omniture

Jumeirah Al Wathba Desert Resort and Spa di Abu Dhabi, Tawar Tempat Berehat Sejahtera Sempurna

Jumeirah Group
2019-05-08 23:50 294

ABU DHABI, UAE, 8 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Terletak jauh dalam landskap padang pasir yang memukau di Abu Dhabi, Talise Spa yang berada di Jumeirah Al Wathba Desert Resort and Spa serba baharu ialah destinasi intim istimewa yang menawarkan rasa kesejahteraan dan ketenangan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8541751-jumeirah-al-wathba-desert-resort-abu-dhabi/

Memulakan perjalanan kesejahteraan individu, atau melarikan diri dari bandar sebagai pasangan atau bersama kumpulan rakan, untuk menikmati rasa dimanjakan setenang suasananya. Dilatih untuk menyesuaikan pengalaman, rawatan spa diberikan dengan khidmat yang sempurna dalam 13 bilik rawatan mewah termasuk suit pasangan dan teres peribadi. Nikmati bilik wap, sauna garam kristal dan kolam terjun, namun pastikan anda dapat menikmati apa yang membuatkan tempat berehat ini istimewa; rawatan Monte Carlo Margy dan Hammam yang diinspirasikan oleh ruang mandi Turki tradisional. Sekiranya bilik salji belum cukup sejuk, satu lagi ciri menonjol termasuklah IceLab Cryo Therapy yang menyegarkan yang mana pendedahan kepada suhu -110°C (-166°F) dapat menyegarkan minda, melegakan otot dan membantu antipenuaan.

Dengan reka bentuk pusat peranginan yang diinspirasikan oleh kampung bersejarah selain bilik dan vila yang mempunyai perincian abadi serta halaman berliku-liku, destinasi eksklusif ini mengubah cara kesejahteraan ditakrifkan. Pusat peranginan padang pasir yang mengagumkan dengan lebih 22,000 meter persegi kawasan bukit pasir memberikan tenaga yang menenangkan, ditonjolkan oleh bunyi air yang mendamaikan, dengan kolam berkeluasan 1,000 meter persegi dapat menyegarkan tetamu dalam persekitaran yang tenteram dan tenang.

Ketahui lebih lanjut tentang tradisi purba Abu Dhabi yang mengagumi burung pemangsa yang hebat, atau menerusi trek berpandu yang tidak dapat dilupakan ketika matahari terbenam, melintasi bukit pasir dengan menunggang kuda atau basikal bertayar lebar moden. Buat mereka yang mahukan lebih lagi, nikmatilah suasana matahari terbenam di salah satu daripada enam tempat termasuk bar atas bumbung yang memukau dan Al Mabeet, pengalaman menjamu selera di padang pasir yang jauh letaknya, atau carilah hubungan yang lebih mendalam bersama destinasi ini dan semangat padang pasir, di astaka yoga.

José Silva, Ketua Pegawai Eksekutif, Jumeirah Group, berkata: "Penting untuk kami mempunyai portfolio di Abu Dhabi yang mencerminkan intipati sebenar destinasi ini dan menawarkan tempat berehat dengan ciri kesejahteraan yang unik dengan perkhidmatan yang tiada tandingan. Pusat peranginan ini turut menyertai Jumeirah di Saadiyat Island Resort dan Jumeirah di Etihad Towers - kedua-duanya merupakan lokasi utama. Ia menggabungkan daya penarik Arab, seni bina, layanan yang sangat baik dan menjanjikan pengalaman mewah di tengah-tengah latar belakang berpanorama. Kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan tetamu kami."

Pakej hari bekerja bermula pada harga AED 1900++ manakala pakej hari minggu bermula pada harga AED 2200++ dengan AED 500 pp kredit spa.

Jumeirah Al Wathba Talise Spa Wet Areas
Jumeirah Al Wathba Talise Spa Wet Areas

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/882551/Jumeirah_Al_Wathba_Talise_Spa.jpg

Source: Jumeirah Group
Keywords: Travel Broadcast feed announcements