omniture

Mountain Top Sokongan Guangdian Capital ("GDC") Terima Pelaburan daripada Syarikat Gergasi Teknologi China ByteDance

Guangdian Capital (“GDC”)
2019-04-25 07:35 468

BEIJING, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada Mac 2019, syarikat gergasi teknologi China ByteDance melabur dalam Mountain Top, sebuah agensi bakat yang terkemuka di China. Pusingan pembiayaan Mountain Top terdahulu dipimpin oleh Guangdian Capital ("GDC"), yang melabur sebanyak RMB 100 juta dalam syarikat pada tahun 2016. GDC turut memainkan peranan penting dalam membantu portfolionya untuk menutup transaksi terkini.

Ditubuhkan pada tahun 2015, Mountain Top ialah peneraju pasaran dengan perbezaan jelas dengan mengurus pelakon, penyanyi dan idola serta memupuk pemimpin pendapat utama (KOL). Syarikat yang berpangkalan di Beijing itu mewakili lebih 40 artis termasuk beberapa selebriti terbaik yang paling terkenal di China seperti Angelababy dan Zhou Dongyu. Segmen rangkaian berbilang salurannya (MCN) telah memupuk 120 KOL berpengaruh seperti Papi Jiang, yang mempunyai lebih 30 juta pengikut pada aplikasi video pendek Bytedance, Douyin (turut dikenali sebagai TikTok).

Pelabur-pelabur terdahulu Mountain Top termasuk Guangdian Capital ("GDC") dan ZhenFund. GDC telah melabur dan mengawasi pertumbuhan syarikat sejak tahun 2016.

GDC ialah sebuah firma ekuiti persendirian berpangkalan di China yang menumpu pada nilai peringkat pertumbuhan yang melabur dalam transformasi gaya hidup generasi baharu China serta pernah bekerjasama dengan dana utama terkemuka di China, perusahaan milik negara dan dana bimbingan kerajaan. GDC dinamakan sebagai 10 Firma PE Baru Muncul Terbaik China bagi tahun 2018 oleh China Venture. Zack Fu, pengasas bersama GDC dan bekas ahli profesional pelaburan CVC Capital Partners, diiktiraf oleh Forbes China sebagai salah seorang daripada 100 Kapitalis Usaha Niaga Terbaik China bagi tahun 2017 dan 2018.

Source: Guangdian Capital (“GDC”)
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Venture Capital