omniture

Atlas Huawei Raih Dua Kemenangan di Red Dot Design Award

Huawei
2019-05-10 16:35 777

ESSEN, Jerman, 10 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, dalam Pertandingan Reka Bentuk Red Dot Award yang berprestij di Jerman, Kad Pemecut AI Atlas 300 dan Stesen Pinggir AI Atlas 500 Huawei diiktiraf oleh juri yang paling ketat dalam industri reka bentuk dan memenangi Red Dot Design Award. Menerusi reka bentuk inovatif dan prestasi luar biasa mereka, produk-produk Atlas Huawei menetapkan standard baharu untuk infrastruktur AI digandingkan dengan reka bentuk perindustrian termaju.

Atlas 300 dan Atlas 500 yang memenangi anugerah
Atlas 300 dan Atlas 500 yang memenangi anugerah

Red Dot Award ialah lambang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk kualiti reka bentuk yang terbaik dalam kelasnya. Ia dianugerahkan oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen di Essen, Jerman. Permohonan terdiri daripada produk-produk yang terdapat dalam pasaran kurang daripada tempoh dua tahun dan penerima-penerima label Red Dot dipilih oleh juri antarabangsa. Kad Pemecut AI Atlas 300 dan Stesen Pinggir AI Atlas 500 Huawei masing-masing memenangi Red Dot Design Award, anugerah Oscar untuk reka bentuk produk, menerusi reka bentuk inovatifnya. Menonjolkan kecerdasan dan prestasi yang hebat, Atlas dapat menghilangkan haba tanpa menjejaskan nilai estetika dan fungsian.

Di HUAWEI CONNECT 2018, Huawei melancarkan platform pengkomputeran pintar Atlas berdasarkan cip set Ascend AI Huawei. Produk-produk Atlas didatangkan dalam faktor bentuk beraneka, termasuk modul pemecut, kad, stesen pinggir AI dan perkakasan. Atlas memberi kedudukan lebih baik kepada Huawei untuk membina infrastruktur AI semua-senario untuk Peranti-Pinggir-Awan. Kad pemecut AI Atlas 300 sebahagian besarnya digunakan untuk inferens pusat data. Stesen pinggir AI Atlas 500 menyediakan keupayaan AI untuk bahagian pinggir.

  • Kad pemecut AI Atlas 300 didatangkan dengan faktor bentuk kad standard PCIe separa tinggi, separa panjang dan ditetapkan untuk pusat data dan senario pelayan pinggir. Kad pemecut menyokong pelbagai jenis ketepatan data. Satu kad menyediakan 64 TOPS prestasi pengkomputeran INT8, yang menggabungkan kuasa pengkomputeran yang hebat ke dalam aplikasi pembelajaran mendalam dan inferens.
  • Stesen pangkalan AI Atlas 500 ialah produk pinggir yang menyepadukan keupayaan pemprosesan AI. Ia menyediakan 16 saluran keupayaan pemprosesan video berdefinisi tinggi (HD) dalam saiz kotak-atas-set (STB). Ia direkayasa untuk persekitaran yang mencabar dengan suhu -40°C hingga +70°C. Ia boleh diaplikasikan untuk senario-senario seperti pengangkutan, perawatan, peruncitan tanpa pengawasan dan pembuatan pintar.

Memenangi Red Dot Award meneruskan rekod pengiktirafan antarabangsa untuk Atlas setelah Atlas memenangi Tokyo Interop Award, Naib Johan dan China International Industry Fair Award pada tahun 2018. Sebagai bahagian penting dalam penyelesaian AI dengan tindanan penuh dan untuk semua-senario daripada Huawei, Atlas akan mendayakan masa depan didorong AI dengan prestasi pengkomputeran hebat serta membantu pelanggan menangani cabaran dalam era AI dan awan, lalu mempercepatkan transformasi pintar perusahaan.

Huawei muncul sebagai vendor IT arus perdana global dengan spektrum pelayan yang luas dan rangkaian penuh produk IT. Huawei menyediakan infrastruktur IT dengan prestasi menarik, kesederhanaan dan kecekapan untuk membantu perusahaan dan organisasi global yakin mengatur langkah ke arah transformasi digital. Setakat ini, 211 daripada Fortune Global 500 dan 48 daripada perusahaan 100 Terbaik antara  Global 500 memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka untuk transformasi digital. Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk pengkomputeran pintar Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/hic.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyaknya dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara serta wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190508/2460186-1

HUBUNGI: Zhong Wanni, +86-185-6666-2551, zhongwanni@huawei.com  

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Awards