omniture

Forum bertema Jalur dan Jalan tentang Laluan Sutera Digital di Beijing

China Economic Information Service
2019-04-28 13:44 514

BEIJING, 28 April 2019 /PRNewswire/ -- Forum Bertema tentang Laluan Sutera Digital Forum Jalur dan Jalan Kedua untuk Kerjasama Antarabangsa telah diadakan pada hari Rabu di Beijing.

Forum Bertema tentang Laluan Sutera Digital ini dianjurkan oleh NDRC dan Cyrberspace Administration of China, dianjurkan bersama oleh Pusat Pemudahcara Pembangunan Jalur dan Jalan NDRC, Pusat Pembangunan Pacuan Inovasi China NDRC dan Pusat kerjasama Antarabangsa (ICC) NDRC, dan ditaja bersama oleh Pusat Pembangunan Bandar China NDRC dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China Xinhua News Agency.

Di bawah tema "Bersama membangunkan Laluan Sutera Digital Abad 21", forum ini menghimpunkan lebih 200 peserta dari hampir 30 negara termasuk Cuba, Mesir, Perancis, Serbia dan lain-lain.

Semasa forum bertema ini, pegawai-pegawai kerajaan dan wakil-wakil daripada pelbagai organisasi antarabangsa aktif menceritakan pengalaman mereka dalam membangunkan ekonomi digital.

Lebih 15 syarikat daripada 8 negara, termasuk ZTE Corporation dan Nigerian Television Authority, mengadakan majlis pertukaran penandatanganan kontrak lapan projek kerjasama baharu.

Sebuah album Cina-Inggeris yang menumpu kepada kerjasama antarabangsa Laluan Sutera digital dilancarkan di forum bertema ini.

Dinamakan Digital Tech Lighting the Silk Road, album dwibahasa ini, bersumber daripada Xinhua Silk Road Database dan dihimpun bersama oleh Jabatan Inovasi dan Pembangunan Teknologi Tinggi di bawah Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan (NDRC), Biro Pembangunan Teknologi Maklumat Cyberspace Administration of China, dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China Xinhua News Agency, membentangkan sembilan kes melibatkan pembangunan Laluan Sutera digital, menceritakan trend pembangunan ekonomi digital dan globalisasi yang tidak dapat dibendung, aspirasi orang ramai untuk berkongsi pengetahuan dan teknologi, serta ucap selamat untuk kehidupan yang lebih baik dan pembangunan ekonomi yang pantas.

"Pembinaan Laluan Sutera digital menyeru penglibatan dan komitmen lebih mendalam lebih banyak negara dan usaha-usaha sosial dalam pertukaran dasar, dialog dan kerjasama yang saling melengkapi," kata seorang pegawai NDRC.

Source: China Economic Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Trade show news