omniture

PR Newswire Terima Penghargaan di Anugerah Persidangan PR & Kecemerlangan PR - Bantu Perniagaan Berkomunikasi dengan Dunia

PR Newswire
2019-05-02 04:11 607

KUCHING, Malaysia, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ -- PR Newswire, penyedia global utama pengedaran berita dan perkhidmatan pemantauan media, telah memenangi Anugerah Berlian untuk Syarikat Media Dalam Talian Terbaik Sokongan Perhubungan Awam (PR) dan Industri Komunikasi dalam Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada Anugerah Persidangan PR & Kecemerlangan PR ASEAN kedua yang diadakan di Hilton Kuching, Sarawak, Malaysia pada 29 April 2019.

Pengurus Negara PR Newswire, Vietnam, Mai Anh Le menerima anugerah berlian untuk Syarikat Media Dalam Talian Terbaik sokong PR dan Industri Komunikasi
Pengurus Negara PR Newswire, Vietnam, Mai Anh Le menerima anugerah berlian untuk Syarikat Media Dalam Talian Terbaik sokong PR dan Industri Komunikasi

 

Anugerah Berlian ini (peringkat tertinggi di kalangan empat kategori anugerah, termasuk Emas, Perak dan Gangsa) mengiktiraf peranan PR Newswire dalam menyokong aktiviti PR dalam talian yang cemerlang dalam industri komunikasi ASEAN.

"Kami berbesar hati kerana diiktiraf oleh penganjur - Rangkaian Perhubungan Awam ASEAN (APRN) dan Institut PR Malaysia - kerana kecemerlangan kami dalam membantu pelanggan ASEAN menguatkan kisah mereka secara global melalui penerbitan video, siaran media multimedia dan paparan video luaran di mercu tanda ikon seperti Times Square, Bandaraya New York," kata Mai Anh Le, Pengurus Negara Vietnam di PR Newswire. "Kami juga berterima kasih kepada para pelanggan kami yang menggunakan rangkaian perkhidmatan komunikasi kami untuk menyampaikan cerita-cerita yang menarik dan berbeza yang dapat difahami di dalam dan di luar negara."

Selaras dengan tema persidangan "Komunikasi, Perhatian, Taktik", sembilan penceramah terkenal dari seluruh dunia berkongsi maklumat tentang strategi dan taktik komunikasi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam rantau ASEAN yang terhubung, pelbagai dan dinamik yang secara kolektifnya tersergam sebagai ekonomi keenam terbesar di dunia dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak $2.55 trilion.

Untuk menggambarkan penggunaan "Komunikasi, Perhatian, Taktik", Mai Anh Le berkongsi, "Di Vietnam, dengan 95 peratus pengguna internet menonton video di telefon mudah alih, 91 peratus menggunakan perisian pesanan mudah alih dan 61 juta pengguna aktif bulanan di Facebook [1] kandungan sering digunakan 'dalam perjalanan' dan dikongsi secara sosial di kedua-dua rangkaian persendirian dan awam. Adalah penting bagi perniagaan untuk menyampaikan mesej multimedia hidup yang menarik perhatian dan perkongsian, dan pada masa yang sama memanfaatkan rangkaian pengedaran yang paling luas untuk mencapai kumpulan audiens yang terbesar. "

Datang dari ASEAN, Berkomunikasi dengan Dunia

ASEAN merupakan rantau pengeksport keempat terbesar di dunia, berada di belakang Kesatuan Eropah, Amerika Utara dan Republik Rakyat China. Pengedaran berita ke saluran media global yang relevan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pengantarabangsaan perniagaan ASEAN yang inovatif. Dengan mendapatkan pelbagai sumber untuk menggambarkan cerita jenama dan cadangan nilai (media reputasi wajar) secara konsisten, ia membina jejak digital yang dipercayai apabila pelanggan yang berpotensi menjalankan penyelidikan secara dalam talian.

Wartawan antarabangsa juga reseptif terhadap penjalinan hubungan yang lebih bermakna dengan perniagaan dan profesional PR. Dalam Laporan Keadaan Media 2019, Cision, syarikat induk PR Newswire, bertanyakan 1,999 wartawan bagaimana hubungan mereka dengan profesional PR telah berubah sepanjang tahun, dan 27% mengatakan hubungan mereka dengan profesional PR telah menjadi lebih berharga. Ini merupakan lonjakan besar berbanding hasil kaji selidik yang sama bagi tahun 2018 (8%).

Royce Shih, Naib Presiden Jualan & Pemasaran APAC di PR Newswire berkata, "Kami melayani pelbagai jenis pelanggan ASEAN yang menuju ke arah pengantarabangsaan. Anugerah ini menunjukkan bahawa penyelesaian pengedaran berita dan pemantauan media kami yang komprehensif, digabungkan dengan pasukan tempatan kami yang berdedikasi, memperkasakan perniagaan ASEAN untuk menyampaikan nilai unik mereka kepada audiens global. "

Latar Belakang PR Newswire

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. (NYSE: CISN), ialah penyedia berita dan perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar global terkemuka. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat, dan pegawai perhubungan pelabur mengenalpasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik, dan mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya terbesar di dunia dengan alat dan platform alur kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasakan kisah-kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire melayani puluhan ribu pelanggan dari pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.prnasia.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pasukan Pemasaran Asia PR Newswire 
+852 2572 8228
asia.marketing@prnasia.com

[1] Digital 2019 VietnamWe Are Social.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190430/2450907-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180611/2159405-1LOGO-b  

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Publishing/Information Service Awards