omniture

XCMG Catat Rekod Dunia Baharu apabila XCA1600 Pasang Impeler Tertinggi di Ladang Angin

XCMG
2019-05-10 17:34 287

BAIXIANG, China, 10 Mei 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, telah mencatat rekod dunia baharu apabila kren semua-rupa bumi XCA1600 miliknya berjaya memasang impeler pada ketinggian 140 meter yang memecah rekod untuk projek ladang angin daratan Baixiang di Hebei, China pada 6 Mei lalu.

XCMG Sets New World Record as XCA1600 Installs Highest Impeller on Windfarm.
XCMG Sets New World Record as XCA1600 Installs Highest Impeller on Windfarm.

XCA1600 ialah kren beroda pertama dunia yang mampu memasang impeler pada ketinggian 140 meter. Impeler yang dipasang mempunyai diameter 141 meter dan seberat hampir 90 tan; kren tersebut mengangkat dan melabuhkan impeler hanya dalam masa 40 minit manakala jurutera meluangkan masa selama 90 minit lagi untuk memasang kesemua 80 bolt.

"China mempunyai bilangan pemasangan ladang angin yang paling banyak. Kren semua-rupa bumi 1,600 tan, direka untuk projek-projek yang tinggi bukan sahaja dapat menangani cabaran pembinaan menerusi teknologi yang terkemuka di dunia dan kualiti yang mantap, ia juga kini melakar namanya menerusi projek memecah rekod baharu ini lengkap sebagai teknologi dan kualiti kren yang terkemuka di China," kata Jianzhong Sun, Naib Presiden XCMG dan Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Kren XCMG.

Kren semua-rupa bumi 1,600 tan XCMG mempunyai ciri-ciri utama yang berikut:

  • Ringan: di seluruh dunia, XCA1600 ialah kren 1,600 tan terkecil saiznya dengan keupayaan mengangkat yang paling besar dan mempunyai ciri-ciri paling kukuh.
  • Liputan penuh: ia meliputi semua senariio pembinaan kuasa angin dengan bum utama tujuh bahagian mencecah 92.4 meter. Menerusi bum kuasa angin boleh lipat sendiri yang inovatif berukuran 27.5 hingga 51.5 meter, ia boleh mengangkat berat 95 tan dengan mudah apabila dibesarkan saiznya kepada 140 meter tinggi.
  • Kawalan pintar: XCA1600 dapat menganalisis program terbaik untuk tugasan berbeza demi menjamin kedudukan tepat sambil mengangkat objek seberat sehingga 100 tan.

"Matlamat XCMG adalah untuk mencipta peralatan kuasa angin 'Canggih dan Mampu Bertahan' yang amat sesuai dengan keadaan geologi dan cuaca berbeza untuk pelbagai projek dan membawakan penyelesaian baharu yang dapat membantu pembangunan industri kuasa angin," kata Sun.

Selama bertahun-tahun, XCMG mengkhususkan pelaburan signifikan untuk sektor kuasa angin, menghasilkan pembangunan pantas pemasangan kuasa angin Cina yang disokong oleh teknologi terkini, pembuatan termaju dan pangkalan data perindustrian yang komprehensif bagi menyokong usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190509/2461720-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Machinery Mining/Metals Transportation Utilities