omniture

Royal Canadian Mint lancar tiga syiling peringati Permaisuri Victoria

Royal Canadian Mint (RCM)
2019-05-09 21:19 280

OTTAWA, Ontario, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint meraikan ulang tahun ke-200 kelahiran ratu yang memberi perkenan diraja kepada tindakan yang meluluskan Konfederasi Kanada pada tahun 1867 dan memilih Ottawa sebagai ibu negara kami. Legasi Yang Maha Mulia Permaisuri Victoria terus dihidupkan di pelbagai bandar lain yang mana jalan raya, sekolah dan mercu tanda masih menggunakan nama baginda. Tepat pada masanya sempena cuti rasmi bagi menyambut hari kelahiran baginda, Mint telah mereka bentuk syiling perak halus 5 auns yang menampilkan penghasilan semula berwarna penuh potret kerajaan tahun 1838 milik baginda: syiling perak halus berwarna dan berbentuk segi empat tepat yang mereplikasi reka bentuk setem 5-sen Kanada yang meraikan Jubli Intan baginda pada tahun 1897; dan syiling emas tulen bertarikh tahun 1819-2019, menampilkan ukiran kameo permaisuri ketika muda. Kesemua syiling ini kini tersedia.

The Royal Canadian Mint's stamp-shaped fine silver coin celebrating the 200th anniversary of the birth of Queen Victoria.
The Royal Canadian Mint's stamp-shaped fine silver coin celebrating the 200th anniversary of the birth of Queen Victoria.

Satu lagi tema bersejarah muncul pada Syiling Perak Halus $30 2019 – 60 Years of Prominence:  The St. Lawrence Seaway. Direka oleh artis Claire Watson, syiling perak tulen 99.99% ini meraikan enam dekad perkongsian AS-Kanada yang mencetuskan dan mengekalkan hubungan dagangan yang penting ini. Secara simbolik, bahagian tepi luar syiling berkenaan mengingatkan kepada pautan rantai sauh, menonjolkan kekuatan hubungan dagangan yang dimeterai oleh Laluan Laut. Daun mapel yang terbelah dan corak bintang yang menghiasi laluan kapal kargo yang keluar dari kunci gergasi menambah penekanan tentang kepentingan laluan kapal yang masyhur ini kepada Kanada dan juga Amerika Syarikat.

Mint juga berbangga untuk melancarkan inovasi baharu menerusi Syiling Perak Halus $20 2019 – Sparkle of the Heart. Corak bunga oleh Anna Bucciarelli ditingkatkan oleh penambahan struktur yang timbul dan diukir dengan halus yang menempatkan berlian Kanada Fire and IceTM tulen. Hasil daripada mekanisme Dancing Diamond™ dipatenkan, yang dibangunkan oleh Beverly Hills Jewellers Canada, berlian ini terus bergerak-gerak dan berkelipan.

Tanda mata lain yang halus rekaannya dan muncul pada bulan ini termasuk:

  • Set Syiling Perak Halus 2019 – The Canadian Maple Masters Collection, menampilkan reka bentuk Steve Hepburn pada lima syiling perak tulen 99.99%, bermula dengan seberat satu auns kepada satu kilogram.
  • Syiling perak halus 3 auns dan emas tulen 1 auns, kedua-dua mempunyai saduran emas selektif berkontras, menandakan ulang tahun ke-40 syiling bulion Gold Maple Leaf;
  • Siri Syiling Besar Perak Halus 5 Auns 2019: Syiling 50-Sen;
  • Syiling Perak Halus $20 2019 – Canadian Fauna: The Sea Otter, menampilkan ilustrasi berwarna oleh W. Allan Hancock;
  • Syiling Perak Halus $8 2019 – Pandas: A Golden Gift of Friendship, syiling perak bersadur emas sepenuhnya yang direka oleh Simon Ng;
  • Syiling Perak Halus $3 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Tulips, direka oleh Steve Hepburn; dan
  • Syiling Perak Halus $5 2019 – Zodiac Series: Gemini, direka oleh Jori Van Der Linde.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab "Shop" di www.mint.ca. Imej duit syiling disediakan di sini. 

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS, atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/883477/Royal_Canadian_Mint_The_Royal_Canadian_Mint_releases_a_trio_of_c.jpg

Hubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, Tel: (613) 949-5777, reeves@mint.ca

Source: Royal Canadian Mint (RCM)
Related Stocks:
Toronto:MNT Toronto:MTN.U
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services