omniture

Kahoot! dan DragonBox ganding bahu cipta pengalaman pembelajaran matematik hebat buat semua

Kahoot!
2019-05-10 19:43 421

OSLO, Norway, 10 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Kahoot!, platform pembelajaran global, hari ini mengumumkan pemerolehan DragonBox olehnya, studio pembelajaran berasaskan permainan yang memenangi anugerah dan pencipta siri aplikasi matematik DragonBox yang popular. Kedua-dua komuniti pembelajaran ini bergabung, menghimpunkan aplikasi matematik yang menarik daripada DragonBox dan ratusan juta pengguna Kahoot! di seluruh dunia.

Kahoot! acquires DragonBox to make math learning awesome!
Kahoot! acquires DragonBox to make math learning awesome!

"Kami berasa gembira kerana DragonBox menyertai kami untuk menjadikan aktiviti belajar suatu yang hebat dan mencipta pengalaman pembelajaran untuk masa depan," kata Åsmund Furuseth, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Kahoot!. "DragonBox membawa nilai yang luar biasa kepada komuniti global kami yang terdiri daripada pelajar, guru dan ibu bapa, memandangkan matematik ialah subjek tunggal yang paling popular di platform kami."

DragonBox yang berpangkalan di Nordic, syarikat di sebalik siri aplikasi matematik pendidikan DragonBox yang memenangi anugerah, melancarkan aplikasi permainan algebra pertamanya pada tahun 2012 dan kurikulum matematik sekolah DragonBox pada tahun 2017. DragonBox amat popular dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa, guru dan sekolah, menerusi berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

"Sejak hari pertama, DragonBox telah menjadikan pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak di seluruh dunia. Bersama-sama Kahoot!, kami akan membolehkan lebih berjuta-juta pengguna menikmati aktiviti belajar matematik dengan cara yang hebat," kata Jean-Baptiste Huynh, guru matematik, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama DragonBox.

Visi Kahoot! adalah untuk membina komuniti pembelajaran yang utama di dunia dengan menghubungkan guru, pelajar, ibu bapa dan organisasi menerusi kandungan premium.

Tahun lalu, Kahoot! melancarkan program pemecut Ignite dan penambahan DragonBox merupakan langkah ke arah membina koleksi aplikasi belajar yang dapat mencipta nilai untuk para pelajar seluruh dunia.

"Pemerolehan ini akan mengukuhkan platform Kahoot! menerusi aplikasi pembelajaran matematik yang memenangi anugerah DragonBox, komuniti dan kurikulum sekolah. Kami akan bersama-sama mewujudkan pengalaman belajar matematik terbaik yang disediakan untuk ratusan juta pengguna Kahoot! seluruh dunia, di dalam dan luar bilik darjah," kata Eilert Hanoa, Pengerusi Kahoot!

Kahoot! dan DragonBox akan menyampaikan lebih banyak maklumat menerusi perkembangan terkini syarikat Kahoot! pada 12 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Kahoot!, Falguni Bhuta, | falguni@kahoot.com
DragonBox, Christian Steen, | christian@dragonbox.com 

Latar Belakang

Kahoot!  ialah platform pembelajaran berasaskan permainan yang menjadikannya mudah untuk mencipta, berkongsi dan bermain permainan dalam pembelajaran yang menyeronokkan atau kuiz-kuiz trivia dalam beberapa minit. Kahoot! digunakan dalam pelbagai persekitaran – dalam K-12 dan bilik darjah universiti, pejabat korporat, persekitaran sosial dan acara sukan serta budaya utama. Kahoot! diterima pakai oleh guru, digemari oleh pelajar, dihargai oleh organisasi dan dimanfaatkan oleh penerbit. Pada tahun 2018, Kahoot! mempunyai lebih satu bilion pemain yang mengambil bahagian di lebih 200 negara. Kahoot! mempunyai misi untuk menjadikan pembelajaran suatu yang hebat dan membina komuniti pembelajaran yang utama di dunia yang menghubungkan penggunanya kepada kandungan premium. Dilancarkan pada tahun 2013, syarikat ini beribu pejabat di Norway dan mempunyai pejabat-pejabat di AS serta UK. Jom main!
www.kahoot.com

DragonBox  ialah studio permainan memenangi anugerah yang mempunyai misi untuk memperkasa kanak-kanak meneroka dan menjadikan aktiviti belajar matematik suatu yang hebat. Pada tahun 2012, permainan pertama DragonBox menjadi popular serta merta dan pakar-pakar menggelarnya sebagai cara baharu yang revolusioner untuk belajar matematik. Sejak itu, aplikasi DragonBox telah dibeli dan dinikmati berjuta-juta kali di seluruh dunia. Dengan matlamat untuk menjadikan aktiviti belajar matematik suatu yang hebat, syarikat melancarkan DragonBox School, satu kurikulum matematik yang inovatif untuk sekolah-sekolah rendah. Hari ini, DragonBox mempunyai pejabat-pejabat di Oslo, Paris dan Helsinki.
www.dragonbox.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/884342/Press_image_Dragonbox.jpg 
Logo -  https://mma.prnewswire.com/media/537189/Kahoot_Logo.jpg

Source: Kahoot!
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Future Events