omniture

Parallel Wireless Menang Anugerah Penyelesaian Paling Inovatif

Parallel Wireless
2019-05-09 21:29 256

Pengendali Mudah Alih Global Bersedia untuk Dayakan Secara Berkesan Kos Seni Bina Natif-Awan dan Peralihan kepada 5G dengan Penyelesaian Didayakan Perisian vRAN Terbuka 2G/3G/4G/5G  

NASHUA, New Hampshire, 9 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Parallel Wireless, Inc., syarikat 5G terkemuka yang berpangkalan di A.S. yang menyediakan satu-satunya penyelesaian rangkaian hujung-ke-hujung SEMUA G (2G, 3G, 4G, 5G) tentuan perisian di dunia bagi tujuan liputan dan kapasiti, hari ini mengumumkan bahawa minggu ini, ia memenangi Anugerah Produk Paling Inovatif Leading Lights.

Anugerah khusus ini disampaikan kepada syarikat yang telah membangunkan produk atau strategi yang utama dalam industri yang telah mendayakan pengaturan perkhidmatan mudah alih/tanpa wayar yang inovatif dan menguntungkan.

Perbelanjaan terbesar untuk Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) sentiasa menjadi Rangkaian Akses Radio (RAN), yang menyumbang sekitar 60% daripada CAPEX dan 65% OPEX.  Dengan penaiktarafan berturut-turut daripada 2G kepada 3G, kemudian 4G, dan kini 5G, terdapatnya keperluan yang sepadan untuk menggantikan RAN generasi sebelumnya. Kini tidak lagi.

Diinspirasikan oleh model pengkomputeran terbuka, Parallel Wireless berupaya membangunkan dan mengatur pendekatan berasaskan perisian hujung-ke-hujung untuk rangkaian 2G dan 3G legasi, selain rangkaian 4G dan 5G baharu. Platform perisian seragam 2G/3G/4G/5G Parallel Wireless mendayakan vRAN Terbuka melalui penyahgandingan fungsian perkakasan dan perisian sepenuhnya. Pengasingan fungsi ini membolehkan platform perisian seragam menyokong semua pecahan protokol berbeza antara DU dan CU berdasarkan pilihan angkut balik belakang/angkut balik hadapan yang tersedia. Ia juga boleh menyokong MIMO besar-besaran, perkhidmatan mikro pinggir dan penghirisan rangkaian untuk SEMUA G.

Penyelesaian ini memberikan ketangkasan merentas rangkaian fizikal/maya berasaskan COTS dengan menyediakan penyatuan SEMUA G, menyepadukan pengabstrakan dan pengaturan waktu nyata dengan pengautomatan rangkaian bagi memperkasa SP global agar menguntungkan meskipun terdapatnya tekanan margin. Selain itu, pendekatan berasaskan awan menghasilkan pengurangan kos pengendalian dan penyelenggaraan sekurang-kurangnya sebanyak 30%. Dengan mematuhi 3GPP sepenuhnya dan antara muka terbuka, penyelesaian ini mempunyai kefleksibelan untuk menyokong pelbagai senario pengaturan. Menggunakan seni bina rangkaian maya, Parallel Wireless memvirtualisasi, mengautomasikan dan mengoptimumkan rangkaian selular SEMUA G, memberikan pengalaman pengguna akhir yang berkualiti untuk semua senarai tindakan liputan atau kapasiti luar dan tertutup.

Hasilnya dan buat julung kalinya, rangkaian natif-awan didayakan perisian Parallel Wireless mudah ditukarkan kepada 5G sebagai penaiktarafan perisian dan bukannya melalui perbelanjaan perkakasan baharu yang mahal.

Kata-kata sokongan
Rajesh Mishra, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi, Parallel Wireless, berkata, "Pendekatan inovatif Parallel Wireless bagi menyelesaikan cabaran teknologi legasi kini menyediakan ruang untuk peserta baharu dan pelaburan modal baharu dalam bidang 4G dan 5G. Kami berasa amat bangga kerana dianugerahkan dengan Produk Paling Inovatif untuk perisian kami yang mendayakan seni bina natif awan untuk SEMUA G. Ia merupakan pengiktirafan terhadap komitmen kami untuk mengubah cara rangkaian direka bentuk, digunakan dan dikendalikan dengan memberi kefleksibelan kepada pengendali mudah alih untuk menggunakan pendekatan berasaskan awan ini bagi memodenkan rangkaian legasi mereka dan membina rangkaian 5G."

Latar Belakang Parallel Wireless
Parallel Wireless ialah satu-satunya syarikat AS yang meningkatkan cabaran kepada vendor-vendor legasi dunia menerusi satu-satunya penyelesaian didayakan perisian 2G/3G/4G/5G dalam industri yang seragam. Perisian rangkaian natif-awannya menakrifkan semula ekonomi rangkaian untuk MNO global dalam pengaturan liputan dan kapasiti, di samping turut membuka jalan untuk 5G. Syarikat berkenaan terlibat dengan banyak pengendali utama di seluruh dunia dan turut dinamakan sebagai vendor berprestasi terbaik oleh Telefonica dan Vodafone. Inovasi dan kecemerlangan Parallel Wireless dalam berbilang teknologi, penyelesaian RAN maya terbuka telahpun diiktiraf menerusi lebih 60 anugerah industri. Berhubung dengan Parallel Wireless melalui LinkedIn dan Twitter.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/795321/Parallel_Wireless_Logo.jpg

 

 

Source: Parallel Wireless
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Awards