HONG KONG, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, menganjurkan majlis perasmian GAC Motor International Limited di Hong Kong pada 21 Mei lalu. Majlis dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat daripada kerajaan, para eksekutif GAC Group dan GAC Motor, rakan-rakan niaga serta media antarabangsa.
GAC Motor International Limited ialah subsidiari milik penuh GAC Motor di Hong Kong, yang akan berperanan sebagai platform GAC Motor untuk modal, bakat dan pelaburan, mengoptimumkan proses penerimaan dan pembayaran serta bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan bagi menyediakan perkhidmatan pemilikan inventori untuk pengedar-pengedar antarabangsa. Menjadikan Hong Kong sebagai hab, ia akan memajukan operasi perdagangan bersama rakan-rakan kongsi antarabangsa dan selanjutnya menggabungkan GAC Motor dalam industri automobil global.
"Sebagai pelabuhan bebas global dan pusat kewangan antarabangsa, Hong Kong mempunyai kelebihan unik dalam persekitaran ekonomi dan perdagangan serta budaya yang bersifat terbuka dan toleran. Justeru itu, ia merupakan portal sempurna bagi menghubungkan GAC Motor dan dunia. Pelancaran rasmi GAC Motor International Limited merupakan langkah penting yang menunjukkan bagaimana kami akan menjadikan Hong Kong sebagai hab serantau kami dan meneruskan pembangunan antarabangsa kami," ujar YU Jun, presiden GAC Motor.
Melangkah ke dalam pasaran global pada tahun 2013, GAC Motor kini beroperasi di 16 negara seluruh dunia dengan subsidiari-subsidiarinya terletak di A.S. dan Rusia. Ia telah meningkatkan jualan luar negara sebanyak 69 peratus pada tahun 2018 dan melancarkan jualan secara berperingkat-peringkat dalam pasaran-pasaran yang lebih matang di negara-negara maju di samping turut meliputi pasaran-pasaran baru muncul.
Dari segi pembinaan jenama, GAC Motor juga memiliki prestasi yang baik. Digelar sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam beberapa pasaran luar negara, GAC Motor ialah jenama automobil Cina No.1 paling laris terjual di Kuwait, Bahrain dan Nigeria. Ia juga tersenarai sebagai antara 100 jenama yang paling berharga Brand Finance bagi tahun 2018.
GAC Motor mengekalkan momentum pembangunan yang baik dalam pasaran antarabangsa. Di Timur Tengah, ia telah membuka pusat-pusat jualan dan perkhidmatan di sembilan negara termasuk Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan lain-lain. Ia baru sahaja memperkenalkan model-model terkenalnya GS3 dan GA4 ke dalam pasaran Kuwait dan meraikan pelancaran model-model baharunya di Qatar bulan ini. Di Asia Tenggara, GAC Motor secara rasminya memasuki pasaran Filipina yang disaksikan oleh Presiden Filipina. Jenama dan produk-produk tersebut digemari oleh pengguna tempatan. Dalam masa yang sama, GAC Motor turut menembusi pasaran Bolivia, seraya menambah satu lagi cawangan dalam pasaran Amerika Selatan.
Melangkah ke tahun 2019, GAC Motor membuat kemunculan dalam acara permotoran antarabangsa di A.S., Kuwait dan Rusia serta kembali ke Pameran Persatuan Pengedar-pengedar Automobil Kebangsaan A.S. (Pameran NADA), menggamit perhatian yang hebat daripada rakan media global, pengedar dan juga pengguna. Syarikat juga merancang untuk menembusi pasaran Rusia lewat tahun ini.
GAC Motor merancang untuk beroperasi dalam 25 negara pada tahun 2019, menekankan perancangan produk yang disegerakkan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) peringkat global dan kualiti produk yang lebih baik. Dengan kualiti yang cemerlang, reka bentuk terkini dan perkhidmatan yang prihatin, pembuat kereta ini akan terus menunjukkan kekuatan jenama kepada pelanggan di seluruh dunia.
Berdepan dengan perniagaan luar negara yang semakin berkembang, GAC Motor International Limited menyediakan para pengedar dengan platform yang lebih cekap dan mudah bagi tujuan perancangan sumber, pengoptimuman proses dan pengurusan dana, mengukuhkan perkongsian dengan pengedar-pengedar luar negara serta menyediakan asas kukuh untuk pembangunan GAC Motor yang berkualiti tinggi dalam pasaran-pasaran luar negara.
"Dengan memanfaatkan sepenuhnya dasar, persekitaran, keadaan dan asas industri di Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau, kami akan mewujudkan daya saing jenama keseluruhan, meningkatkan jaringan jualan global dan mempercepatkan proses pengantarabangsaan jenama kami," kata YU.
Latar Belakang GAC Motor
Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam China Initial Quality Study SM (IQS) J.D. Power Asia Pacific, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190521/2473467-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190521/2473467-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190521/2473467-1-c