omniture

Laporan Keadaan Media 2019 Cision Dedahkan Penurunan Kesangsian terhadap Media dan Peningkatan Kebimbangan Tentang Pengambilan Kakitangan dan Sumber

Cision
2019-04-26 03:18 708

CHICAGO, 26 April 2019 /PRNewswire/ -- Bagi mendedahkan trend-trend terkini dan cabaran-cabaran terbesar yang dihadapi oleh industri media, Cision (NYSE: CISN) hari ini mengeluarkan Laporan Keadaan Media 2019, iaitu Keadaan Media tahunan kali kesepuluh syarikat.

Laporan tahun ini merupakan laporan Cision yang terbesar seumpamanya, menyoal selidik hampir 2,000 wartawan dari 10 negara di seluruh dunia, untuk mengetahui tentang isu-isu utama yang dihadapi oleh industri media global pada tahun 2019 dan bagaimana golongan profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi dapat bekerjasama dengan lebih baik bersama rakan-rakan wartawan mereka.

Laporan Keadaan Media 2019 Cision: Ketersediaan metrik audiens seperti ulasan dan penglibatan telah mengubah cara wartawan menilai cerita
Laporan Keadaan Media 2019 Cision: Ketersediaan metrik audiens seperti ulasan dan penglibatan telah mengubah cara wartawan menilai cerita

 

Laporan Keadaan Media 2019 Cision: perubahan dari tahun 2018 hingga 2019 dalam teknologi yang paling memberi kesan: AI dan media sosial
Laporan Keadaan Media 2019 Cision: perubahan dari tahun 2018 hingga 2019 dalam teknologi yang paling memberi kesan: AI dan media sosial

Biarpun terdapatnya peningkatan bilangan cabaran yang dihadapi oleh wartawan - bermula dengan berita palsu kepada kempen maklumat salah, kepada penyusutan belanjawan dan bilik berita, serta perubahan dalam algoritma media sosial - laporan ini mendedahkan beberapa dapatan yang optimis. Untuk tahun kedua berturut-turut, responden melaporkan penurunan kesangsian orang awam terhadap media; 63% responden berpendapat orang ramai telah hilang kepercayaan tahun ini, yang menurun daripada 71% pada tahun 2018 dan 91% pada tahun 2017.

"Meskipun berita palsu masih menjadi kebimbangan, ia bukanlah cabaran utama dalam dunia kewartawanan tahun ini. Malangnya, isu-isu berkisarkan media sosial dan sumber tersenarai sebagai kebimbangan utama, khususnya di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom," kata Kevin Akeroyd, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Namun demikian, bukan semuanya berita buruk; kami terdorong melihatkan pengurangan yang berterusan dari segi persepsi kesangsian orang awam terhadap media. Kepercayaan merupakan tema utama dalam keputusan tinjauan tahun ini; bahkan, ia seakan-akan terikat kepada masa depan industri dalam banyak cara. Menceritakan kisah yang andal, bermaklumat dan relevan adalah lebih penting berbanding sebelum ini dan para wartawan menggunakan data audiens untuk memahami tentang cerita-cerita yang dapat menjana trafik dan pendapatan yang diperlukan oleh wartawan untuk berkembang maju dalam persekitaran media hari ini dengan lebih baik."

Respons daripada tinjauan turut memperlihatkan kebimbangan yang semakin meningkat berkisarkan perubahan peranan media sosial, peningkatan kebergantungan terhadap penceritaan yang dipacu data dan hubungan antara golongan profesional media dan komunikasi.

Maklumat-maklumat penting lain daripada laporan ini termasuk:

  • Wartawan terus semakin bergantung pada data untuk membuat keputusan tentang cerita-cerita tumpuan mereka. 65% daripada wartawan seluruh dunia berpendapat bahawa metrik audiens terperinci seperti ulasan dan penglibatan telah mengubah jenis kandungan yang mereka terbitkan. 43% daripada responden menumpu khususnya pada pembacaan atau ulasan, 20% menumpu pada penglibatan, dan 15% menumpu pada impak terhadap pendapatan.
  • Golongan profesional PR dan komunikasi merupakan rakan-rakan kongsi yang bernilai untuk wartawan khususnya dalam suasana media yang tidak terkawal ini. Walau bagaimanapun, 75% daripada wartawan berkata bahawa kurang daripada 25% pic yang diterima oleh mereka adalah relevan. Wartawan melaporkan bahawa satu-satunya perkara paling berkesan yang boleh dilakukan oleh golongan profesional PR untuk menambah baik hubungan mereka dengan media adalah memahami pengguna akhir mereka dengan lebih baik dan menyediakan maklumat yang lebih relevan serta disesuaikan kepada audiens. 
  • Media sosial adalah kurang penting dan semakin penting berbanding sebelumnya. Lantaran sifat media sosial yang tidak menentu pada tahun 2018, wartawan berdepan dengan pendapat yang semakin rumit tentang kepentingan media sosial. 38% daripada wartawan yang disoal selidik bersetuju bahawa algoritma media sosial yang dikemas kini - seperti perubahan kepada Suapan Berita Facebook - akan menjadi teknologi paling penting yang memberi impak kepada tugasan mereka pada tahun 2019, yang merupakan satu peningkatan pada tahun lalu. Impak berkenaan tidak selalunya positif memandangkan wartawan berasa bimbang tentang pergantungan terhadap media sosial untuk menerbitkan kandungan.

Untuk membaca Laporan Keadaan Media 2019 Cision penuh, klik di sini.

Latar Belakang Cision
Cision Ltd (NYSE: CISN) ialah penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar untuk golongan profesional perhubungan awam serta komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pihak berpengaruh utama, menghasilkan dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,000 kakitangan dengan pejabat-pejabatnya berada di 22 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, kunjungi www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision.

Perhubungan Media: 
Jenn Deering Davis
Naib Presiden Komunikasi & Kandungan, Cision
cisionpr@cision.com     

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2444907-2-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2444907-2-b

 

Source: Cision
Keywords: Publishing/Information Service Survey, Polls & Research