omniture

N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series

Honor
2019-05-24 12:55 715

Rangkum Keajaiban Pengalaman Pengguna yang tiada tandingan: Gabungan Berkuasa Kamera Quad AI 48MP dan Reka Bentuk Holografi Dinamik Diaktifkan oleh Cipset AI 7nm Kirin 980 dan GPU Turbo 3.0

LONDON, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Jenama telefon pintar Global HONOR secara rasmi melancarkan siri telefon pintar pertama: HONOR 20 LITE, HONOR 20 dan HONOR 20 PRO di London hari ini. Koleksi hebat ini mengesahkan kecemerlangan N-Series HONOR, yang dipuji kerana reka bentuk hebat, keupayaan fotografi yang tidak dapat ditandingi, dan pengalaman pengguna unggul yang sesuai dengan belia global. 

N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series
N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series

HONOR 20 Series unggulan yang baru dilancarkan telah menarik perhatian global menerusi Reka Bentuk Holografi Dinamik yang pertama di dunia dan Kamera Quad AI 48MP. Kamera quad yang berkuasa ini telah memberikan HONOR 20 Series skor DxOMark yang mengagumkan dengan nilai 111[i]. HONOR 20 bermula pada harga €499, manakala HONOR 20 LITE bermula pada harga €299.

N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series
N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series

 

N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series
N-Series Unggulan HONOR Alu-alukan Ahli Terkini -- HONOR 20 Series

"Di HONOR, kami mengikuti etos 'Sentiasa Lebih Baik' dalam semua yang kami lakukan," kata George Zhao, Presiden HONOR. "N-Series terkenal HONOR mengalu-alukan ahli keluarga terbaharu, HONOR 20 Series, dan menjemput para pengguna untuk 'Merakam Keajaiban' dengan kamera kelas profesional dan reka bentuk Holografi Dinamik yang menakjubkan. Reka bentuk ini memantapkan kepimpinan kami dalam ketukangan telefon pintar, yang sangat berakar umbi dalam pendekatan utama mainan cahaya HONOR. Kami mengalu-alukan pengguna di seluruh dunia untuk menyaksikan keajaiban HONOR 20 Series di laman sesawang rasmi kami - HiHONOR.com."

Keajaiban Kamera Quad AI 48MP Kualiti Unggul

Kamera quad unggulan meneraju dengan Kamera Utama Sony IMX586 48MP, yang menampilkan mod AI Kejelasan Ultra yang termaju dan mod Super Malam AIS yang memberdayakan pengguna untuk mendapatkan rakaman yang lebih jelas. Kamera quad juga didatangkan dengan Kamera Sudut Super Lebar 16MP, Kamera Telefoto 8MP, dan Kamera Makro 2MP, yang membolehkan pengguna merakam dengan lebih luas dan lebih dekat menggunakan Penstabilan Imej Optik (OIS).

HONOR 20 Series juga menggemparkan industri dengan inovasi mod Super Malam AIS dan apertur F1.4 terbesar[ii] dalam industri. Dikuasakan oleh teknologi penstabilan AI berbilang bingkai dan algoritma yang dipertingkatkan, mod ini mewujudkan rakaman gambar malam yang sangat jelas dengan kecerahan yang tinggi, hingar yang lebih rendah, dan pemeliharaan warna yang lebih baik. Dengan lebih banyak cahaya melalui lensa lantaran penggunaan apertur F1.4, pengguna boleh merakam detik-detik ajaib mereka dengan lebih terperinci walaupun dalam persekitaran cahaya yang malap. Kamera didayakan AI dan ciri-ciri utama industri sama-sama menyumbang kepada skor DxOMark sebanyak 111[iii].

Kamera Quad AI 48MP membolehkan pengguna menangkap gambar dengan kejelasan melampau pada siang hari, terutama dengan mod AI Kejelasan Ultra. Selepas itu, Dwi-NPU dan Dwi-ISP daripada cipset AI 7nm Kirin 980[iv] menyusun butiran terbaik dari setiap foto tersebut menjadi satu "Foto Super 48MP" dengan kualiti yang mengatasi gambar 48MP biasa. Butiran dan warna diselaraskan untuk meningkatkan ketajaman. Dengan Kamera Sudut Super Lebar 16MP, pengguna boleh menangkap lebih banyak dengan sudut penglihatan 117 ° yang luas. Penstabilan Imej Optik (OIS) menggesa giro-sensor kecil untuk mengalihkan kepingan kaca lensa dengan pantas ke arah gerakan yang ditetapkan sebelum imej ditukar menjadi format digital, menghasilkan imej yang lebih tajam walaupun dengan tangan yang goyah.

Lensa Makro 2MP dapat memberikan pengguna kelebihan kreatif dengan menawarkan perspektif baharu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia membolehkan pengguna merakam perincian yang luar biasa sehingga sedekat 4cm, sesuai untuk jurugambar yang gemar menangkap gambar flora dan fauna. Begitu juga, keupayaan untuk mengezum subjek pada 3X zum optikal tak hilang, 5X zum hibrid, 30X zum digital, bermakna pengguna boleh merakam perincian terkecil dengan kerahsiaan mutlak - ciri yang berguna untuk jurugambar pencinta alam semula jadi yang ingin mengambil gambar hidupan liar yang sukar didekati atau jurugambar jalanan yang menggambarkan kesibukan kehidupan bandar.

Keajaiban Reka Bentuk Holografi Dinamik

HONOR 20 Series menakrif semula pengalaman pengguna dengan menjadi produk pertama dalam sejarah HONOR yang memperkenalkan kaca belakang Holografi Dinamik berbilang dimensi. Dibuat dengan teliti melalui teknik Triple 3D Mesh HONOR yang pertama dalam industri, proses dua peringkat pada mulanya menghasilkan lapisan mendalam menggunakan nanoteknologi untuk mengukir berjuta-juta prisma kecil Setelah proses rumit ini selesai, para jurutera melaksanakan pemasangan kaca melengkung 3D, lapisan warna, dan lapisan mendalam. Apabila cahaya melewati prisma di lapisan dalam, cahaya dipantul dan dibiaskan ke semua arah.

Disalut sama ada dalam Phantom Black, Phantom Blue, Midnight Black atau Sapphire Blue, lapisan warna HONOR 20 Series digabungkan dengan lapisan kaca dan kedalaman dalam persekitaran vakum di bawah kawalan suhu dan tekanan yang tepat. Hasilnya ialah kesan optik mendalam yang menjadikan HONOR 20 Series menonjol berbanding pendahulunya. Oleh kerana proses yang kompleks, untuk setiap 100 penutup belakang, hanya 20 sahaja yang memenuhi piawaian yang ketat.

Keajaiban Pengalaman Pengguna Sepenuhnya

Etos "Sentiasa Lebih Baik" HONOR mendorong jenama untuk melampaui reka bentuk tekstur dan warna kaca belakang Holografi Dinamik. HONOR 20 Series menawarkan 6.26" paparan semua pandangan dengan nisbah skrin-ke-badan 91.7%. Dengan kamera dalam skrin 4.5-inci, paparan semua pandangan membolehkan pengalaman visual yang memukau tanpa menjejaskan estetika.

Sensor cap jari di sebelah kanan bingkai aluminiumnya telah diposisikan untuk melengkapi letakan semulajadi jari apabila seseorang mengangkat telefon. Kedudukan asimetri "L berbentuk" dari empat lensa kamera membolehkan bateri 4,000 mAh[v] yang dapat menyokong kegunaan tanpa henti sepanjang hari[vi]. Sementara itu, HONOR 20 Series mengguna pakai teknologi lembaran penyejukan Grafene[vii], penyelesaian termal baharu yang boleh melenyapkan haba dengan cekap dan dengan itu mengekalkan prestasi optimum.

Dari segi permainan mudah alih, HONOR 20 Series dilengkapi GPU Turbo 3.0 yang terkemuka dalam industri - ciri yang meningkatkan keupayaan permainan peranti dengan menawarkan pengguna pengalaman visual dan sentuhan yang dipertingkatkan. Disokong oleh permintaan pengguna, HONOR 20 Series telah bekerjasama dengan kira-kira 25 permainan mudah alih yang paling dicari sekarang termasuk Fortnite, PUBG Mobile, dan Arena of Valor.

Selain pengalaman tontonan dan permainan, pengguna boleh menikmati pengalaman audio yang mendalam melalui ciri 9.1 Surround Sound yang dikuasakan oleh Histen 6.0. Ini adalah kali pertama teknologi canggih ini digunakan pada telefon pintar. Bunyi sekeliling Virtual 9.1 menyokong kebanyakan fon telinga dan didatangkan dengan dwi-mikrofon terbina dalam dengan pengurangan hingar - sistem yang disesuaikan mengikut keperluan khusus peminat teknologi dan peminat audio.

# # #

Latar Belakang HONOR

HONOR ialah jenama telefon pintar terkemuka. Jenama ini diwujudkan untuk memenuhi keperluan pengguna natif digital melalui produk yang dioptimumkan internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, menginspirasi tindakan, memupuk kreativiti dan memperkasakan golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan melaksanakan perkara ini, HONOR telah membezakan diri dengan mempamerkan keberaniannya untuk melakukan perkara yang berbeza dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk membawakan teknologi dan inovasi terkini kepada pelanggan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

[i] Berdasarkan prestasi HONOR 20 PRO

[ii] Ciri yang terdapat khusus pada HONOR 20 PRO

[iii] Berdasarkan prestasi HONOR 20 PRO

[iv] Ini merupakan cipset SoC telefon mudah alih yang pertama di dunia, cipset seni bina korteks-A76 yang pertama di dunia, reka bentuk dwi-NPU yang pertama di dunia, dan cipset pertama di dunia yang menyokong LTE Cat.21

[v] HONOR 20 didatangkan dengan bateri 3,750mAh.

[vi] Berdasarkan ujian makmal HONOR

[vii] Hanya tersedia pada HONOR 20 PRO. HONOR 20 didatangkan hanya dengan lembaran grafit.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474050-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474050-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2474050-1-c

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services