BERKELEY, California, 8 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Swiss Shakti Foundation menerbitkan Bahagian III Kertas Putih Empat-Bahagiannya. Bahagian dengan 25 halaman itu menjelaskan perkiraan di sebalik protokol Bukti-Usaha (Proof-of-Effort, PoE) unik Shakti Coin.
Protokol PoE dicipta untuk mempromosikan rangkuman kewangan dan kemakmuran kepada seluruh pelosok Dunia. Shakti berharap agar ahli-ahli ekonomi, komuniti teknologi kewangan dan mereka yang bertanggungjawab terhadap dasar monetari mengambil maklum hal ini dan yakin bahawa protokol PoE akan mendapat pengesahan yang mantap daripada golongan ini.
Insentif Penerimaan Awal
Pengguna awal diberi insentif dengan 10,000 Shakti Coin (bersamaan dengan USD $50,000) apabila mereka mendaftar untuk mendapatkan Lesen Power Mining. Bilangan terhad lesen perlombongan disediakan untuk setiap negara semasa fasa prapendaftaran. Bilangan lesen disediakan hanya pada harga $49.95 (USD). Hanya bilangan yang terhad daripadanya akan dimasukkan dalam insentif penerima awal. Pada masa kini, penggerak pertama diberi insentif dengan syiling bonus berdasarkan 'siapa cepat dia dapat'. Prapendaftaran akan ditutup apabila had ini dicapai.
Kunjungi https://www.shakticoin.com/static/docs/opportunity.pdf - untuk Terma & Syarat lengkap, untuk menyertai dan menerima hadiah bonus.
Lesen Power Mining membolehkan pemegang-pemegangnya untuk mengendalikan nod dan melombong Shakti Coin. Lesen-lesen perlombongan merupakan jenis kelas aset digital baharu dalam sektor Teknologi Kewangan baru muncul dan terhad kepada satu lesen untuk seorang.
Bahagian IV dalam kertas putih Shakti menunjukkan kes matematik yang menarik bagaimana Shakti Coin dapat memenuhi keperluan individu dan masyarakat untuk rangkuman kewangan serta kesaksamaan yang lebih besar, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada minggu ke-3 bulan Mei 2019.
Latar Belakang Shakti Coin:
Projek Shakti ialah satu inisiatif akar umbi bertaraf antarabangsa yang wujud tanpa bergantung pada mana-mana pakatan dengan industri, kerajaan, agama mahupun parti politik. Swiss Shakti Foundation ialah sebuah organisasi faedah awam yang berpangkalan di Zug, Switzerland yang bertanggungjawab untuk menyediakan penyeliaan pematuhan yang saksama dan pemajuan kepada ekosistem Shakti.
Ketahui lebih lanjut di https://www.shakticoin.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/882390/Shakti_PoE.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/882391/Shakti_Coin_PoE.jpg
PERHUBUNGAN MEDIA
Swiss Shakti Foundation
secretariat@shakticoin.com
Rigistrasse, 2 CH-6300
Zug, Switzerland
Tel: +41 41 266 07 67