omniture

Universal Fibers Buka Kemudahan Kilang Baharu di Eropah

Universal Fibers, Inc.
2019-05-17 19:04 225

GORZÓW WIELKOPOLSKI, Poland, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Universal Fibers, Inc. meraikan pembukaan besar-besaran kilang baharunya di Eropah pada 13 Mei 2019. Acara tersebut dihadiri oleh para pelanggan global dan rakan-rakan industri Universal Fibers serta pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai dari Gorzów Wielkopolski, Poland.

Ribbon cutting honorees; Marc Ammen, Phil Harmon, Don Campbell, Remigiusz Jurasz, Jeff Johnson and Jacek Wojcicki
Ribbon cutting honorees; Marc Ammen, Phil Harmon, Don Campbell, Remigiusz Jurasz, Jeff Johnson and Jacek Wojcicki

"Sebagai tanda sokongan kepada pelanggan yang kami hargai di Eropah, kami teruja untuk membuka kilang pembuatan terbaharu kami di sini, Poland," kata Marc Ammen, Ketua Pegawai Eksekutif Universal Fiber Systems. "Ini selari dengan strategi kami terhadap pertumbuhan global yang bermula pada tahun 2009 menerusi peluasan ke Asia dan kemudiannya ke U.K. Sejak itu, sambutan pelanggan adalah amat menggalakkan dan kami meraih kerjasama menerusi produk, kualiti dan perkhidmatan kami yang utama dalam industri." 

Kilang ini disepadukan sepenuhnya bermula dengan penyemperitan kepada benang siap dalam pelbagai kimia termasuk nilon jenis 6 dan 66 serta menawarkan perkhidmatan kepada pengeluar-pengeluar permaidani Eropah menerusi segmen-segmen komersial, kediaman dan automotif. "Kemudahan baharu ini menandakan satu lagi pelaburan menerusi komitmen kami untuk menyediakan tahap kualiti dan perkhidmatan tertinggi kepada pelanggan kami," kata Phil Harmon, Presiden Universal Fibers. "Sebagai sebuah syarikat global, teknologi-teknologi utama kami dari A.S. dan Asia kini digunakan secara setempat dalam pasaran Eropah. Kami amat gembira dengan pelaburan ini dan platform yang disediakan kepada Universal Fibers untuk berkembang ke wilayah berkenaan."

"Universal Fibers ialah salah satu daripada dua unit perniagaan dalam Universal Fiber Systems," kata Marc Ammen. "Ketika portfolio korporat kami terus berkembang, kilang ini melanjutkan peluang-peluang sinergi yang kini tersedia di A.S., Eropah dan China untuk unit perniagaan kedua kami, Premiere Fibers."

Latar Belakang Universal Fibers, Inc.: Universal Fibers, Inc. ialah salah satu daripada dua unit perniagaan dalam Universal Fiber Systems, LLC, dengan Premiere Fibers, Inc. merupakan unit perniagaan kedua. Berpangkalan di Bristol, Virginia AS dengan kemudahan-kemudahan pengilangan di Eropah, Thailand dan China, Universal Fibers, Inc. ialah peneraju global bagi pengeluaran gentian berasaskan filamen sintetik dicelup larutan dan berkualiti tinggi untuk industri bahan lantai, pengangkutan dan gentian perindustrian.

Universal Fibers® | ISO 9001, 14001 | Bristol, Virginia AS | Taicang, China
Untuk maklumat lanjut, hubungi; +1.276.669.1161, info@unversalfibers.com  www.universalfibers.com

Perhubungan Media:
Denise Rushing
Tel: +1.423.752.4687, samb. 317
E: drushing@ndp-agency.com   

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/887900/Universal_Fibers_Ribbon_Cutting.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/656222/Universal_Fibers_Logo.jpg

Source: Universal Fibers, Inc.
Keywords: Chemical Computer/Electronics Corporate Expansion STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)