omniture

Bali Safari Park Lepaskan Burung Perling Bali Dalam Hutan Untuk Selamatkan Warisan Semula Jadi Ikonik Ini

Bali Safari Park
2019-05-03 00:34 785

BALI, Indonesia, 3 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Bali Safari Park dengan kerjasama KASI Foundation, Feldman Eco Park, PKBSI (Persatuan Zoo & Akuarium Indonesia), APCB (Persatuan Pemuliharaan Burung Perling Bali Starling) dan BKSDA Bali (Agensi Pemuliharaan Alam Semula Jadi) mengadakan bengkel tentang Protokol Pelepasan Burung dan melepaskan 40 ekor burung perling Bali pada 25-26 April 2019 di Bali Safari Park.

(from left) Bali Safari Park GM Thomas Colbert, and Bali Vice Governor Tjokorda Oka Artha Ardana - at Bali starlings releasing ceremony (26/4/2019)
(from left) Bali Safari Park GM Thomas Colbert, and Bali Vice Governor Tjokorda Oka Artha Ardana - at Bali starlings releasing ceremony (26/4/2019)

Satu komitmen bersama untuk memulihara burung-burung yang dilindungi serta hidupan liar lain telahpun ditandatangani oleh Naib Gabenor Bali Tjokorda Oka Artha Ardana, Timbalan Ketua Polis Bali I Gede Alit Widana, ketua West Bali National Park Agus Ngurah Krisna dan ketua APCB, Tony Sumampau.

Sebelum dilepaskan, beberapa kajian terhadap habitat dijalankan di Taman ini bagi menilai kesesuaiannya sebagai tapak pelepasan berpotensi untuk burung-burung. Sejumlah 38 spesies burung ditemui di dalam Bali Safari Park, yang menunjukkan bahawa lokasi ini dapat menyokong keupayaan muatan yang baik untuk burung-burung pada masa depan.

Bali Safari Park, salah sebuah insitusi pemuliharaan utama di Bali, komited terhadap perlindungan jangka panjang dan kelestarian spesies-spesies endemik dan natif Indonesia, melalui gabungan program-program pembiakbakaan dan pelepasan.

Kemudahan-kemudahan pembiakbakaan kurungan ditubuhkan khususnya untuk burung perling Bali (Leucopsar rothschildi), burung yang terancam secara kritikal dan spesies endemik kepada Bali.

Burung-burung yang dibiak baka dalam kurungan dilepaskan ke hutan belantara untuk menambah dan meningkatkan populasi burung perling Bali. Program-program pelepasan terdahulu masih belum memberikan impak positif yang signifikan kepada populasi hidupan liar dan usaha semasa ini bertujuan untuk mengubah keadaan berkenaan.

Ahli-ahli pemuliharaan telah mengenal pasti dua cabaran utama ke arah kejayaan peningkatan bilangan populasi burung perling Bali liar; pertama, keupayaan muatan habitat yang rendah dan kedua; meningkatkan kebolehsuaian burung perling Bali terhadap habitat pelepasannya.

Kejayaan program pelepasan burung perling bersayap hitam di Taman Safari Indonesia Bogor pada tahun 2016 digunakan sebagai model dari segi bagaimana burung perling Bali yang dibiak baka dalam kurungan dapat dilepaskan sebagai sebahagian daripada usaha-usaha pemuliharaan in situ, menggunakan protokol-protokol pelepasan yang sama.

Bali Safari Park telah menjalankan program-program kesedaran awam bagi menggalakkan masyarakat di tiga buah kampung berdekatan iaitu Medahan, Lebih dan Serongga, serta pelajar-pelajar daripada sembilan buah sekolah rendah di sekitar Bali Safari Park untuk melindungi dan memantau burung-burung serta hidupan liar lain yang dilepaskan.

KLIK DI SINI untuk lebih banyak imej daripada acara tersebut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190430/2451249-1

Source: Bali Safari Park
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Environmental Issues