omniture

Huawei Takrifkan Keperluan Bandar Digital dengan Model Maslow dan Sokong Transformasi mereka dengan Asas Digital

Pengurus Bandar Terokai Masa Depan Pintar di Forum Bandar Pintar Shenzhen 2019 dengan Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa
Huawei
2019-05-17 18:54 414

SHENZHEN, China, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Forum Bandar Pintar Shenzhen 2019 dengan Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa membuka tirainya pada hari Selasa dengan tema "menyambut masa depan yang cerah untuk bandar-bandar pintar". Forum ini menghimpunkan pegawai-pegawai Shenzhen, eksekutif-eksekutif Huawei dan pakar-pakar bandar pintar, pakar-pakar serta para ilmuwan PBB-Habitat, delegasi-delegasi dari bandar-bandar seluruh dunia dengan pengalaman bandar pintar, selain perusahaan-perusahaan berteknologi tinggi untuk berkongsi konsep dan amalan pembangunan terkini mereka. Forum ini bertujuan untuk mempromosikan komunikasi dan kerjasama dalam membina bandar-bandar digital yang pintar.

Pemimpin-pemimpin Bandar Global Berhimpun di Shenzhen Terokai Masa Depan Bersama-sama 

Ai Xuefeng, Timbalan Datuk Bandar Shenzhen, mengacarakan majlis perasmian bersama Wang Weizhong, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Shenzhen CPC, Xie Yuan, Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat Cina untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing serta Frank Ross, Lord Provost dari Edinburgh berucap dalam majlis perasmian forum berkenaan. Penceramah-penceramah jemputan terdiri daripada Guo Ping, Pengerusi Giliran Huawei; Ugo Valenti, Ketua Pegawai Eksekutif Smart City Expo World Congress; dan Rui Costa dos Santos, Gabenor Negeri Bahia, Brazil.

Wang Weizhong, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Shenzhen CPC menyampaikan ucapan alu-aluan: "Tahun ini menyaksikan ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China dan juga 40 tahun sejak penubuhan bandar Shenzhen. Shenzhen mencerminkan pencapaian bersejarah yang dilakar oleh China, berperanan sebagai jendela untuk menonjolkan China ke mata dunia. Kami berharap dapat memperoleh lebih ramai rakan kongsi dengan hati terbuka dengan mengambil peluang daripada forum ini dan bersama-sama menyumbang kebijaksanaan dan kuasa demi komuniti manusia yang sama."

"Huawei dikhususkan untuk membina asas digital bandar pintar yang membolehkan penyepaduan, penerokaan, penganalisaan dan perkongsian data dengan menggunakan sambungan merata, platform digital dan kecerdasan pervasif," kata Guo Ping dalam ucapan yang bertajuk 'Membina Model Maslow untuk Bandar Pintar'. Lebih penting lagi, kami membangunkan otak digital untuk bandar-bandar dengan kerjasama rakan-rakan aplikasi, membina ekosistem yang sama dengan kelebihan bersama. Otak ini akan menyediakan kaedah-kaedah termaju untuk membantu bandar-bandar membuat keputusan pembangunan yang bermaklumat dan akan membolehkan domain-domain e-kerajaan, pengangkutan dan pengawasan bersifat digital. Bagi berbuat demikian, kami berharap dapat membina bandar-bandar pintar yang mempunyai pentadbiran pintar, memberi lebih faedah buat penduduk dan membawakan pembangunan industri yang makmur."

Dalam ucapan beliau 'Dunia Baharu Bandar-bandar Pintar', Ugo Valenti berkata: "Teknologi inovatif termasuk 5G, IoT, AI dan awan membuat pengubahsuaian disruptif terhadap cara bandar-bandar ditadbir dan diurus. Dengan menggalakkan Perkongsian Awam-Swasta-Rakyat, satu model penciptaan bersama antara kerajaan, perbadanan dan penduduk, bandar-bandar pintar akan memudahkan proses membuat keputusan yang lebih terbuka dan membawakan dunia baharu yang mengutamakan rakyat."

Dialog Ekonomi Digital Sofistikated, Memperkasa Pembangunan dengan Reka Bentuk Taraf Tertinggi

Sorotan utama daripada majlis perasmian tersebut ialah dialog yang sofistikated. Ia menarik perhatian para hadirin daripada jabatan kerajaan, perusahaan dan komuniti akademik. Panel meneroka teknologi baru muncul, bagaimana untuk membina infrastruktur ICT bandar berasaskan data raya bagi melindungi keselamatan dan ketenteraman awam serta bagaimana untuk meningkatkan tadbir urus bandar moden, kebajikan awam serta ekonomi dengan memanfaatkan perkhidmatan digital dan otak digital disruptif. Hasilnya ialah bandar-bandar pintar yang lebih baik dengan ekonomi pintar yang aktif.

"Penggunaan teknologi digital menjadi salah satu kriteria untuk menilai tahap kecerdasan sesebuah bandar. Bandar pintar masa depan akan mempunyai lima platform infrastruktur baharu iaitu awan, IoT, himpunan data, AI dan rangkaian pengawasan video. Lima platform ini akan membentuk asas untuk kami bagi mencapai sambungan merata, merealisasikan kecerdasan pervasif dan menyelaraskan sistem ICT heterogen. Huawei menggunakan awannya sebagai asas untuk menyepadukan pelbagai teknologi ICT baharu seperti AI, IoT, data raya, komunikasi tertumpu, video dan GIS bagi membina platform digital yang menyeluruh," kata Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise BG.

"Platform ini menyediakan pendayaan teknikal untuk pelanggan kerajaan dan perusahaan, membantu mereka menghadapi dengan mudah isu-isu teknikal yang rumit. Di samping itu, Huawei membina 12 OpenLabs di seluruh dunia untuk melaksanakan inovasi bersama yang berorientasi pelanggan bersama-sama rakan-rakan kongsi. Membina sebuah bandar pintar ialah satu proses yang panjang dan sentiasa berubah-ubah. Berdasarkan platform digital Huawei, bandar-bandar akan menjadi seperti kehidupan yang organik. Aplikasi-aplikasi baharu akan muncul dan berkembang melalui lelaran dan akhirnya mencapai kemakmuran keseluruhan," sambung Yan Lida.

"Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 termasuk matlamat terhadap bandar dan komuniti mampan. Kami berharap dapat mendorong merealisasikan SDG melalui usaha bandar pintar dengan yakin. Kami akan berdepan dengan cabaran daripada pembinaan bandar pintar, tetapi juga turut menerima potensi tanpa hadnya. Dari perspektif PBB, kerjasama antarabangsa adalah penting. Kami dapat melihat platform yang amat bagus di sini hari ini untuk bandar-bandar berkongsi pengalaman," kata Atsushi Koresawa, Pengarah untuk Pejabat Wilayah PBB-Habitat untuk Asia dan Pasifik.

Acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen dan dikelolakan oleh Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Shenzhen. Sebagai penganjur bersama, Huawei menjadi penyedia penyelesaian Bandar Pintar dan Bandar Selamat yang terkemuka di dunia.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news