Inovasi dalam Industri Produk & Perkhidmatan Perniagaan (bahagian lebih 100 Kakitangan).

Lebih 900 pencalonan daripada organisasi-organisasi di seluruh rantau Asia-Pasifik dipertimbangkan tahun ini dalam kategori-kategori seperti Anugerah untuk Kecemerlangan bagi Inovasi dalam Produk & Perkhidmatan, Anugerah untuk Pengurusan Inovatif dan Anugerah bagi Inovasi dalam Laman Sesawang Korporat, antara lain. MGDI memenangi anugerah-anugerah dalam kategori-kategori bagi bahagian Inovasi dalam Teknologi dan bahagian Kecemerlangan dalam Inovasi Korporat.

Pemenang-pemenang Anugerah Emas, Perak dan Gangsa Stevie ditentukan oleh purata skor oleh lebih 100 eksekutif dari seluruh dunia yang bertindak sebagai hakim-hakim pada Mac dan April.

Butiran tentang Anugerah Stevie® Asia-Pasifik dan senarai pemenang Anugerah Stevie® disediakan di http://asia.stevieawards.com/.

"Kemajuan teknologi produk kami merupakan asas kepada pembangunan MGID," ulas Nickolas Rekeda, Ketua Pegawai Pemasaran MGID. "Kami menganalisis pasaran-pasaran dengan teliti dan menyepadukan kebergantungan serantau yang kami temui dalam algoritma pemadanan pengguna-kepada-produk MGID. Tugas utama kami adalah untuk memastikan prestasi paling cekap oleh kempen-kempen iklan, yang mustahil dapat dilaksanakan tanpa teknologi termaju. Kami amat berbangga dengan produk teknologi tinggi kami dan kemenangan dua Anugerah Perak Stevie® dalam kategori-kategori yang sepadan menandakan bahawa kami berada di landasan yang betul."

Latar Belakang MGID 

MGID ialah perintis inovatif bertaraf global dalam pengiklanan natif yang memacu pertumbuhan pendapatan untuk semua peserta dalam ekosistem.

Platformnya, yang menyasarkan 850 juta pembaca unik dengan 165 bilion cadangan setiap bulan, membantu penerbit mengekalkan audiens dan menjana keuntungan daripada trafik serta mendorong prestasi dan kesedaran untuk jenama-jenama dengan menghubungkannya kepada audiens yang unik, pada waktu yang tepat dengan kandungan yang tepat.

MGID menawarkan pelanggan dengan penyelesaian menyeluruh, bermula dengan perancangan dan strategi kepada penyerahan dan pelaporan serta beroperasi melalui lebih 60 bahasa berbeza.

Ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat mempunyai pejabat-pejabat di A.S., Ukraine, Vietnam, Rusia dan India.

Source: MGID
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards