Pemenang 9-Kali Suzy Walsham Kembali Pertahan Gelaran Kejuaraan
NEW YORK, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bangunan Empire State mengumumkan bahawa pelari menara elit Suzy Walsham kembali ke Bangunan Paling Terkenal di Dunia pada hari Selasa, 14 Mei 2019 sempena Empire State Building Run-Up (ESBRU) Dibawakan oleh Turkish Airlines Dianjurkan oleh Challenged Athletes Foundation bagi mempertahankan kedudukan beliau sebagai atlet yang paling banyak memenangi anugerah dalam sejarah perlumbaan ini.
Walsham, 45, dari Singapura, mencapai keunggulan yang tidak dapat ditandingi pada tahun 2018 apabila beliau menerima kemenangan keseluruhan enam kali berturut-turut dan kemenangan kesembilan yang menambah rekod bagi perlumbaan saringan atas jemputan kategori wanita dengan catatan masa 12:56. Perlumbaan tahunan kali ke-42 itu akan memperlihatkan persaingan antara Walsham menentang pesaing Cindy Harris, yang kini merupakan pelari-pelari menara wanita berkedudukan No. 1 dan No. 2 di dunia, dalam pertemuan antara dua jaguh sukan ini dengan Walsham turut memenangi Taipei 101 Run-Up pada 4 Mei 2019.
"Bangunan Empire State ialah bangunan yang paling ikonik di dunia, maka sesuailah Run-Up ini menjadi cabaran sukan yang paling ikonik di dunia," kata Walsham. "Ia merupakan satu penghormatan kerana berpeluang untuk mempertahankan gelaran kejuaraan saya sekali lagi pada tahun ini dan ia bukanlah sesuatu yang saya ambil mudah. Saya begitu mengagumi bangunan ini dan 1,576 langkah yang diperlukan untuk meraih kehebatan."
Perlumbaan saringan kategori lelaki pula akan menyaksikan pertemuan antara veteran-veteran Larian Sproule Love dari A.S. dan Ralf Hascher dari Jerman. Kedua-duanya terlibat dalam salah satu penamatan perlumbaan yang paling dramatik dalam sejarah perlumbaan pada tahun 2018 apabila Love melepasi garisan penamat hanya satu saat di hadapan Hascher.
Antara pesaing-pesaing utama dalam perlumbaan saringan atas jemputan kategori wanita dan lelaki ialah Shari Klarfeld dari A.S. dan Maria Elisa Lopez Pimentel dari Mexico, selain David Roeske dari A.S. dan Fabio Ruga dari Itali, kesemuanya menamatkan perlumbaan dalam kedudukan enam teratas dalam perlumbaan saringan masing-masing pada tahun 2018.
Selain barisan elit antarabangsa, peserta-peserta loteri Run-Up juga memperlihatkan capaian global yang semakin berkembang untuk perlumbaan bersejarah itu. Pelari-pelari dari New Zealand, Malaysia, Belgium, England, China, Sepanyol, Finland, Kanada dan Itali akan berkumpul di mercu tanda ini untuk mendaki ke puncak bangunan.
Turkish Airlines, pembawa bendera kebangsaan Turki dan syarikat penerbangan yang melakukan penerbangan ke lebih banyak negara dan destinasi antarabangsa berbanding mana-mana syarikat penerbangan lain, kembali untuk tahun keduanya sebagai penaja utama Larian 2019. Tahun ini, Turkish Airlines akan menyediakan 20 tiket penerbangan pergi balik untuk atlet-atlet larian menara elit di seluruh dunia bagi menginspirasikan pelari-pelari baharu untuk menyahut cabaran Empire State Building Run-Up. Pejabat New York Turkish Airlines terletak di Bangunan Empire State, dengan ibu pejabat globalnya berpangkalan di Istanbul.
"Ia benar-benar merupakan satu penghormatan kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada peristiwa penting, di salah sebuah bangunan yang paling ikonik di dunia," kata Pengurus Besar Turkish Airlines New York Cenk Ocal. "Orang ramai dari serata dunia memasang impian untuk melihat sendiri bangunan ini dan hanya segelintir berpeluang untuk mendakinya, jadi kami amat gembira kerana dapat memberi peluang kepada pelari-pelari untuk melihat dunia dengan menghadiahi mereka tiket-tiket Turkish Airlines ke salah satu daripada lebih 300 destinasi kami di seluruh dunia."
Kembali sebagai badan amal rasmi Run-Up ialah Challenged Athletes Foundation (CAF). Sebagai peneraju dunia yang membantu individu kurang upaya dari segi fizikal menyertai acara sukan dan menjalani gaya hidup yang aktif, CAF percaya penyertaan dalam aktiviti fizikal pada sebarang peringkat dapat meningkatkan keyakinan diri, menggalakkan kebebasan dan meningkatkan kualiti hidup.
"Acara sukan yang ikonik dan mencabar ini menghimpunkan para penyokong dan atlet-atlet kurang upaya untuk membantu meneruskan misi kami. Kumpulan pengumpul dana kami yang menjayakan larian ini dan kumpulan atlet kurang upaya yang mengagumkan membentuk sebuah pasukan hebat yang menunjukkan kepada dunia apa yang mungkin dicapai apabila individu-individu yang mengalami ketidakupayaan fizikal mendapat sokongan yang diperlukan bagi mencapat matlamat mereka," kata Laura Stein, Pengarah Kanan Pemasaran untuk CAF.
Di samping perlumbaan saringan Turkish Airlines dan CAF, para peserta perlumbaan terdiri daripada wakil-wakil daripada rakan kongsi badan amal Multiple Myeloma Research Foundation, jemputan lelaki dan wanita, rakan media, selebriti, broker hartanah Bandar Raya New York, peserta loteri dan, buat tahun ketiga, anggota-anggota daripada Jabatan Polis Bandar Raya New York, serta Jabatan Bomba New York.
Lampu-lampu menara yang terkenal di dunia pada Bangunan Empire State akan dinyalakan dengan warna-warna Turkish Airlines iaitu merah dan putih, pada sebelah malam perlumbaan bagi meraikan acara.
Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.
Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Mac 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.