omniture

Keluarga Juara-juara Tenis Hublot di Paris

Hublot SA
2019-05-25 01:06 227

Permainan, Set Dan Perlawanan Hublot 

PARIS, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Satu pertandingan e-tenis bersama Simona Halep, pemenang Terbuka Perancis 2018, berserta Elina Svitolina, Karolina Pliskova dan Borna Ćorić. Satu perhimpunan persendirian yang mesra, dianjurkan oleh Hublot pada malam Terbuka Perancis 2019 di Paris, bertempat di Café de l'Homme – satu tempat luar biasa dengan pemandangan mengagumkan Menara Eiffel dan Trocadéro Gardens.

Untuk kekal mendapat perkembangan terkini, ikuti: @Hublot #Hublot #HublotLovesTennis 

HUBLOT’S FAMILY OF TENNIS CHAMPIONS IN PARIS - Simona Halep - Anne Laure Bonnet - Ricardo Guadalupe - Borna Coric - Elina Svitolina - Karolina Pliskova - Fabrice Santoro
HUBLOT’S FAMILY OF TENNIS CHAMPIONS IN PARIS - Simona Halep - Anne Laure Bonnet - Ricardo Guadalupe - Borna Coric - Elina Svitolina - Karolina Pliskova - Fabrice Santoro

"Pada malam pertandingan kedua ini bagi Musim Grand Slam 2019, sinonim dengan kecemerlangan di bawah tekanan, kami ingin menghimpunkan rakan-rakan kami serta duta tenis kami untuk sebuah acara yang unik dan menghiburkan. Sama seperti semua legenda sukan antarabangsa yang hebat, kuasa tumpuan mereka amat mengagumkan. Anggota badan tidak bererti tanpa kuasa minda!

Kami berasa amat bangga kerana dapat berada bersama mereka dan kami berharap mereka dapat meraih segala kejayaan yang selayaknya diterima oleh mereka."

Ricardo Guadalupe
Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT

Beberapa hari sebelum bermulanya pertandingan tenis antarabangsa hebat yang diadakan di Paris, tetamu-tetamu Jenama tersebut bersaing dengan tiga daripada pemain-pemain terbaik dunia yang tersenarai dalam 10 Terbaik WTA, salah seorang pemain yang paling memberi harapan dalam generasi beliau serta duta tenis dan rakan Hublot. Perlawanan e-tenis tersebut dimainkan – tanpa aksi gelongsoran dan pukulan putar atas – dengan kesemuanya diperhatikan dengan teliti oleh pengadil Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot.

Acara sebelah petang ini membuktikan peluang terbaik untuk atlet-atlet elit ini untuk bersantai menjelang perlawanan… dan peluang untuk tetamu-tetamu kami yang tidak terlibat dalam sukan untuk bersaing bersama mereka dengan peluang sama rata. Ini merupakan satu pertandingan persahabatan yang mana interaksi antara para atlet menonjolkan kualiti-kualiti yang dikongsi bersama yang mendorong kerjaya luar biasa mereka: minat, ketekunan dan ketepatan. Acara sukan petang yang menyeronokkan ini dikelolakan oleh wartawan sukan Anne-Laure Bonnet dan ahli profesional tenis Perancis yang telah bersara Fabrice Santoro.

Seorang duta Hublot sejak tahun 2015, Borna Ćorić juga kini berada di kedudukan 15 dalam senarai kedudukan ATP, yang pernah berada di tempat ke-48 dalam senarai kedudukan dunia hanya dua tahun lalu.

Bintang tenis Romania Simona Halep, yang berada di kedudukan nombor satu pada akhir tahun 2017 dan pada tahun 2018, memenangi perlawanan Terbuka Perancis tahun lalu. Kini berada di kedudukan kedua dalam senarai kedudukan WTA, beliau menjadi sebahagian daripada keluarga Hublot sejak tahun 2016.

Karolina Pliskova merupakan pemain Czech pertama dalam sejarah yang menduduki tempat pertama dalam senarai kedudukan WTA pada tahun 2017, tahun ketika beliau menyertai Hublot; kini beliau berada di tempat ketujuh dalam senarai kedudukan WTA.

Elina Svitolina berada di tempat keenam dalam senarai kedudukan WTA dan menjadi salah seorang rakan tenis Hublot tahun ini.

Prinsip e-permainan menandakan kesaksamaan antara semua peserta. Walau bagaimanapun, juara-juara muda kami menunjukkan kuasa perhatian mereka luar biasa mereka dan tumpuan yang mengagumkan dalam tempoh yang panjang, memenangi sebahagian besar perlawanan dengan mudah. Satu kekuatan penting selain kemahiran fizikal mereka. Acara tersebut diadakan di Café de l'Homme, dengan pemandangan yang luas Menara Eiffel.

 

Source: Hublot SA
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sporting Events Sports New products/services