omniture

CleverTap Diiktiraf oleh Entrepreneur, EContent dan American Business Awards®

CleverTap
2019-05-11 23:29 271

Anugerah-anugerah yang baru diterima iktiraf kecemerlangan platform pengurusan kitaran hayat pelanggan bagi membolehkan pemasar B2C sediakan pengalaman pelanggan unggul

SAN FRANCISCO, 12 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Penyedia teknologi pemasaran CleverTap hari ini mengumumkan penerimaan tiga anugerah, yang mengiktiraf kecemerlangan platform pengurusan kitaran hayat pelanggan oleh syarikat dan pengasas-pengasas yang memacu pembangunan berterusannya. Anugerah-anugerah ini menyusuli pengumuman baru-baru ini berhubung pembiayaan siri B $26 juta untuk syarikat ini.

Anugerah-anugerah ini termasuk:

  • #Tech 25 Entrepreneur Magazine: Pengasas-pengasas bersama Sunil Thomas, Anand Jain dan Suresh Kondamudi diiktiraf antara 25 usahawan terbaik yang memimpin masa depan teknologi
  • People's Choice Awards EContent Magazine: CleverTap dinamakan antara 10 syarikat paling popular yang memperkasa kandungan digital berserta Netflix, Google, LinkedIn, Spotify, Apple dan Twitter
  • American Business Awards 2019: Platform CleverTap menerima Anugerah Stevie® gangsa bagi Teknologi Perniagaan/Penyelesaian Pemasaran Terbaik

"Pengiktirafan yang diterima daripada tiga organisasi yang amat disegani ini merupakan bukti nilai platform kami dalam membawakan perniagaan ke seluruh dunia, tatkala kami semakin dicabar untuk terlibat dengan pelanggan melalui bilangan titik sentuh yang semakin bertambah," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sunil Thomas. "Kami berbangga kerana diiktiraf atas kebolehan kami untuk membantu pemasar pertumbuhan dan pengekalan serta pembangun aplikasi memanfaatkan alatan dan maklumat dipacu data agar mereka dapat menawarkan pelanggan mereka dengan pengalaman terbaik dan paling relevan."

Selepas tahun 2018 yang mencatat rekod, tatkala syarikat meningkatkan pendapatan dengan ketara dan meluaskan kumpulan pelanggan sebanyak lebih 50 peratus, CleverTap memperoleh $26 Juta daripada Sequoia India, Tiger Global Management dan Accel pada awal April lalu. Kini, syarikat mempercepatkan pembangunan ciri-ciri dipacu sains data untuk platform ini, termasuk inovasi-inovasi yang utama dalam industri seperti ramalan dipacu pembelajaran mesin untuk hasil perniagaan dan segmentasi berdasarkan hasrat.

Thomas akan menyampaikan ucapan dasar di Sidang Kemuncak Pertumbuhan Mudah Alih pada 15 Mei di London yang mana beliau akan berucap tentang anjakan paradigma terhadap pengurusan kitaran hayat pelanggan (CLM) era baharu dan bagaimana beberapa jenama pengguna yang terkemuka di dunia memanfaatkan CLM untuk meningkatkan penglibatan serta pengekalan pelanggan. Untuk maklumat lanjut baca di sini.

Latar Belakang CleverTap

CleverTap ialah platform pengurusan kitaran hayat pelanggan yang membantu jenama-jenama membawakan pengalaman pelanggan yang menarik secara meluas. Lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, Domino's Pizza, GO-JEK, Cleartrip dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga utama termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

Perhubungan Akhbar
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Awards