![]() |
DxA 5000 memberikan Turnround Time yang pantas dan konsisten, menyediakan penilaian kualiti sampel pra-analitik yang paling komprehensif dalam industri dan meningkatkan kecekapan makmal
BREA, California, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Beckman Coulter, peneraju global dalam bidang diagnostik klinikal, hari ini mengumumkan penambahan terkini ke dalam portfolio peralatan automasi makmal, penyelesaian automasi makmal penuh DxA 5000, telah menerima CE Mark Eropah dan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China. Makmal Dignostik Klinikal kini, amat menumpukan usaha dalam meningkatkan mutu penjagaan pesakit yang baik dengan memantau turnaround time, menyampaikan keputusan berkualiti dan meningkatkan operasi makmal. DxA 5000 membantu makmal memenuhi cabaran ini melalui himpunan inovas-inovasi yang berpaten dalam memberikan masa turn around time yang cepat dan konsisten, menyediakan tahap baru dalam pengesanan kualiti sampel pra-analitik yang komprehensif dan mengurangkan pemprosesan manual bagi meningkatkan kecekapan makmal dengan ketara.
Penyampaian keputusan yang lebih cepat kepada pakar perubatan dapat memberi impak secara positif kepada keputusan pesakit. Dalam makmal, pengemparan spesimen biasanya merupakan aktiviti pra-analitik yang paling memakan masa.1,2 DxA 5000 menetapkan piawaian baharu dengan menggunakan protokol pengemparan sejagat yang memberikan pengurangan ketara dalam masa pemprosesan pra-analitik sehingga 73% untuk pelbagai peralatan yang merentas pelbagai bidang pada trek automasi.3
Di samping itu, DxA 5000 menyokong makmal-makmal dalam memberikan masa Trunaround time yang konsisten kepada pakar perubatan. Memanfaatkan perisian sistem dinamik yang ulung seumpamanya, DxA 5000 menggunakan Intellegent Routing untuk memberikan aliran kerja berlandaskan pesakit (patients-centric) secara automatik kepada makmal. Dengan memahami ujian yang diminta, jumlah sampel yang tersedia dan kapasiti serta status penganalisis waktu nyata, DxA 5000 terus menghitung laluan yang paling pantas untuk setiap sampel pesakit—STAT dan rutin.
"DxA 5000 adalah penyelesaian terkini dalam bidang peralatan automasi makma dengan penumpuan kepada meningkatkan usaha memberi impak secara positif kepada keputusan pesakit bersama rakan- rakan makmal diagnostik kami ," kata John Blackwood, naib presiden kanan produk dan perkhidmatan, Beckman Coulter.."Dengan mempercepatkan dan mengurangkan kebolehubahan dalam masa turnaround time, makmal-makmal dapat menyediakan maklumat kritikal yang diperlukan kepada pakar perubatan dengan lebih cekap untuk memberikan pengurusan penjagaan terbaik kepada pesakit dalam persekitaran yang mana setiap minit adalah amat bernilai."
Penilaian Kualiti Tiada Tandingan dan Kecekapan Lebih Baik
Kajian menunjukkan bahawa kesilapan yang berlaku dalam fasa ujian pra-analitik mungkin menyumbang sebanyak 75% keputusan ujian yang salah, dengan 26% berkemungkinan memberi kesan buruk kepada penjagaan pesakit.4 Di samping itu, kebanyakan faktor berkenaan menyebabkan keputusan yang salah berlaku di luar makmal, termasuk jumlah sampel yang tidak mencukupi, sampel yang salah label serta jenis tiub yang tidak betul. 5,6,7,8 DxA 5000 direka dengan tumpuan khusus terhadap penilaian kualiti sampel, menyaring setiap sampel di pelbagai titik untuk membantu makmal-makmal mengurangkan risiko kesilapan dengan ketara. Dalam masa tiga saat, system ini dapat mengesan parameter tiub pesakit seperti jumlah, pengenalpastian sampel, jenis tiub, warna penutup, pesanan sedang menunggu dan berat tiub. Sistem ini turut direka untuk menyemak jumlah sampel di tiga titik berasingan: pra-pengemparan, pasca-pengemparan dan sebelum penyimpanan sampel untuk terus memastikan jumlah yang mencukupi tersedia untuk ujian yang dipesan. Penilaian kualiti ini bersama-sama mengurangkan potensi pemberian keputusan yang salah dan dapat membantu mempercepatkan masa untuk mendapatkan keputusan dengan cepat memberi amaran kepada makmal pada ketika sampel pesakit baru diperlukan.
Selain meningkatkan kualiti sampel, makmal-makmal juga memerlukan penyelesaian aliran kerja yang dapat membantu mereka mengurus jumlah tinggi sampel pesakit luar dan outreach sampel di samping memproses permintaan segera untuk wad pesakit dan jabatan kecemasan. DxA 5000 mampu mengurus jumlah tinggi permintaan pelbagai disiplin secara serentak, dengan pelbagai tiub dan saiz sampel pesakit, tanpa memberi impak kepada daya pemprosesan sistem secara keseluruhan atau masa Turn around time STAT. Dengan mengautomasikan langkah-langkah pemprosesan sampel, DxA 5000 mendukung makmal-makmal dalam memberikan bilangan keputusan yang lebih tinggi bagi setiap jam dengan bilangan kakitangan yang sama.
"Berdasarkan penyelidikan dan kerja yang dilaksanakan dengan rakan-rakan kongsi makmal kami, langkah-langkah pemprosesan sampel dilihat menyumbang kira-kira 70% daripada jam kerja makmal," sambung Blackwood. "DxA 5000 memberikan pengurangan besar kepada bilangan langkah manual dalam pemprosesan sampel bahkan sehingga ada yang hanya satu langkah sahaja. Bermula dengan penerimaan sampel dan penilaian kualiti kepada pengurusan ujian tambahan sehingga pelupusan sampel, DxA 5000 membolehkan ahli-ahli profesional makmal memberikan keputusan yang berkualiti tinggi dan meningkatkan kecekapan, memperkasa mereka untuk menumpu usaha serta kemahiran mereka bagi mengurus pengecualian sampel pesakit."
Perancangan pertama dalam sistem DxA yang kini sedang dibangunkan, DxA 5000 meningkatkan portfolio komprehensif penyelesaian boleh berskala dan merupakan komponen penting dalam visinya untuk membawakan automasi aliran kerja kepada pelbagai saiz makmal. Pelancaran ini merupakan kemuncak setelah bertahun-tahun merancang reka bentuk yang diinspirasikan oleh pelanggan pelangan kami dan melalui ujian keandalan yang ketat serta mengukuhkan komitmen berterusan daripada Beckman Coulter untuk menyediakan penyelesaian yang memberikan keputusan tepat dengan masa turn around time yang pantas dan konsisten, pengesanan lebih baik terhadap kesilapan pra-analitik dan aliran kerja lebih cekap yang direka untuk menepati keperluan makmal sebarang saiz.
Beckman Coulter menerima pesanan belian untuk lebih 20 sistem DxA 5000 merentasi pelbagai negara. Di Amerika Syarikat, 510(k) untuk DxA 5000 sedang menunggu kelulusan daripada U.S Food and Drug Administration dan masih belum boleh didapati di sana.
Untuk maklumat lanjut tentang DxA 5000, sila kunjungi BeckmanCoulter.com/DxA. Beckman Coulter akan turut mempamerkan DxA 5000 di Booth #188 bertempat di pameran EuroMedLab, Barcelona, Sepanyol, 19-23 Mei 2019. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang dirancang oleh Beckman Coulter untuk persidangan tersebut, kunjungi halaman persidangan EuroMedLab kami di BeckmanCoulter.com/events.
Latar Belakang Beckman Coulter
Beckman Coulter komited untuk memajukan penjagaan kesihatan buat setiap individu dengan mengaplikasikan kuasa sains, teknologi, minat dan daya kreativiti pasukan kami. Sistem diagnostik kami digunakan dalam ujian bioperubatan yang rumit dan boleh didapati di hospital, makmal rujukan dan persekitaran pejabat pakar perubatan di seluruh dunia. Beckman Coulter menawarkan kombinasi unik antara individu, proses dan penyelesaian yang direka bagi meningkatkan prestasi makmal klinikal dan jaringan penjagaan kesihatan. Kami dapat melakukan hal ini dengan menitikberatkan senara ujian yang penting, membawakan manfaat automasi kepada semua, memberikan pemahaman lebih ketara melalui informatik klinikal dan menyerlahkan nilai tersembunyi melalui perkongsian prestasi. Sebuah syarikat yang beroperasi di bawah Danaher Corporation sejak tahun 2011, Beckman Coulter beribu pejabat di Brea, California dan mempunyai lebih 11,000 rakan sekutu yang bekerja keras untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih sihat.
1 Estey CA, Felder RA. Clinical evaluation of serial blood processing at point-of-care. Clin Chem 1997;43:360-2
2 Roberts T, Smith M, Roberts B. Observations in centrifugation: application to centrifuge development. Clin Chem 1999;45:1889-97
3 Beckman Coulter Study, "Reducing the turnaround time of the pre-analytical phase by application of a rapid centrifugation profile." S. Frankenberger, et al.
4 Green. Sol. F., Clinical Biochemistry 46 (2013), 1175–1179.
5J Clin Diagn Res, Nov; 7(11): 2491–2493. 2013.
6 LabMedicine, 41, 89-92. (2010).
7Clinical Chemistry 53:7, 1338–1342 (2007).
8DOI 10.1515/cclm-2013-0597. Clin Chem Lab Med 2013; aop.
*DxA 5000 sedang menunggu kelulusan 510(k) oleh FDA A.S. Masih belum tersedia untuk kegunaan diagnostik in vitro di A.S. Untuk Kegunaan Penyiasatan Sahaja. Ciri-ciri prestasi produk ini masih belum diberikan.
© 2019 Beckman Coulter. Hak cipta terpelihara. Beckman Coulter, logo bergaya dan tanda produk serta perkhidmatan Beckman Coulter yang disebutkan di sini merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Beckman Coulter, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.
Gambar - https://mma.prnewswire.com/media/880885/DxA_5000.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/525815/Beckman_Coulter_Logo.jpg